pasum - 2006
waktu tu dah sebulan aku bermastautin kat matrik melaka (kmm). huh!londang, ber-"shoping" di masjid tanah, berhimpit ngan askar2 dalam bas on-the-way ke mahkota parade, semua tu aku dah pernah merasa.
pada suatu malam, aku dapat call drpd bapak aku mengatakan aku dah dapat tawaran ke pasum. awal-awal berat jugak aku nak tinggalkan besfren aku, firdaus(p-dus) ngan member-member praktikum yang lain. tapi aku dah pikir masak2 dan tabahkan hati, lagipon member skolah aku, fadhil dah tunggu aku kat pasum.
lepas dah decide nak berhijrah ke pasum, pagi khamis abang aku datang ambik aku kat kmm. firdaus ngan ah cheong (rumate aku) siap hantar aku sampai ke kereta. makin emosi aku jadinye. walau ape pon aku tetap kuatkan semangat. ni la jalan yang aku pilih. selesai berpeluk-peluk tanda perpisahan, bermula la perjalanan aku ke kolumpo.
perjalanan melaka-kolumpo ambik mase beberapa jam je. malam tu aku tido kat umah kakak aku kat pandan indah. esoknya barula aku pergi daftar kat pasum. mase tu bapak aku pon ade skali. dah setel urusan daftar-mendaftar, kitorg beralih pulak ke agenda mengemas bilik. bukan bersungguh benar pon, sapu lantai ngan pasang cadar je.
selang beberapa minit, fadhil yang baru balik dari sembahyang jumaat dah tercegat kat depan pintu bilik aku. fadhil ni la yang suruh aku apply untuk masuk pasum. kirenye die dah ade kat pasum 2 minggu awal daripada aku. aku ni masuk skali ngan budak-budak 2nd intake. selepas semua kerja2 mengemas selesai, abang ngan bapak aku pon tinggalkan la aku kat bilik tu.
~~~ jam tangan aku dah menunjukkan pukul 5.45 petang, fadhil yang dah siap berkasut ala-ala converse ajak aku turun join die pergi maen futsal. aku mintak 5 minit nak langsaikan semayang asar. kalau bab2 futsal ni aku memang pantang org offer, mesti aku join punye. ramai jugak la muka2 baru yang aku kenal time maen futsal aritu. contohnya din, kamil, sede, banyak lagi la. cukop satu jam 15 minit berlari-lari sepak bola, azan pon berkumandang.
dengan rasa penat dan dahaga yang meluap-luap, sayup-sayup dari jauh aku nampak mesin water cooler tercegat kat tingkat 1 asrama. cepat-cepat aku habeskan sisa-sisa 20 anak tangga terakhir. water cooler tu ade 2 telinga, 1 kaler ungu dan 1 lagi kaler biru. tanpa pikir panjang, aku petik yang kaler ungu dan dengan selamber aku tadah mulut aku kat air yang terpancut dari mesin tu. tiba-tiba mulut aku rasa pedih yang amat, cepat2 aku jauhkan diri dari water cooler tu. aku tengok mesin tu dah berasap, rupe-rupenye aku dah petik untuk air panas! dengan hati berdebar-debar, aku terus pegi hadap muka aku kat depan cermin tandas. mulut aku dah barai. kulit halus mulus keliling bibir kanan aku dah tertanggal. lahanat punye water cooler!!! berani ko baraikan mulut aku! kalau nak ikutkan hati, nak je aku hentak mesin tu ngan fire extinguisher.
tapi memikirkan banyak tenaga aku dah hilang, aku cuba bertenang, pikir camne nak handle masalah mulut aku yang dah barai ni. time tu macam-macam yang datang dalam pikiran aku. macam mana kalau tinggal kesan parut kat wajah aku? camne nak tekel aweks-aweks um dengan mulut begini rupe? abesla impian aku nak carikan menantu yang cantek-cantek untuk mak aku.....aku melayan pikiran aku yang ntah ape-ape.
~~~ esoknya, aku ngan semua budak-budak junior yang lengkap berwarna oren dr kepala ke kaki dah sedia di-orientasi-kan. pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa grup. tisu yang menutup kesan-kesan melecur dimulut menjadi teman rapat aku. waktu berkumpul kat dalam dewan kuaz, aku dapat rasakan ada mata-mata yang memandang heran ke arah mulut aku yang tak berapa nak hensem. ape tengok-tengok? korang ingat aku cacat ke? dah takde bende lain korg nak tengok? akak-akak fasi tu cantek ape, korg tengok la diorg! aku rancak memaki-maki dalam hati. semua budak-budak grup aku (termasuklah saudara malai) tak nak bercakap ngan aku.
tapi sepanjang program orientasi ni aku diberi layanan istimewa. cari gula-gula dalam tepung aku tak yah buat, minum/makan bende-bende pelik aku tak yah buat jugak, task-task yang agak berat pon aku tak perlu buat. walaupon begitu, hati aku masih tak tenteram, keadaan mulut aku masih menghantui hari-hari awal aku di pasum. makan 3,4 minggu jugak kesan melecur tu nak hilang dari wajah aku. tu pon dah sapu ubat tiap-tiap malam.
~~~ setahun dah berlalu. saudara malai yang satu grup ngan aku time orientasi dulu, sekarang dah jadi classmate aku. bersama ngan classmate-classmate yang laen, kitorg bukak cerita awal-awal kitorg berada kat pasum ni. aku pon tanpa segan silu bukak cerita di atas. dah tamat bercerita, aku tujukan soklan cepu emas kat saudara malai...
"sori la bro, aku ingatkan ko memang dari kecik macam tu, mulut barai!!! tak sampai hati plak aku nak tegur. HaHAhaHa"
"bro, sampai macam tu ko layan aku! aku baraikan ko punye mulut baru ko tau!!!"
p/s:
1. naseb baek la peristiwa ini sebenarnya menjadi permulaan hidup yang cukop bermakna kat aku sepanjang pembelajaran di pasum.
2. mesin water cooler tu sempat bertaubat dengan membantu aku ketika kehausan selepas bermain futsal mahupon ketika ingin menikmati mee sedap. sekian.























