Semestinya ramai penyokong Terengganu yang kecewa dengan kekalahan semalam. Mana tak frust, dah leading 1-0 sampai minit ke-80... tup-tup boleh kalah pulak. Tapi itulah bola sepak, selagi wisel penamat tak dibunyikan, apa saja boleh berlaku.
Namun begitu, penulis rasa pemain dan pihak pengurusan pasukan Terengganu masih patut diberi pujian dengan pencapaian mereka musim ini. Dengan gelaran Naib Juara Liga Super, Juara Piala FA & Naib Juara Piala Malaysia, Terengganu boleh dianggap pasukan paling konsisten tahun 2011.
2 pemain yang pasti menjadi topik perbualan kat kedai kopi adalah Hai-O (Hairuddin Omar) dan Sharbinee Allawee. Hai-O dipilih pemain terbaik final Piala Malaysia setelah menjaringkan gol kemenangan buat Negeri Sembilan. Beliau yang juga anak jati Terengganu sempat meminta maaf kepada rakyat Terengganu. Ada juga yang labelkan Hai-O sebagai pengkhianat, tapi kita kena faham yang dalam situasi sekarang beliau cuma bersikap profesional. Tengok masa dia jaringkan gol tu, dia takde la celebrate lebih-lebih...mungkin dia pun rasa bersalah jugak.
Tapi kalu cakap bab rasa bersalah ni, orang paling sedih malam semalam ialah Sharbinee. Masa ambil medal tu, dia tunduk aje... Penulis sangat simpati kat beliau sebab hakikatnya sepanjang perlawanan, beliau dah banyak menyelamatkan gawang Terengganu. Tapi nasibnya berubah serta merta setelah silly mistake yang dilakukannya menghadiahkan gol penyamaan buat Negeri Sembilan.
Penulis rasa gol tersebut bukannya 100% kesalahan Sharbinee. Walaupun bola tu nampak senang, sebenarnya bola yang melantun memang sukar hendak dijangka. Ditambah pula dengan permukaan padang yang agak teruk. Bagi penulis, punca sebenar gol tersebut diperoleh Negeri Sembilan adalah kerana pemain Terengganu yang lambat menutup ruang seterusnya memberikan Kunanlan keselesaan untuk melakukan cross.
Hakikatnya kalau dinilai persembahan semalam, Negeri Sembilan memang patut menjadi juara. Pemain Terengganu nampaknya terlalu gugup & tak dapat menunjukkan permainan sebenar mereka. Cuma Manaf Mamat & Ashaari sahaja yang perform dengan baik semalam...
Apa-apapun nasihat penulis pada peminat bola sepak tanah air, teruskan setia menyokong pasukan pilihan anda. Piala Malaysia bukannya macam World Cup, 4 tahun sekali. Tahun depan boleh cuba lagi kan?
P/S: Tiket tetap mahal, padang tetap teruk... Apa kes ni FAM?
Tweet
3 comments:
saya sokong! betul2..
well done tganu :)
hahha...sempat lagit u mara FAM.. kihkihkih
tahniah utk ganu juga.../..selamat malam..salam kenal...;d..
Post a Comment