Tajuknya Slamdunk atau dalam versi BM, Pembolos Keranjang. Komik ni mengisahkan seorang bakat basketball yang gila² dengan rambut merahnya. Hero dalam komik, Sakuragi Hanamichi, adalah budak samseng first year.
Dia start belajar main basketall masa belajar di Shohoku, itupun sebab nak rapat dengan sorang awek namanya Haroko. Untuk cerita yang lebih lanjut korang baca la sendiri komik ni memang BEST sangat²!
Lawak, sedih, macam² ada dalam komik ni. Sebab komik ni la penulis mula jatuh hati dengan sukan basketball. Lagipun banyak teknik & rules yang kita dapat belajar dari komik Slamdunk ni.
Sebenarnya abang penulis yang start beli komik ni. Tapi bila dia pergi study oversea, penulis diamanahkan untuk sambung beli komik ni. Komik ni sampai volume 31 je, bila la Takehiko Inoue nak sambung komik ni sebab penulis yakin ramai lagi yang tunggu Slamdunk 2.
Maybe kena tunggu lama lagi sebab Takehiko ni still sibuk dengan 2 lagi komiknya iaitu Vagabond & Real yang belum tamat lagi...*sigh*
Ini la last page/ending untuk komik ni
P/S: Selain Slamdunk, penulis selalu jugak beli komik Dragon Ball & Juara Wira tapi tu dulu la, sekarang dah kurang sebab rasa macam membazir la pulak. Search dalam internet sudey...
Tweet
No comments:
Post a Comment