Jul 28, 2011

Blog Mereka Super Ohsem! (Episod 1)

Salam readers...

Sebenarnya hajat dihati nak tulis entri baru kat ruang blog ni. Tapi disebabkan harini penulis agak penat ber-blogwalking, jadi untuk entri kali ni cuma nak refresh balik segmen pertama dalam blog inibeloglistsaya iaitu segmen Blog Mereka Super Ohsem!

Dalam segmen ni, penulis akan cuba fokuskan beberapa buah blog yang menarik, tertarik & memang da bomb! Tak kira lah blogger otai ataupun yang baru sebulan dua bergelar blogger asalkan blog diorang best, penulis akan pilih untuk dimuatkan dalam segmen ni. Lets cekidaut!



1. Sembang Kencang



Penulis paling tertarik dengan skil penceritaan brader Firdaus nih. Orang macam dia ni dah masuk kategori genius tulis karangan. Dia punya cerita punyalah detail sampaikan kita boleh imagine situasi sebenar kejadian tu (macam real! walaupun banyak jugak benda yang dia kelentong! hahaha). Bahasa yang dia guna pun sangat sempoi dan setiap kali baca entri dia pasti ada je yang boleh buat kita gelak sorang². Penulis kagum dengan cerita² flashback dia sekitar tahun 90-an. Two thumbs up!

Link: http://fdausamad.blogspot.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa terkini: 1,192,324



2. Hanis Zalikha



Sebut je nama Hanis Zalikha, konfem mesti dah ramai terbayang wajah manis gadis bergelar model sambilan ni. Antara blogger paling terkenal di Malaysia dan pernah tercalon dalam Asia Pasific Blog Award, blognya bukan sahaja bercerita soal peribadi, tapi banyak juga tips & petua yang dikongsikan dengan pembaca. Tengok je jumlah follower dia yang dah hampir mencecah angka 30k, rasanya tak perlu la penulis nak ulas banyak². Korang pun dah cukup kenal dengan Hanis Zalikha ni kan?

Link: http://inibelogsaya.blogspot.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa terkini: 118,951



3. Santai Bersama BEN ASHAARI



Blogger yang paling rajin. Walau ke ceruk mana sekalipun Abang Ben ni pergi, blognya tetap akan diupdate. Dalam satu hari, dia boleh post sampai berbelas-belas entri. Hebat tak hebat! Yang unik pasal Abang Ben ni, dia pandai reka segmen. Ada je idea dia buat segmen² baru & dia tak lokek berkongsi ilmu dengan blogger² lain. Itu saya tabik!

Link: http://www.benashaari.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa terkini: 42,108

**Mintak maaf pada empunya blog sebab dengan selamba tepek header blog korang kat sini. Jangan saman saya ek, tapi kalau nak belanja makan, tapak tangan saya tadahkan. Hihihi.
**Semua yang ditulis hanyalah pendapat peribadi penulis. Kalau ada salah silap harap diperbetulkan. Ada cadangan blog yang vavavooom? Sila jerit sekuat hati kat ruangan komen.
**Entri yang sama turut dipublish di blog inibeloglistsaya. Harap maklum.

P/S: Tak sabar nak tengok bola Malaysia lawan Singapura!

7 comments:

cik pip said...

betul2..abg ben hebat..jom join contest saya: Jom Join Segmen Sulung Aku

Hafizi Azmi said...

mmg ohsem.. ^^

:: alwanPelangi.com ::

yunZatie said...

tak tercapai la link belog haku..xhebat cam dowang

tshirt koyak said...

blogserius lu tak layan?

Umie Nadhirah said...

blog serius? ayeeam ayam? terbang tinggi-tinggi? umie artoqiemie, x layan?

ahmadhiSyam said...

@Umie Artoqiemie
semua blog LS layan tp yg last tu je kurang sikit...hahaha. gurau jek..
tunggu episod ke2, tgk siapa pulak yg terpilih!

Arya Putra said...

sudah2 la tu promote blog2 macam tu..