Jul 26, 2011

Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 1)

Apa khabar semua? Harap² korang semua sihat & cergas siap boleh ber-hula hoop sambil dengar lagu M Daud Kilau...hahaha. Baiklah topik harini adalah berkenaan kartun tempatan yang penulis selalu layan sejak bergelar kanak-kanak riang hinggalah sekarang.


Entri kali ni banyak memerlukan penulis memerah segala nostalgia zaman kanak-kanak penulis iaitu sekitar tahun 90-an. Waktu tu memanglah tak boleh lari dari demam Ultraman, Tomatoman, ThunderCats & Dragon Ball... Tapi disebalik kelekaan berangan nak jadi hebat macam diorang tu, kartun tempatan tetap dekat dihati penulis.

Ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu, cerita kartun Malaysia ni selalu tayang time maghrib. Kalau cerita tu start pukul 7.30, pukul 7 dah stenbai depan kaca tibi. Channel dah awal² lagi set TV1. Walaupun cerita yang ditunggu-tunggu belum start, tetap tak bagi orang lain tukar channel lain takut miss lagu intro dia. Rugi woo... gua dah hafal siap² dia punya lirik, bagi la gua karaoke sekali-sekala. Hahaha.

Bila cerita dah start, dua-dua belah mata terpaku ke arah kaca tibi sambil landing atas kusyen sofa. Nikmat! Time ni takde sorang pun yang nak kacau tukar² channel sebab satu keluarga semua minat tengok kartun ni. Nak solat pun kena tunggu dua kali iklan baru boleh setel. Iklan yang pertama cuma sempat stenbai ambil air sembahyang. Start iklan yang kedua baru la pergi sembahyang maghrib. Iskh3 lagho... Tapi begitulah gambaran betapa komitednya seorang kanak-kanak sekolah rendah pada cerita kartun kegemarannya, Usop Sontorian. Selain kartun Usop Sontorian, ada beberapa lagi kartun tempatan lain yang penulis selalu tengok. Jom kita usha apa lagi kartun buatan Malaysia yang pernah dan sedang jadi fenomena hingga sekarang.



1. Usop Sontorian



Kartun ni mula ditayangkan pada tahun 1993 dan merupakan siri animasi pertama buatan Malaysia. Budak-budak yang lahir tahun 80-an atau 90-an, secara automatik adalah peminat setia Usop dan kawan-kawannya Dol dan Abu. Betul kan? Yang bestnya pasal kartun ni ialah jalan ceritanya yang berkisar tentang aktiviti budak-budak kampung pada zaman tu. Contohnya main rakit, lastik burung, main meriam buluh & mandi sungai. Kalau RTM siar balik kartun ni, mesti ramai yang bakal mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

Dialog yang digunakan pun memang kelakar tak hengat. Tak hairanlah sebabnya kebanyakan orang kuat yang menghasilkan kartun ini adalah kartunis-kartunis komik Ujang yang sememangnya lawak.


Selain watak 3 sahabat baik Usop, Dol & Abu, penulis jugak tertarik dengan watak Selebet dan Singh dalam citer ni. Selebet adalah seekor ayam & jugak sahabat baik Usop. Dia ni boleh bercakap & suara dia memang unik sangat. Ingat lagi ada satu episod tu, Selebet kena kidnap sebab ada saintis nak buat ujikaji pasal kelebihan dia tu. Memang suspen habis time tengok episod ni. Hahaha. Nasib baiklah Selebet tak ada apa-apa.

Singh pulak memang lawak dengan cara percakapannya yang tak teratur. Ada ala-ala Acai, watak Johan dalam Maharaja Lawak. Tiap kali si Singh ni bukak mulut, penulis konfem tergelak.

Jangan tak tahu, Usop Sontorian pun pernah ke antarabangsa & mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia (Hiroshima) pada Jun 1996. Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.



2. Keluang Man



Bila demam Usop Sontorian dah reda sikit, muncul pulak siri Keluang Man di kaca tibi. Orang yang buat kartun ni pun dari produksi Usop Sontorian, jadi cerita dia pun memang lawak kaw-kaw. Antara superhero terawal Malaya, Keluang Man selalu dilabel sebagai Batman versi Malaysia. Kalau Batman ada Robin, Keluang Man ada membernya yang bernama Tiongman. Diorang ni sebenarnya pesakit mental di Hospital Bahagia Tampoi yang sering keluar lewat malam untuk membela manusia sejagat.

Mereka sering menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tampoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

Tanpa sedar, siri animasi Keluang Man merupakan animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D. Walaupun nampak ganjil dengan babak kereta yang macam kotak bergerak, sekurang-kurangnya mereka berani untuk mencuba teknik yang baru.

Satu lagi, lagu Keluang Man memang legend. Lagu dia selalu meniti di bibir penulis masa dulu-dulu. Nyanyi lah sikit nak bagi lepas rindu. Keluang Man, Keluang Man, Keeeeluang Maaaaan...



3. Anak-Anak Sidek



Siapa yang tak kenal dengan diorang ni kan? Kisah kehidupan lima bersaudara yang menjadi lagenda badminton negara. Cerita ni kononnya diceritakan oleh gelanggang, bulu tangkis dan sepasang raket pada permulaan setiap siri. Mengisahkan gelagat dan kenakalan bekas jaguh badminton negara, iaitu Bun, Ajib, Alan, Aman & Adul semasa kecil yang sering menjadi sasaran kemarahan Haji Sidek.

Haji Sidek memang tegas dalam mendidik anak-anaknya. Namun itu tak menghalang Bun & adik-adiknya melakukan 'aktiviti' mereka. Dalam ramai², Ajib macam tak berapa join sangat ngan adik beradik yang lain. Dia pun sentiasa dimanjakan & dilabel anak emas Haji Sidek mungkin sebab dia yang paling terer main badminton pada masa tu.



Bun dan pengikut setianya, Alan pula selalu membuat perkara yang bakal mengundang kemarahan Haji Sidek. Kalau dalam cerita ni, diorang memang budak nakal sejati. Kesian pulak tengok diorang kena denda kurung dalam reban ayam.

Penulis selalu jugak beli komik Anak-Anak Sidek dan sampai sekarang komik-komik tu masih dalam simpanan penulis. Ni buktinya...

Dah berapa kali khatam dah komik ni... Tak bosan walau dah banyak kali baca.

Berita baik untuk peminat-peminat siri animasi Anak-Anak Sidek sebab korang boleh tengok kartun ni setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam di saluran TVi (Astro 180).

Okaylah, untuk episod pertama ni setakat ni je penulis sempat berkongsi dengan korang tentang kartun tempatan yang penulis minat. Jumpa lagi dalam episod ke-2 ya!


9 comments:

el-janna said...

peh syiok layan cerite tu.. kacang pun best jugakk

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@el-janna

rindu plak nak tgk citer Usop...

hamzah ian said...

keluangman kartun terbaik...

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@hamzah ian

episod plg best yg tiongman jumpa blk ex-gf dia...jiwang seyh. hahaha

si kecik said...

da tak de citer2 tue.... :( huhu....

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@si kecik

boleh tgk lg kat youtube, tp tggal brape episod jer...

kemey said...

suke kluang man n tiong man hehehe..

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

@kemey

hero sejati tu! hahaha

Faizul Osman said...

mmg best lah... mmg kegemaran sy time dulu...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com