Oct 22, 2011

Blogging Tips: Jom Exchange Review Alexa

Assalamualaikum, sempena hujung minggu ni penulis nak ajak rakan² blogger sekalian untuk exchange review Alexa sesama kita. Ini adalah win-win situation, lepas je korang dah review blog penulis, korang cuma perlu tinggalkan komen dalam entri ni dan penulis akan review balik blog korang dengan 5 bintang.


Kalau korang tak tahu apa itu Alexa, korang boleh pergi SINI dan SINUN atau search sendiri kat Google. Benda yang penulis paling suka tentang Alexa ni ialah kita boleh tahu ranking blog kita di Malaysia & di seluruh dunia! Jadi boleh la kita tengok prestasi blog kita dari hari ke hari. Yang pastinya, website Alexa ni memang banyak kelebihannya & mempunyai ranking yang tinggi dalam Alexa juga banyak kebaikannya.

Dan untuk mendapat ranking Alexa yang lebih baik, salah satu caranya ialah blog kita direview di Alexa seperti yang penulis akan tunjukkan kat bawah ni. Sebelum ni penulis selalu jugak diajak untuk exchange review Alexa ni tapi penulis buat tak endah je.

Walaupun masa tu penulis dah sedar kelebihannya tapi penulis ingat nak buat review ni satu perkara yang susah. Tapi bila penulis dah cuba buat sendiri, terbukti nak buat review Alexa tersangatlah senang! Rasa rugi pulak sebab tak start dari dulu...

Baiklah sekarang boleh la kita start cara nak review blog di Alexa yer. Mula-mula korang klik link di bawah...


Lepas tu korang akan nampak paparan macam ni & klik pada Reviews



Kemudian klik pada Write a Review



Korang akan diminta untuk Login. Kalau korang takde akaun Alexa, guna akaun facebook pon boleh...


Lepas dah berjaya Login, keluarlah form untuk review. Isi lah ikut kreativiti korang, simple aje pon takpe... Terpulang nak guna BM atau BI, pilih yang mana korang lebih selesa. Cuma yang penting part Site Rating dengan Recommend to a friend tu. Bagilah blog ni 5 bintang okay! Then jangan lupa tekan Submit. Siap!


Kalau korang masih blur jugak, bolehlah tengok contoh review dari abgteror ni untuk rujukan.


Jadi apa lagi, selamat bereview~~

P/S: Banyak lagi cara untuk menaikkan ranking Alexa ni, insyaAllah dalam entri akan datang penulis akan kongsikan teknik yang lain pulak…

3 comments:

NiaAriffin said...

mnarik ni :)

HasrulHassan [HH] said...

Terima kasih kerana memberikan review .... saya dah buat yang sama.

!kHwaN said...

Nak cuba !! ;)