Mar 30, 2009

Surprise Di Jom Heboh!

This weekend ada Jom Heboh dekat Kuantan. So penulis, Dasuqi & Kak Nisa pun sempat la singgah kat Jom Heboh tu. Dekat sana kitorang singgah booth, makan aiskrim & tengok konsert. Kakak penulis tu happy sangat boleh tengok Adam perform!

Tapi yang menariknya, malam yang sama kitorang di-surprise-kan oleh 2 perkara...

Surprise 1

Dalam pukul 10.15 malam kitorang dah on-the-way ke kereta sebab Jom Heboh pun dah nak habis. Tiba² dengar letupan kuat gila! Penulis ingatkan ada bom meletup, rupa-rupanya bunyi tu datangnya dari letupan bunga api... Tapi memang best sebab bagi penulis, inilah second time dapat tengok show bunga api yang betol² atas kepala. Masyuk beb!

Lama jugak la tunggu semua bunga api tu meletup. Puas hati tengok. Kak Nisa siap ambil gambar & video lagi...

Surprise 2

Dah selesai pertunjukan bunga api tu, kitorang pun teruskan perjalanan ke kereta. Dah masuk kereta, macam biasa, penulis putar la kunci tapi tak ada respon. Rupa-rupanya lepas parking tu penulis lupa tutup lampu! So kereta tu dah tak boleh nak start. Lepas tu Dasuuki try tanya brader kereta sebelah, mintak jumper. Abang tu cakap dia tak ada jumper then dia keluar kereta & suruh kitorang tolak kereta tu. Lepas 3 kali menolak baru la berjaya. Fuh! Nasib baik abang tu sudi tolong. Kalau tak, tak tahu la...(tabik spring untuk abang wira penyelamat!) So lepas dapat bonus (penat menolak) penulis pun terus la hantar Kak Nisa ke UIA & terus balik UMP. Sepanjang perjalanan,  penulis tak stop mana² pun. Takut la kalau² enjin tu mati balik & dah tak boleh nak start. Nak tolak sekali lagi memang dah tak sanggup...haha.

Moral: Bukak la lampu kereta korang lepas parking kalau nak merasa pengalaman yang cambest nih...hehu

Friendly Silat Di POLISAS

Sebenarnya ini la first time penulis main silat dengan budak luar. Sebelum ni sparring dengan budak² silat UMP je...
Sesi panaskan badan

Dengar taklimat daripada Abang Zul

Ucapan daripada wakil POLISAS (Budak ni la yang lawan penulis!)

Salam dulu....

First match untuk haritu (Gambar waktu penulis main tak ada orang nak ambil ler....sedeyh²)


Earth Hour 2009


Earth Hour = 60 minutes to protect earth from global warming on March 28th at 8:30pm-9.30pm.

I've voted for the earth! How about u? Lets see some photos showing before and after the earth hour around the world...

KLCC & KL Tower, Malaysia

The Eiffel Tower, France

Taipei 101


Sydney Opera House, Australia

San Francisco's Golden Gate Bridge, US

Beijing Olympic Swimming Pool


Acropolis in Athens, Greece


Colosseum in Rome, Italy

Jakarta, Indonesia


*klik gambar untuk tumbesaran

Zhurong Dah Jadi Ibu!

Zhurong adalah kucing peliharaan kami, budak² rumah L22. Baru² ni beliau dah lahirkan 4 ekor anak! Salah seekor tu penulis panggil Ekor Sippo sebab ekor dia kontot & macam tersimpul, tak sama dengan yang lain. He's my favourite!



Tamatlah Sudah Kejohanan Super Series 1


Rasa lega sangat bila dah habis Super Series ni. Boleh la penulis study untuk test yang bertimbun next week...

Mar 27, 2009

Slumdog Millionaire (2008)


Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak miskin di Mumbai, namanya Jamal. Dia ni masuk rancangan Who Wants To Be A Millionaire untuk mencari seorang awek, Latika yang dia kenal sejak kecik.

Soalan² yang ditanya dalam show tu semuanya ada kaitan dengan kehidupan Si Jamal ni. Jadi dia selalu la flashback pasal hidup dia & dapat jawab soalan dengan tepat.

Tapi dapatkah Jamal mencari Latika & bergelar millionaire? Korang kena tengok la cerita ni... Memang best tapi scene Abang Jamal, Salim solat sebelum pergi buat kerja jahat (gangster) tu boleh timbulkan kontroversi.

Rating : 8/10

Antara scene menarik dalam movie ni...


Filem ni dah menang banyak award. Antaranya Academy Award 2009



Mar 25, 2009

Awards From Eddy!

Thanks to Eddy my teddy sebab sudi bagi award dekat blog yang korang sedang baca ni.

Rules:

1) Copy image kat atas ni.

- Dah ada kat atas tu ^

2) Tulis sebarang komen pasal penghantar ni.

- Eddy = my jam loceng + antara penyebab utama penulis buka blog ni + suka main bowling + ketua rumah yang paling best (nama pun Eddy da best...iya tak?)

3) Send kat mana² 5 blogger yang kamu suka.

Okeh, penulis nak bagi award ni kepada:
:: Maoh
:: Dayah
:: Tiqah Tuty
:: Tapaque


Mar 24, 2009

Kejohanan Super Series 1 2009

Pada 21 Mac 09 bermulalah Kejohanan Super Series 1 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UMP dengan kerjasama Majlis Sukan Pelajar (MSP). Sebagai ahli MSP, 2,3 minggu sebelum tournament ni start lagi kitorang dah busy untuk pastikan program ni berjalan dengan lancar.

Tugas utama kitorang adalah mempromosikan Super Series & dapatkan sebanyak mungkin penyertaan dari pelajar UMP. Kenapa la tak ramai yang nak join Super Series ni ek? Kalau untuk acara bola 9 sebelah tak payah cakap la, penyertaan memang melambak² tapi untuk basketball 3on3, netball 3on3 dengan sepak takraw, nak cari penyertaan memang teramat la susah....adudu.

Apa-apapun alhamdulillah sebab acara Super Netball, Super Slam & Super 9's Soccer yang diadakan pada 21&22 Mac baru² ni berjalan dengan lancar. Syukur sebab ini adalah program pertama MSP untuk tahun ni.

OK lah seperti yang penulis janjikan, di bawah ni penulis post kan sekali gambar semasa kejohanan ni berlangsung...


Basketball 3on3 dengan netball 3on3 pun ada


Orang kuat MSP...hehehe

Ni masa lawan Em Five FC

Bergambar sebelum start final

Team Mosixers...korang memang best!

Seperti biasa, acara gigit medal...huhuhu


Mar 22, 2009

Penat Tapi Berbaloi

Hari ini koleksi medal penulia bertambah lagi satu...(sorry la kalau post ni ada unsur² kebanggaan. Eh betul ke? Takde kan...)

Petang tadi, team penulis ditabalkan sebagai Johan Super 9's dalam Kejohanan Super Series 1! Perlawanan diadakan di padang besar, tapi 1 pasukan hanya ada 9 orang pemain.

Untuk tournament ini penulis jugak bertugas sebagai urusetia.So pagi² lagi dah terpacak dekat padang, nak kena setting tempat apa semua.

Dalam tournament ni penulis main posisi wing-back. Nak kena naik turun naik turun...memang penat! Habaq hang! Ditambah pulak main masa matahari berdiri tegak atas kepala. Tapi walaupun penat, penulis rasa memang berbaloi sebab boleh jadi johan sulung Super 9's. Untuk pengetahuan korang, Super Series ni akan dijadikan kejohanan tahunan kat UMP ni.

Namun ada jugak bad news:
1. Penulis punya boot dah rosak! (Baru je pakai 2 kali...adeh)
2. Warna tona kulit ni dah bertambah dengan mendadak (Mana taknya..macam main dekat Gurun Sahara! Panas yang amat)

Medal Super 9's....

Boot gua...(Gambar diambil sblm boot ni rosak...sob3)

P/S: Report & gambar² semasa kejohanan akan diupdate dalam post akan datang. Harini gua terlampau penat, nak tidoooOOoo

Mar 17, 2009

Maksud Sebenar P.S.

Harini penulis nak berkongsi sikit input yang penulis dapat beberapa jam yang lepas. Korang mesti pernah tengok perkataan P.S. ditulis dalam surat, blog atau medium yang seangkatan dengannya.


Mungkin jugak korang sendiri pun pernah guna term P.S. ni. Biasanya ia digunakan di hujung entri atau mesej. Tapi korang tahu tak P.S. tu singkatan untuk apa?

Secara jujurnya, sebelum ni penulis pun tak pernah tahu 2 huruf tu stand untuk apa. Main guna jer...hehehe. So, penulis try la search P.S. kat dalam Yahoo. Macam² gak yang keluar, rambang pulak mata penulis menengoknya...

Then penulis cuba pulak taip kat column research dalam Microsoft Word... Jumpa! Antara perkataan yang keluar ialah postscript, addendum, afterthought, addition, stop press & coda.

Kesimpulannya P.S. adalah singkatan daripada perkataan yang pertama tu, postscript yang berasal daripada bahasa Latin, post scriptum. Lagipun menurut Kamus Dewan, postscript bermaksud tambahan kata² pada akhir surat @ susulan.

Fuh, akhirnya penuh la ilmu di dada penulis tentang P.S. ni...

Mechanical Futsal 09

Kalau post sebelum ni penulis dah tunjuk dekat korang jersi baru team Mosixers. Kali ni nak buat liputan la pulak pasal latest tournament yang kitorang join.


Tournament Mechanical Futsal 09 ni diadakan di KK1 & KK2 pada 15/3/09. Penyertaan hanya dibuka untuk budak mechi je.

Mosixers ditempatkan dalam group C bersama dengan team N11, Scirocco FC, Bola Itu Bulat & 20. Match pertama kitorang dah kalah 2-3 dengan N11. Memang rasa tak puas hati sebab tournament sebelum ni pun kitorang kalah dengan team yang sama...*geram*

Tapi mujurlah 3 lagi match yang lain kitorang menang. So kitorang masih berjaya ke peringkat quarter final sebagai naib johan kumpulan. Untuk quarter final, Mosixers kalahkan team Lok Lim (diorang ni main bapak ganas wa cakap lu!) melalui tendangan penalti 1-0 selepas seri 1 sama. Memang respek dekat Jijie yang berjaya save ke3-3 penalti!

Then kitorang jumpa team Saloma Manja (nama tak boleh menggoda lagi ke?) tapi kitorang kalah 1-2. Adoi, kalah lagi... Last match->penentuan tempat ke-3 & ke-4, kitorang decide untuk main penalti je sebab hujan turun dengan lebatnya.

Untuk pertama kalinya penulis ambil sepakan penalti untuk Mosixers. Memang cuak gila, nasib baik bola tu masuk kalau tak konfem penulis pun akan join teammate yang dah fobia nak ambil penalti...huhu.

So kitorang dapat no 3 je untuk tonemen ni lepas menang dengan Fire FC 2-1.


Keputusan Penuh Mechanical Futsal 09

Johan: Saloma Manja
Naib Johan: N11
Ke-3: Mosixers FC