Feb 22, 2009

Kejohanan Futsal KK2

Pada 21-22 Februari 09 (harini & semalam), jawatankuasa pelajar Kolej Kediaman 2 telah menganjurkan Kejohanan Futsal KK2. Sebanyak 25 team yang ambil bahagian & ada 8 group semuanya. Team penulis, Mosixers masuk dalam group D.

Untuk tournament ni cuma 4 orang je ahli Mosixers yang asal, penulis, Bishrul, Jijie & Nazmon. Yang lain tu pemain 'import' : Fie, Maro, Zainol & Che Gu. Mosixers terpaksa ambil player lain sebab Amin & Ise pergi main ragbi wakil UMP. Zudeng pulak tukar angin masuk team lain...hampeh betul Zudeng!

Dalam grouping, match first kitorang seri dengan Kiut Miut FC 3-3 pastu match ke-2 kitorang menang lawan Bliss FC 2-1. So untuk group D, kitorang jadi juara kumpulan.

Untuk last 16 pulak kitorang menang 6-0 (kemenangan terbesar dalam sejarah Mosixers) tapi penulis dah tak ingat la nama team tu apa, iye la nama semua nak pelik² je. Then sampai la ke peringkat quarter final tapi sygnye kitorang kalah game tu 0-3.

So, setakat tu je la pencapaian Mosixers untuk tournament ni. Satu lagi sejarah baru Mosixers terlakar sebab tournament² dalam UMP sebelum ni paling kurang pun kitorang boleh la merasa masuk semi final...huhuhu.

Mungkin sebab kitorang jarang main satu team, kalau tengok match harini pun macam tak teratur sangat. Hmm... 21-22 Mac ni ada UMP Super Series pulak. Tak sabar nak main dekat padang besar!

Kalau ada masa korang singgah² la ke blog rasmi Mosixers --> Mosixers FC


No comments: