Sep 27, 2011

Susahnya Memilih Baju Batik

Assalamualaikum... petang ni nak kongsi cerita semalam. Penulis & keluarga pergi ke majlis sambutan hari raya dekat Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Terengganu. Orang punyalah ramai dan makanan pun macam-macam ada.

Selepas hampir sejam kat sana, kami round² bandar KT untuk cari baju melayu. Banyak jugaklah kedai yang kami singgah tapi malangnya semua kedai yang kami pergi, baju melayu kaler hitam dah sold out. Kalau ada pun dia punya kain, penulis tak berapa berkenan.

Oleh kerana yang dicari tak jumpa, kami ke Pasar Kedai Payang. Teman ayah penulis beli baju batik. Kalau sesiapa yang nak cari baju batik, memang sinilah tempatnya sebab banyaaak sangat pilihan. Tapi sebab terlalu banyaaak pilihan jugaklah kami jadi rambang mata nak pilih yang mana satu nak dibeli. Kalau tengok semuanya cantik-cantik belaka.

Satu lagi perkara yang buatkan pemilihan baju batik ni agak sukar ialah bila kita dah berkenan dengan satu² corak tu, saiznya pulak tak sesuai. Maklumlah kebanyakan baju batik kat sini custom made, jadi setiap baju tu coraknya berlainan. Last² mujurlah berjaya jugak pilih 2 helai beli baju batik untuk ayah penulis...

Kain sutera kat sini pun cantik sangat! Kalaulah penulis ni perempuan, memang habislah duit simpanan....hehehe.

.

Sep 25, 2011

Jom Join Bloglist Lighta Shadowee

STICKY POST

Salam semua...Setelah 2 hari berturut-turut penulis begitu kencang join segmen & kontest, akhirnya harini penulis pulak nak anjurkan satu segmen baru.

Ini adalah segmen ke-2 penulis selepas Segmen Rekemen Blog Bersama LIGHTA SHADOWEE. Alhamdulillah, untuk segmen sulung penulis tu ada jugak 29 blogger ohsem yang sudi join. Jadi untuk segmen kedua ni, penulis nak lebih ramai yang join!

Baiklah. Untuk segmen ni semua yang join, blog mereka secara automatik akan tersenarai dalam bloglist Mesti Terjah penulis. Dan 3 blog yang bertuah akan turut disenaraikan dalam bloglist utama.


SYARAT PENYERTAAN:

1. Like fanpage & follow blog light | shadow ni.

2. Buat satu entri dengan tajuk: Jom Join Bloglist Lighta Shadowee.

3. Copy paste banner rasmi segmen ini & linkkan kepada entri ini (http://lightshadow88.blogspot.com/2011/09/jom-join-bloglist-lighta-shadowee.html).

4. Tag 3 rakan blogger yang lain.

5. Tinggalkan url entri anda dalam ruangan komen di bawah. Siap!


TARIKH TUTUP:

25 November 2011 (Lagi cepat korang join, lagi cepat blog anda terpampang di bloglist tersebut!)



.

Sep 22, 2011

Ronda-Ronda Bukit Besi

Assalamualaikum dan salam satu blogger...
Semalam ayah penulis ajak teman beliau ke Bukit Besi, nak tengok perkembangan terbaru kat sana katanya... Penulis yang dah sedia bosan terus sambut pelawaan tu. Lagipun memang dah lama tak jejak kaki ke sana.


Jarak perjalanan dari bandar Dungun ke Bukit Besi lebih kurang 40km. Bukit Besi mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kat bawah ni ada sikit informasi yang penulis petik dari web Sejarah Malaysia.

Bukit Besi which is situated in the district of Dungun was once an important and famous iron mining place in Terengganu. The history of iron mining in Terengganu begun in 1916 and was one of the largest iron mine in the world. The mining industry was handled by Nippon Mining Company. However, between 1945 till 1947, the mine was taken over by the British and was sold to the Eastern Mining and Metal Comany in 1948. From 1960, the production of iron at Bukit Besi began to decline. Thus the Government of Terengganu decided to close the iron mine in the early 1970s. Today Bukit Besi is a tourist attraction.


Haaa...jadi bangunan yang penulis tunjuk tu pun dikira peninggalan sejarah jugaklah. Dengar cerita, kerajaan Terengganu dalam usaha nak bangunkan muzium kat sini untuk mengekalkan sejarah kegemilangan Bukit Besi.


Ini tempat kedua kami singgah. Tempat ni namanya Tasik Puteri & terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Bukit Besi. Tempat ni super cantik! Pemandangan kat depan mata dah macam lukisan. Air tasik ni tenang dan jernih sangat. Boleh nampak semua benda yang ada kat dasar tasik. Tapi ayah penulis cakap, ikan tak boleh hidup dalam tasik ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin ada kaitan dengan komposisi tanah dia kot...

"Kalau ikan boleh hidup, mesti diorang dah bela ikan kat sini" ujar Haji Mat.

Bila dah penat pusing satu tasik, kami bergerak pula menuju ke Kampus UiTM yang masih dalam pembinaan. Dekat je dengan Tasik Puteri, jalan kaki pun boleh sampai. Kalau UiTM dah bukak nanti, konfem petang-petang tasik ni penuh dengan bebudak UiTM.

Penulis tak berhenti pun kat Kampus UiTM Bukit Besi tu, cuma pusing keliling dia je. Jadi tiada gambar untuk diletakkan kat sini. Yang penulis tahu bila dah siap nanti kampus ni bakal jadi kampus induk UiTM Terengganu, tapi penulis tengok kawasan dia takde lah luas sangat kalau nak banding dengan UiTM Dungun. Entahlah, mungkin jugak yang penulis tengok tu cuma fasa pertama...

Baiklah setakat tu je kot cerita ronda-ronda penulis di Bukit Besi. Kalau ada lagi cerita menarik, penulis jumpa korang lagi di blog ini. Ciao!

Sep 21, 2011

Wordless Wednesday: Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku

Sep 20, 2011

Beraya Bersama TPM

Tengah hari tadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Dungun sempena Majlis Ramah Mesra & Jamuan Rakyat Aidilfitri. Majlis berlangsung di Arena Square. Penulis pun tak lepas peluang untuk join sama...

Memang ramai yang datang, tapi pihak penganjur sepatutnya lebih bersedia. Penulis malas nak ulas panjang, baik kita tatap gambar yang sempat penulis tangkap.




P/S: Cuma dapat buat simple update sebab sangat penat & mangantuk. Babai

Sep 19, 2011

Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 2)

Salam semua. Setelah hampir 2 bulan, akhirnya penulis berjaya buat sambungan kepada Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 1). Maaflah kalau ada yang menunggu...

Kalau dalam episod yang pertama penulis dah bercerita serba sedikit tentang kartun tempatan yang penulis layan masa waktu kecil-kecil dulu macam Usop Sontorian, Keluang Man dan Anak-Anak Sidek, kali ni jom kita usha 3 lagi kartun tempatan yang best!



Boboiboy



Sekarang ni peminat kartun yang ada superpower ni dah semakin bertambah. Bagi penulis, kartun Boboiboy adalah siri animasi yang paling canggih pernah dihasilkan oleh anak Malaysia.

Kalau tengok dari segi kualiti grafiknya pun dah setaraf dengan antarabangsa. Two thumbs up kepada crew-crew Animonsta!


Yang menariknya suara latar karakter Yaya dipinjam daripada adik kepada blogger popular, Hanis Zalikha. Tak percaya? Klik SINI.



Upin & Ipin



Boleh dikatakan kartun Malaysia yang paling berjaya setakat ni. Fenomena Upin & Ipin bukan saja dirasai di Malaysia, tapi turut melanda negara jiran, Indonesia. Kejayaan mereka tersenarai dalam Disney Channel juga cukup membanggakan rakyat Malaysia. Maksudnya mereka pun dah iktiraf kehebatan kartun tempatan kan? "Betul, Betul, Betul".

Pada tahun 2009, Les' Copaque dah mengeluarkan movie mereka yang pertama iaitu Geng The Movie. Mungkin akan keluar movie ke-2 pulak lepas ni? Sama-samalah kita tunggu...



Silat Lagenda



Okay, kalau 2 kartun diatas masih segar diingatan korang, yang ketiga ni mungkin korang kena refresh balik memori zaman dulu-dulu. Kalau tak silap penulis, zaman ni jugaklah kumpulan KRU mula hangat menggunakan nama Tyco (yang ada suara ala-ala robot tu, korang ingat lagi tak?).

Silat Lagenda adalah filem animasi pertama Malaysia yang disiarkan pada tahun 1998. Antara kejayaannya ialah memenangi Anugerah Khas Juri untuk filem animasi Malaysia yang pertama di Festival Filem Malaysia ke-14 pada tahun 1999.

Cerita ini mengisahkan lima orang remaja yang telah menemui lima jenis senjata yang pernah digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Senjata-senjata tersebut adalah senjata-senjata mistik yang boleh menukarkan mereka kepada pahlawan-pahlawan lagenda zaman silam dan mereka menggunakannya untuk kebaikan dan menegakkan keadilan. Bagaimanapun, senjata-senjata tersebut turut dituntut oleh ahli sihir dari zaman silam bernama Mona.

Dia punya lagu Ceritera memang best! Kalau awal² citer nak start, memang suara penulis lagi kuat dari penyanyi asal, Zainal Abidin. Biasalah, semangat lebih...trehehe.


Sep 16, 2011

Saya Anak Malaysia!

Selamat Hari Malaysia kepada semua yang berstatus warganegara Malaysia. Harini genap 48 tahun Persekutuan Malaysia dibentuk. Tahun ni sambutan Hari Malaysia & Hari Merdeka diraikan serentak dengan dengan tema “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.


Unik kan bunga raya ni, ada 2 dalam 1

Harini penulis tak sempat tengok perbarisan kat kaca tibi sebab pagi² lagi dah keluar ke Padang Pulut. Ada kerja² mengukur tanah sikit.


Dia punya penat boleh tahan jugaklah,
tapi penulis dah pandai sikit² nak baca geran tanah tu...

Sep 8, 2011

Entri Syawal 1432H

Salam semua! Harini dah pun hari raya ke... Err, jap² nak kira dulu. Yup! Harini hari raya yang ke-10. Kalau penulis baru nak post entri raya dah kira terlewat kan? Jadi terpaksalah tukar sikit tajuk entri ni kepada Entri Syawal 1432H. Tapi tujuan asal tetap sama, tetap nak bercerita pasal agenda raya penulis tahun ni.



Hari Raya Pertama...

Macam tahun² lepas jugak, penulis beraya kat rumah di Dungun, Terengganu. Cuma yang beza sikit tahun ni, ahli keluarga kami dah bertambah sorang lagi.

Tu dia Abang Amin saya, yang berbaju merah kat sebelah penulis tu. Ni lah satu²nya gambar yang menjadi sebab anak buah penulis, si Adam buat hal, mengamuk nak main dengan galaxy tab. Tahun² lepas pun dia lah yang selalu buat spoil dalam gambar keluarga. Adam...Adam...

Pagi raya, lepas je sembahyang raya kami² yang lelaki pergi beraya rumah terbuka kawan ayah penulis. Pastu barulah kitorang ke kampung sebelah ibu penulis di Bemban. Sempat la ziarah ke kubur & singgah 3 buah rumah.

Lepas Asar kitorang bergerak ke Kuala Terengganu, beraya kat rumah keluarga sebelah ayah penulis pulak. Destinasi pertama ialah rumah Ayah Su Sly pastu kami ke rumah Mak Teh. Nak dijadikan cerita, inilah first time hari raya pertama penulis menjejakkan kaki di hospital. Sebabnya petang tu nenek penulis mengadu perut dia sakit, jadi kami ambil keputusan bawak dia ke hospital.

Memang tersangat janggal rasanya masuk hospital pakai baju melayu lengkap bersampin. Huhuhu. Tak sangka pulak ramai jugak rupanya orang beraya kat hospital terbuka ni. Ada yang accident, yang kes terlebih makan pun ramai...

Jam dah dekat pukul 1 pagi. Kitorang pun beransur pulang ke rumah. Sebelum balik kitorang sempat ronda² kat Pantai Batu Buruk & Dataran Syahbandar. Disebabkan perut masing² dah berkeroncong irama lagu raya, kitorang pun singgah la kat kedai makan, pekena mee bandung.

Terkejut jugak tengok ramai lagi yang tengak lepak² kat pantai & kedai² makan. Yang penulis respek, masa kitorang tengah makan² tu, ramai budak² yang berarak dengan basikal sambil kibar jalur gemilang. Semangat merdeka sungguh diorang nih!

Hari Raya Kedua...

Keluarga penulis buat rumah terbuka. Jadi stay dekat rumah aje, layan tetamu yang datang.

Hari Raya Ketiga...

3 Syawal pun tak pergi mana², duduk rumah je. Jadi kami buat acara bermaaf-maafan sesama ahli keluaga. Lagipun ini last day Kak Ida sekeluarga beraya ngan kitorang. Petang tu diorang dah nak beraya ke Perak pulak.

Ini boleh dikira part paling berbaloi sebab disamping dapat bermaaf-maafan, misi mengumpul duit raya pun giat berjalan. Hehehh.

Okay. Cukuplah kot sampai hari raya ketiga... sebab hari raya ke-4 sampai ke-7, penulis dah sibuk dengan My Cousin's Wedding.

My Cousin's Wedding

Ini cerita beberapa hari yang lepas... 2 haribulan 9, sepupu penulis kahwin. Penulis panggil dia Abang Awang. Okay, Awang tu cuma nama panggilan jer. Nama sebenar dia, Shaiful Azuan.

Seriously, penulis pun tak pernah tahu apa nama dia dalam IC sebab dari kecik memang semua orang duk panggil dia Awang. Bila tengok kain rentang kat depan rumah pengantin barulah tahu yang nama betul dia Shaiful. Hehehe.

Majlis yang pertama mestilah di pihak perempuan. Jadi pagi Jumaat tu kami bertolak ke Kg Gaung di Kuala Berang. Sempat la jugak penulis snap beberapa gambar pastu dah tahan sebab cuaca pun panas yang amat. Peluh pun dah turun macam air hujan musim tengkujuh.

Tapi yang bestnya kat sini, dia punya lauk nasi. Macam² lauk ada, rasanya kat kampung je kot boleh jumpa lauk macam ni. Ada sayur rebung, ada sayur umbuk, sayur kulit sto pun ada. Korang pernah tak makan lauk² ni? Kalau ada peluang, korang cuba la yer makanan yang penulis sebutkan tadi...rugi tau kalau tak cuba....

4 haribulan 9 pulak majlis sambut menantu di pihak lelaki. Untuk majlis ni, penulis di"anugerah"kan tugas mengangkat lauk (banyak pulak perkataan lauk dalam entri ni kan?). Kiranya tugas penulis la untuk topup mana² lauk yang dah kurang.

Geram pulak tengok diorang ni bersilat, rasa gatal seluruh badan nak join sama...huhuhu

Nampak tu? Bala tentera oren sedang sibuk dan buat² sibuk sepanjang majlis berlangsung. Tuan rumah memang sengaja kot pilih kaler oren sebab senang tengok siapa² yang melepak tak buat kerja...hahaha.

Memang meriah kalau ada majlis keramaian kat kampung ni sebab semuanya buat gotong-royong. Lagipun kat Kg Bemban ni boleh dikatakan semuanya penulis punya sanak saudara. Jadi sambil² tolong tu boleh la eratkan silaturahim dengan diorang.

P/S: Entri raya tahun ni belum buat lagi ek? Adoyai pun...