Oct 15, 2011

Blog Mereka Super Ohsem! (Episod 2)

Apa khabar semua... Pagi tadi penulis dirundung nasib malang apabila terrrbuat air milo soda. Boleh pulak tertukar air kosong ngan air soda. Korang try la buat jugak, rasa macam hampagas! Langsung tak boleh nak telan. Dah la mood 2,3 harini tak berapa nak berbunga, kena pulak dengan kejadian cenggini memang jatuh ditimpa lift...nasib...nasib...

Okaylah cukup setakat tu. Entri kali ni bukannya sesi luahan hati penulis tapi penulis nak kongsi 3 lagi blog yang super ohsem dengan pembaca sekalian. Mungkin ada yang dah lama menunggu episod ke-2 ni kan? Blog yang penulis pilih kali ni ber-genre lawak dan rilek-rilek gitu...



1. Ayeem Ayam




Penulis tak tahu menahu kenapa namanya ada ayam disitu. Adakah sebab dia berkerja part time sebagai bapak ayam mungkin? Itu tak penting, yang penting dia ni memang blogger yang sangat kreatif. Penulis kagum dengan entri dia yang memang lain dari yang lain. Contohnya entri First Day Sekolah yang dalam bentuk buku latihan sekolah rendah & entri Hantu yang dalam bentuk kartun animasi. Ayeem ni memang terer buat entri flash tau! Selain blog Ayeem Ayam, dia jugak tukang karut untuk beberapa lagi blog yang best. Terutamanya blog Pak Rodi ngan Fuuubook. Memang rugi kalau korang tak singgah. Amaran! Ada jugak entri dia yang kategori 18SX tapi dia cakap sekarang dia dah tak melucah... Sabor je laa...

Link: http://www.ayeemayam.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa Terkini: 93,541



2. Terbang Tinggi-Tinggi




Pemilik blog ni namanya Hamzah Ian. Itu setakat yang penulis tau lah, entah betul ke tidak. Dia ni banyak melukis dalam entri dia. Walaupun hanya dengan imej orang lidi, entri dia tetap dapat sambutan hangat. Oh! Rumah dia takde la jauh sangat dari rumah penulis. Kalau ada masa free, boleh la ko bawak aku jalan² kat Tasik Puteri kan? kan? Sebelum korang menerjah, sekali lagi penulis perlu bagi amaran sebab blog ni pon ada unsur geli-geli. Paham?

Link: http://www.terbangtinggitinggi.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa Terkini: 184,153



3. Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau



Blog si Faiz Tapit ni satu lagi blog yang interaktif (whoa ayat...) bagi penulis. Seperti jugak 2 blog di atas, blog ni pon selalu buat penulis gelak sorang² kat depan skrin laptop. Blog dia yang satu lagi, Karim Gonjol pon layan jugak...

Link: http://sayafaiz.blogspot.com/Entri Vavavoom:
Ranking Alexa Terkini: 240,545

**Mintak maaf pada empunya blog sebab dengan selamba tampal gambar dari blog korang kat sini. Jangan saman saya ek, tapi kalau nak belanja makan, khemah kenduri saya dirikan. Hihihi.
**Semua yang ditulis hanyalah pendapat peribadi penulis. Kalau ada salah silap harap diperbetulkan. Ada cadangan blog yang vavavooom? Sila jerit sekuat hati kat ruangan komen.

P/S: Untuk episod ke-3 nanti penulis nak tulis pasal 3 blogger cun. Siapakah gerangan mereka itu? Tunggu deh...

  • Blog Mereka Super Ohsem! (Episod 1)


  • 26 comments:

    CikTomyam said...

    sy pun peminat mereka ber3 jugak..^^

    Misz Azney said...

    alaaa. . .sy nak jdi blogger cun tu. .hahahaha. .waaahhh. . mnawarkn diri nieyh ~ gurau jer. .xpe. . sy tggu entry ak yg strus nye

    Unknown said...

    3 blog yg mmg best giler..hr2 stalker deorang ni...

    FarhanahAdzlan said...

    Ini bukan blog ohsem..ni blog femos..blog mereka memang sangat femos dan ohsem..xpyah gitau dah..^_^

    blogger cun mesti nak ckap hanis zalikha..cik epal..fatin liyana..lysa faizuren??rite?

    Eintan Nurfuzie said...

    blog cik en xde?

    Faiz Tapit said...

    trimas bradeh. keh3.
    yg sebenarnye, header blog aku ngn si hamzah tu ayam la yg buatkan.

    ahmadhiSyam said...

    @CikTomyam

    kita geng! blog anda pon ohsem jugak!

    ahmadhiSyam said...

    @Princess Azne

    awk dh sedia cun ;p
    tggu jgn x tggu...

    ahmadhiSyam said...

    @miErah halim

    kaki stalk eh? hahaha

    Mizz Atie Zieya Shukri said...

    sempoi la

    ahmadhiSyam said...

    @FarhanahAdzlan

    dlm rmai2 tu ada 1 je yg betul & dia memaaang femes

    ahmadhiSyam said...

    @eintan nurfuzie

    apsal xde ek? hehe.. gurau jew

    ahmadhiSyam said...

    @Faiz Tapit

    apsal dtg dgn hidung kembang nih? keh3
    sama2 bebeh!

    ahmadhiSyam said...

    @Mizz Atie

    memang sempoi.. tp kadang2 boleh semput jugak baca blog dorg nih sbb byk sgt gelak

    hamzah ian said...

    tiga sekawan.. aku sorang kurus, lain gemok

    Ayeem Jemain said...

    thanks bro. ahh mejah, ko pon dah gemok aku tgk

    Tropical Ice Cream said...

    blog zackzukhairi pun superohsem jugak :D

    Mia Liana said...

    diorang ni memang ohsem... ada daya penarik tersendiri...

    ahmadhiSyam said...

    @hamzah & @ayeem

    dah3, tiga2 sama jer...aku aje yg slim. hek3

    ahmadhiSyam said...

    @sarah hanafiah

    oh, blog tu mmg ohsem...tp skang dh jarang update :(

    ahmadhiSyam said...

    @Mia Liana

    blog akak pon ape kurangnyer...dh tahap otai blog dh pon...

    Eera Shera said...

    kenal ayeem ayam je..entri die memang lawak la..kreatif abes

    cik zaa said...

    same lah kite
    3,3 blog ni wajib bace :)

    ROSSA said...

    bial nak review blog kitorg plak .. ekkeke

    Mazni said...

    Untung la. hehehe :P

    SITI SORFIENA SYASHA said...

    wow :o