Sep 27, 2011

Susahnya Memilih Baju Batik

Assalamualaikum... petang ni nak kongsi cerita semalam. Penulis & keluarga pergi ke majlis sambutan hari raya dekat Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Terengganu. Orang punyalah ramai dan makanan pun macam-macam ada.

Selepas hampir sejam kat sana, kami round² bandar KT untuk cari baju melayu. Banyak jugaklah kedai yang kami singgah tapi malangnya semua kedai yang kami pergi, baju melayu kaler hitam dah sold out. Kalau ada pun dia punya kain, penulis tak berapa berkenan.

Oleh kerana yang dicari tak jumpa, kami ke Pasar Kedai Payang. Teman ayah penulis beli baju batik. Kalau sesiapa yang nak cari baju batik, memang sinilah tempatnya sebab banyaaak sangat pilihan. Tapi sebab terlalu banyaaak pilihan jugaklah kami jadi rambang mata nak pilih yang mana satu nak dibeli. Kalau tengok semuanya cantik-cantik belaka.

Satu lagi perkara yang buatkan pemilihan baju batik ni agak sukar ialah bila kita dah berkenan dengan satu² corak tu, saiznya pulak tak sesuai. Maklumlah kebanyakan baju batik kat sini custom made, jadi setiap baju tu coraknya berlainan. Last² mujurlah berjaya jugak pilih 2 helai beli baju batik untuk ayah penulis...

Kain sutera kat sini pun cantik sangat! Kalaulah penulis ni perempuan, memang habislah duit simpanan....hehehe.

.

2 comments:

dhiera zainudin said...

saya kalau pergi kuala terengganu, tak suka pergi pasar payang sebab tah ye.
kalau nak shopping tudung, kain etc, lagi suka pergi desa murni. orang sana panggil syurga tudung. tudung2 dia murah-murah. sekali pergi lebih dari 2 nak rembat. ada jual kain pasang juga. batik pun ada~

admin AlKhattab Batik said...

Kalau nk shopping batik,leh gak visit www.alkhattabbatik.blogspot.com ^_^ Tak pyh pegi pasar payang..Beli batik online aje.. TQ..