Mar 17, 2009

Mechanical Futsal 09

Kalau post sebelum ni penulis dah tunjuk dekat korang jersi baru team Mosixers. Kali ni nak buat liputan la pulak pasal latest tournament yang kitorang join.


Tournament Mechanical Futsal 09 ni diadakan di KK1 & KK2 pada 15/3/09. Penyertaan hanya dibuka untuk budak mechi je.

Mosixers ditempatkan dalam group C bersama dengan team N11, Scirocco FC, Bola Itu Bulat & 20. Match pertama kitorang dah kalah 2-3 dengan N11. Memang rasa tak puas hati sebab tournament sebelum ni pun kitorang kalah dengan team yang sama...*geram*

Tapi mujurlah 3 lagi match yang lain kitorang menang. So kitorang masih berjaya ke peringkat quarter final sebagai naib johan kumpulan. Untuk quarter final, Mosixers kalahkan team Lok Lim (diorang ni main bapak ganas wa cakap lu!) melalui tendangan penalti 1-0 selepas seri 1 sama. Memang respek dekat Jijie yang berjaya save ke3-3 penalti!

Then kitorang jumpa team Saloma Manja (nama tak boleh menggoda lagi ke?) tapi kitorang kalah 1-2. Adoi, kalah lagi... Last match->penentuan tempat ke-3 & ke-4, kitorang decide untuk main penalti je sebab hujan turun dengan lebatnya.

Untuk pertama kalinya penulis ambil sepakan penalti untuk Mosixers. Memang cuak gila, nasib baik bola tu masuk kalau tak konfem penulis pun akan join teammate yang dah fobia nak ambil penalti...huhu.

So kitorang dapat no 3 je untuk tonemen ni lepas menang dengan Fire FC 2-1.


Keputusan Penuh Mechanical Futsal 09

Johan: Saloma Manja
Naib Johan: N11
Ke-3: Mosixers FC

2 comments:

Atiqahtuty said...

laa mne gmba?

hajar said...

tiqa aq ad gmbo..ngeh3...tahniah3..