Sep 8, 2011

Entri Syawal 1432H

Salam semua! Harini dah pun hari raya ke... Err, jap² nak kira dulu. Yup! Harini hari raya yang ke-10. Kalau penulis baru nak post entri raya dah kira terlewat kan? Jadi terpaksalah tukar sikit tajuk entri ni kepada Entri Syawal 1432H. Tapi tujuan asal tetap sama, tetap nak bercerita pasal agenda raya penulis tahun ni.



Hari Raya Pertama...

Macam tahun² lepas jugak, penulis beraya kat rumah di Dungun, Terengganu. Cuma yang beza sikit tahun ni, ahli keluarga kami dah bertambah sorang lagi.

Tu dia Abang Amin saya, yang berbaju merah kat sebelah penulis tu. Ni lah satu²nya gambar yang menjadi sebab anak buah penulis, si Adam buat hal, mengamuk nak main dengan galaxy tab. Tahun² lepas pun dia lah yang selalu buat spoil dalam gambar keluarga. Adam...Adam...

Pagi raya, lepas je sembahyang raya kami² yang lelaki pergi beraya rumah terbuka kawan ayah penulis. Pastu barulah kitorang ke kampung sebelah ibu penulis di Bemban. Sempat la ziarah ke kubur & singgah 3 buah rumah.

Lepas Asar kitorang bergerak ke Kuala Terengganu, beraya kat rumah keluarga sebelah ayah penulis pulak. Destinasi pertama ialah rumah Ayah Su Sly pastu kami ke rumah Mak Teh. Nak dijadikan cerita, inilah first time hari raya pertama penulis menjejakkan kaki di hospital. Sebabnya petang tu nenek penulis mengadu perut dia sakit, jadi kami ambil keputusan bawak dia ke hospital.

Memang tersangat janggal rasanya masuk hospital pakai baju melayu lengkap bersampin. Huhuhu. Tak sangka pulak ramai jugak rupanya orang beraya kat hospital terbuka ni. Ada yang accident, yang kes terlebih makan pun ramai...

Jam dah dekat pukul 1 pagi. Kitorang pun beransur pulang ke rumah. Sebelum balik kitorang sempat ronda² kat Pantai Batu Buruk & Dataran Syahbandar. Disebabkan perut masing² dah berkeroncong irama lagu raya, kitorang pun singgah la kat kedai makan, pekena mee bandung.

Terkejut jugak tengok ramai lagi yang tengak lepak² kat pantai & kedai² makan. Yang penulis respek, masa kitorang tengah makan² tu, ramai budak² yang berarak dengan basikal sambil kibar jalur gemilang. Semangat merdeka sungguh diorang nih!

Hari Raya Kedua...

Keluarga penulis buat rumah terbuka. Jadi stay dekat rumah aje, layan tetamu yang datang.

Hari Raya Ketiga...

3 Syawal pun tak pergi mana², duduk rumah je. Jadi kami buat acara bermaaf-maafan sesama ahli keluaga. Lagipun ini last day Kak Ida sekeluarga beraya ngan kitorang. Petang tu diorang dah nak beraya ke Perak pulak.

Ini boleh dikira part paling berbaloi sebab disamping dapat bermaaf-maafan, misi mengumpul duit raya pun giat berjalan. Hehehh.

Okay. Cukuplah kot sampai hari raya ketiga... sebab hari raya ke-4 sampai ke-7, penulis dah sibuk dengan My Cousin's Wedding.

12 comments:

geeds said...

my raya start meriah only on the 3rd syawal.! 1st day too boring, while 2nd day to busy! haha.

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

okay la tu, at least ada jugak hari yg meriah kn?
tp mmg rmai yg ckp raya tahun ni tak semeriah thun2 lepas. syam pn rasa mcm tu...

Pharmalif said...

Wah bro best tu..aku 1st n 2nd raya kene kerja..lagi trajis.. 3rd raya baru beraya ngan famili..waaa sedih bila terkenang!

kemey said...

happening nye raye=)
thanks folo penconteng ruang..folo u back

nurulnazihah said...

gambar yg first tu sangat cool!

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@Pharmalif

kesian plak ak dgr... xpe bro, gaji masyuk...

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@kemey

thanks again!

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@nurulnazihah

ahah. biasa2 je lah ;)

- abdul hadi abdul muti - said...

macam sedap je mee bandung tu? huhu

Aziela said...

waa..meriah la raya awak.. suka aka tgk. Eh, naper tak boleh follow ek? Dia tulis "error on page'. Aiseh..rugi la akak

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@abdul hadi

nmpk je sedap, indah rupa dr rasa...huhu

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@Aziela

ada error ek? adeh..
esok lusa akak dtg la lg, kejap je kot error tu. tp klo xdpt jugak, let me know yer kak...