Kalau dalam episod yang pertama penulis dah bercerita serba sedikit tentang kartun tempatan yang penulis layan masa waktu kecil-kecil dulu macam Usop Sontorian, Keluang Man dan Anak-Anak Sidek, kali ni jom kita usha 3 lagi kartun tempatan yang best!
Boboiboy
Sekarang ni peminat kartun yang ada superpower ni dah semakin bertambah. Bagi penulis, kartun Boboiboy adalah siri animasi yang paling canggih pernah dihasilkan oleh anak Malaysia.
Kalau tengok dari segi kualiti grafiknya pun dah setaraf dengan antarabangsa. Two thumbs up kepada crew-crew Animonsta!
Yang menariknya suara latar karakter Yaya dipinjam daripada adik kepada blogger popular, Hanis Zalikha. Tak percaya? Klik SINI.
Upin & Ipin
Boleh dikatakan kartun Malaysia yang paling berjaya setakat ni. Fenomena Upin & Ipin bukan saja dirasai di Malaysia, tapi turut melanda negara jiran, Indonesia. Kejayaan mereka tersenarai dalam Disney Channel juga cukup membanggakan rakyat Malaysia. Maksudnya mereka pun dah iktiraf kehebatan kartun tempatan kan? "Betul, Betul, Betul".
Pada tahun 2009, Les' Copaque dah mengeluarkan movie mereka yang pertama iaitu Geng The Movie. Mungkin akan keluar movie ke-2 pulak lepas ni? Sama-samalah kita tunggu...
Silat Lagenda
Okay, kalau 2 kartun diatas masih segar diingatan korang, yang ketiga ni mungkin korang kena refresh balik memori zaman dulu-dulu. Kalau tak silap penulis, zaman ni jugaklah kumpulan KRU mula hangat menggunakan nama Tyco (yang ada suara ala-ala robot tu, korang ingat lagi tak?).
Silat Lagenda adalah filem animasi pertama Malaysia yang disiarkan pada tahun 1998. Antara kejayaannya ialah memenangi Anugerah Khas Juri untuk filem animasi Malaysia yang pertama di Festival Filem Malaysia ke-14 pada tahun 1999.
Cerita ini mengisahkan lima orang remaja yang telah menemui lima jenis senjata yang pernah digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Senjata-senjata tersebut adalah senjata-senjata mistik yang boleh menukarkan mereka kepada pahlawan-pahlawan lagenda zaman silam dan mereka menggunakannya untuk kebaikan dan menegakkan keadilan. Bagaimanapun, senjata-senjata tersebut turut dituntut oleh ahli sihir dari zaman silam bernama Mona.
Dia punya lagu Ceritera memang best! Kalau awal² citer nak start, memang suara penulis lagi kuat dari penyanyi asal, Zainal Abidin. Biasalah, semangat lebih...trehehe.
Tweet
5 comments:
Balas kunjungan.... Sukak boboboi... Hahaaa... Nak jadi cam dia gak...
@msredcheesecake
jd mcm gopal lg best kot! bleh mkn je memanjang...hahaha
terbaekkk
yang dua 2 mmg super duper femes...
yg third 2...
maaf Lah ye...
xprnh dgr...
ermmm...
(muke konfius...)
citer silat lagenda terbek...wahh ..lme gak xtgk...huuh
Post a Comment