Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Jun 28, 2015

Cuti-Cuti Jakarta & Bandung - Taman Safari

Assalamualaikum. Sedar tak sedar kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. Harap-harap tak ada la yang masih buat-buat lupa bukak tudung saji siang-siang hari yer..

Setelah lama menyepi, kali ini penulis datang lagi dengan entri terbaru untuk kongsi sedikit cerita cuti penulis pada awal bulan ni iaitu pada 5-9 Jun 2015. Sebenarnya ada beberapa lagi entri yang dah ditulis tapi masih terperap dalam kotak draft. Tunggulah nanti kalau dah bertambah rajin, penulis akan post entri seterusnya.


Baiklah. Destinasi cuti-cuti penulis dan keluarga kali ini adalah ke bahagian barat Pulau Jawa iaitu Jakarta dan Bandung. Hari pertama boleh dikira hari perjalanan sahaja sebab kami sampai di Soekarno Hatta International Airport pun dah pukul 8.30 malam dan terus sambung perjalanan ke Puncak, Bogor selama 4 jam.

Feb 11, 2014

Terima Kasih Pemandu Malaysia

Suatu malam dalam tahun millenium 2000 atau lebih popular dikalangan bebudak sekolah dengan sebutan Y2K. Usia gua baru 12 tahun, darjah enam.

Time tu bapak gua kerja di Kuantan. Kadang-kadang je dapat bersama keluarga tersayang di Kuala Terengganu, itupun kalau weekend tak ada program besar. Jadi sepanjang bapak gua di perantauan, mummy gua lah yang meng-take over tugas sebagai pemandu keluarga. Bapak gua belikan beliau kereta paling stended untuk pemandu yang baru nak up yakni Perodua Kancil.

Biasanya mummy gua bawak kereta ni untuk ulang alik ke sekolah dia mengajar paling jauh pun ke gedung Mydin, beli barang dapur. Sehinggalah detik yang gua nak ceritakan kat korang ni iaitu apabila mummy gua nekad nak balik jugak ke kampung sambil-sambil jenguk rumah kat sana.

Jarak Kuala Terengganu-Dungun gua agak-agak ada la dalam 80km tetapi inilah perjalanan paling jauh dalam sejarah pemanduan mummy gua. Dan percayalah, gua memang rasa macam perjalanan merentas sempadan Thai ke Tambak Johor dia punya lama. Maklumlah, paling laju pun mummy gua bawak boleh cecah 60 km/jam je. Jalan pulak ambil side paling tepi nak bagi senang racer-racer lain memintas. Berapa kali jatuh lubang gua malas nak kira.

Alhamdulillah, perjalanan ke kampung berjalan lancar tanpa sebarang kontroversi. Namun perjalanan pulang ke Kuala Terengganu awal-awal lagi dijangka berliku apabila misi untuk balik sebelum maghrib terkubur. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Suasana pekat malam dah makin menjadi-jadi. Tak sampai 2 minit mummy gua melencongkan kereta kaler maroon beliau ke jalan utama, tiba-tiba ada satu van ni bagi highbeam ke arah kitorang.

Spontan gua dengan Kak Nisa lambaikan tangan sambil senyum mencecah telinga tanda terima kasih. Waktu tu gua rasa sangat bersyukur kerana pemandu di Malaysia ni sangat memahami antara satu sama lain & saling membantu dalam hal-hal sulit macam ni. Ye la, dalam fikiran gua kalau orang bagi highbeam tu mesti jalan depan tu ada roadblock paling-paling koman pun ada abang polis menyorok dalam semak sambil saman nombor.

Tapi bila 4, 5 kereta berderet duk bagi highbeam, rasa tak sedap hati tu dah slow-slow muncul. Tangan gua dah naik krem duk melambai tepi tingkap. Mummy gua dengan jemaah lain pun berkongsi perasaan yang sama. Jadi kitorang decide untuk berhenti di bahu jalan. Mana la tahu kalau-kalau mummy gua dah seret traffic light ke kat depan kereta. Kak Ida yang berada di kerusi co-pilot yang juga merangkap pemegang lesen memandu berabjad 'P' keluar sambil tawaf satu kereta namun tak jumpa pulak kelibat mahupun kegiatan abnormal.

Nak tak nak, perjalanan terpaksa diteruskan. Hampir setengah jam dah berlalu, tapi hal yang sama masih berulang. Cahaya highbeam tak henti-henti menyinari kereta kitorang. Dalam kegelapan pekat malam, sempat jugak gua perhatikan samar-samar kelibat seorang pemandu ni duk usha kitorang dengan muka ketat.

Emosi gua punyalah gelisah tak tentu hala. Gua ada suspek satu benda. Dengan sopan santun gua lontarkan satu soalan cepu emas pada mummy gua..."Mummy, mummy dah pasang lampu ke?"

Lakonan semula

Mummy gua reply satu nafas dengan nada cukup konfiden. "Dah, kan dah keluar lampu biru tu". Gua jenguk. Sah! Gua tunduk tanda redha.

Sekian. Terima Kasih.

Nov 15, 2012

Inglish Edukesyen

Salam maal hijrah. Time cuti sekolah ni mesti ramai yang pergi bercuti dengan keluarga tersayang kan? Penulis duduk rumah je, jadi bibik selama seminggu. Haha..

Pagi tadi sedang asyik menonton si comel Heliza melawat Anfield dengan Old Trafford dalam Rasa Halal Antarabangsa, muncul satu perbualan antara penulis dan dua anak buah, Adib (8 tahun) & Adam (5 tahun)...

Adib: Pak Su, bestnya kalau dapat pergi Old Trafford...

Adam: Eleh, abang bukan pandai cakap english pon.

Penulis: Entah. Nanti kalau jumpa Van Persie, Adib nak cakap apa?

Adib: Ala takpe, nanti Adib bawaklah subtitle...


OOOH MY ENGLISH !!!


Oct 9, 2012

I'm Back!

Saya dah pulang mak buat cucur, mudah saje tambah air, bancuh sebati goreng dan sedia. Tepung cucur Adabi rahsianya~

Haa...Akibat dah 9 bulan tak meng-update blog, kekok pulak rasanya nak start menulis. Jadi eloklah kita mulakan dengan nyanyian sebegitu rupa. Tapi seriously iklan tu memang cukup annoying sebab hidup diorang tu macam langsung tak ada masalah kan, siap boleh menyanyi sambil buat lompat kijang lagi.


Sebenarnya selama ni penulis bukanlah tinggalkan terus dunia blog, penulis still baca lagi post korang. Cuma mood nak menulis tu tak berapa nak sampai. Lagipun ni kan blog personal, tak best la kalau tulis entri dalam keadaan terpaksa.

Okay kali ni nak story pasal weekend yang lepas. Penulis gerak pergi Manjung, Perak untuk attend kenduri kahwin sepupu dekat sana. Gambar peliss...(malas nak menaip punya pasal)


Hari Jumaat malam tu akad nikah & esoknya barulah kenduri kat rumah pengantin perempuan. Cayalah Abang Feizi, sekali lafaz je dah setel. Konpem dah hafal awal² lagi nih.

May 29, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Redang

It's a 3 days trip. Dari 26-28 Mei. Sebenarnya percutian ke Pulau Redang ni hanya dirancang beberapa hari sebelum hari kejadian. Mencanak kau nak cari pakej yang still available, tambah pulak kami semuanya 12 orang. Last² dapat la jugak dengan satu travel agent ni, itu pun sebab ada orang cancel last minute. Jadi tercapailah hasrat kami nak bercuti di Pulau Redang...

Nampak tak ke-eksaited-an-nya kat situ?

Okay, 1st day lepas dah setel check in semua, brader² kat situ terus panggil kitorang pergi snorkeling. Memang sepanjang kat sana, kebanyakan masa dihabiskan dengan ber-snorkeling tapi sebenarnya boleh pilih nak pergi ke tak cuma rasa rugi la pulak kalau tak pergi kan... Lagi pun setiap trip tu lokasi dia berbeza. Untuk trip yang pertama ni kami dibawa ke Tanjung Tengah.

Pemandangan kat Pulau Redang ni memang superb dengan airnya yang kristal jelas. Tambah teruja bila dapat tengok coral kat depan mata cuma sedih sikit sebab dah banyak yang mati. 

First time snorkeling...nasib baiklah penulis ni 'pandai' berenang, dapatlah telan air laut 2 3 teguk buat tambah zat mineral dalam badan. Hehu.

Jan 2, 2012

Mulanya Tahun 2012

Assalamualaikum wbt. Penulis harap korang semua sihat² belaka. Rasanya belum terlambat lagi kalau nak ucap selamat tahun baru kan? Moga korang berjaya dengan azam masing².

Tujuan penulis post entri kali ni sebenarnya nak kongsikan beberapa perkara. Pertama, semalam keluarga penulis dapat berita sedih iaitu suami kepada sepupu penulis dah meninggal dunia. Arwah cuba nak selamatkan ayahnya, tapi kedua-duanya ditemui lemas.

Hari yang sama lepas maghrib, penulis terima satu lagi berita kematian. Kawan satu praktikal dengan penulis hantar mesej yang abangnya dah pergi buat selama-lamanya.



Harap semua yang baca entri ni tolong sedekahkan al-fatihah kepada arwah semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman...

Ibu penulis pesan, tiap kali kita ingat pada orang yang kita sayang tak kira lah yang masih hidup ataupun dah tiada, jangan lupa hadiahkan mereka sekurang-kurangnya al-fatihah. Sebab itu antara sumbangan terbaik yang kita boleh bagi.

Dec 31, 2011

Fenomena Air Pasang Besar

Assalamualaikum. 4 hari lepas berita pasal fenomena air pasang besar ni masuk paper, siap muka depan lagi. Time baca paper tu terkejut jugak sebab tempat ni sebelah je dengan tempat penulis jogging petang². Tak sangka pulak jalan kat situ dah rosak sampai macam tu.


Gambar² ni penulis ambil lepas jogging petang tadi. Sejak fenomena tu, boleh tahan happening jugak tempat ni sebab ramai yang datang tengok siap bawak anak² lagi...



Paling sedih bila tengok banyak pokok rhu yang tumbang. Nak boleh besar macam ni bukannya senang...


Kat depan sana kerja² baiki jalan masih lagi giat dijalankan. Tengok tu, jalan dah tinggal separuh.

Dengar cerita, malam² pun ramai jugak yang datang 'tengok ombak'. Memang jadi fenomena lah orang kata. Mungkin kat Dungun ni dah takde tempat lain nak lepak kot ;(

Dec 24, 2011

Jom Ke Trek

Waah! Dah lama tak jenguk laman bersawang nih. Maklumlah, sibuk melayan kerenah anak buah penulis yang dua orang tu. Cuti sekolah ni, diorang datang la bercuti seminggu kat Terengganu ni...

Berbalik pada tajuk, trek yang penulis maksudkan ialah trek jongging kat Bukit Bauk. Pagi tadi sempat jugak mendaki bukit. Penulis start naik pukul 9, kira lambat jugak la sebab sebelum tu dah jogging kat tepi pantai.


Time penulis sampai tu ramai yang dah turun so, jalan pun dah lengang. Agak seram la jugak jalan sorang² kat sini...


Pemandangan yang super cantik dipertengahan bukit.


Disebabkan hari dah mendung & jambatan ni yang nampak macam tak kukuh (jambatan lama dah runtuh) penulis daki sampai separuh jalan je, pastu patah balik.

Penulis ciao dulu, nak daftar BEM pulak. Ada citer baru nanti gua update lah ye!


Nov 9, 2011

Ber-BBQ Belakang Rumah

Entri yang dah terlewat 2 hari sebab baru² ni penulis leka dengan game Zuma. Mesti korang cakap bapak-tak-macho-budak-laki-main-game-Zuma! Lantaklah, game tu mencabar kot... Okay, dah lari topik da...

Hari Isnin baru ni penulis satu family ber-BBQ sekali ngan piknik kat belakang rumah. Kenapa belakang rumah? Sebab malas nak jalan jauh². Lagipun belakang rumah kitorang pun dah ala² taman pertanian gitu...hahaha.


Memang buat air liur meleleh...


Sambut sekali besday Abang Gie & Ateh


L.O.V.E

Ciao!

Nov 6, 2011

Selamat Hari Raya - Aidiladha, Haji & Korban

Assalamualaikum. Sebenarnya penulis tak tahu nak pilih yang mana satu antara 3 tu, korang pilihlah sendiri mana yang sesuai. Heheee.

Penulis malas nak tulis panjang², jadi nak buat entri bergambar je...

Antara 3 ekor lembu yang dikorbankan, yang ni paling hero. Dialah yang paling garang dan ganas. "Nellang!" orang Terengganu kata.


Lepas dah siap sembelih & melapah, boleh makan² dulu ambil nafas. Macam-macam ada. Ada mee rebus, mee goreng, nasi himpit, kuih-muih pun ada...



Pastu start kerja balik. Potong & timbang daging untuk diagihkan.


Makcik-makcik ni tengah bizi sediakan daging untuk dibakar. Daging bakar ni memang sedap sehingga menjilat-kayu-pencucuk! Serius tak tipu. Okay itu je nak cerita, bai-bai!


Oct 31, 2011

My 1000th Follower

Assalamualaikum & hye semua! Malam ni penulis rasa sangat² gembira sambil lompat² atas katil (hiperbola...) sebab bila bukak blog ni tadi, ternampak angka 1000 kat widget follower tu!


Thanks yer rieyana ynn, sebab jadi follower ke-1000 blog ni. Penulis cuba jugak cari blog dia tapi tak jumpa. Awak memang takde blog eh? Tak lupa juga kepada semua yang dah follow blog penulis, terima kasih banyak²! Harap korang selalu lah baca entri di blog light|shadow.

Mungkin ada yang cakap, ada follower ribu-ribu dapat apa? Bagi penulis, follower adalah sebab utama penulis bersemangat nak update blog. Lagipun kalau orang dah follow blog kita, maksudnya diorang berminat dengan apa yang kita kongsikan.

Okaylah, nak sambung tengok family outing. Good-bye!

P/S: Earning BE penulis agak abnormal sikit. Dear nuffnang, help me!!

Oct 13, 2011

Congrats Sis!

Assalamualaikum... Hujung minggu lepas penulis & keluarga ke KL. Kalau 1 Oktober haritu penulis yang konvo, kali ni kakak penulis, Kak Nisa pula yang konvo. So, penulis nak ucapkan tahniah sempena dah bergelar graduan.


Konvo Kak Nisa sesi petang, keluar dewan pun dah pukul 5. Jadi masa agak terhad.



Hari esoknya pergi lagi ke UIA, sambung balik photoshoot & hantar jubah. Sebelum balik kitorang sempat la jalan-jalan kat pesta konvo...


Penulis beli Ultravoodo ngan Spidervoodo. Macho tak diorang?

P/S: Pergi konvo kat UIA ni memaaang seronok sebab ramaaai aweks-aweks cun! Hehehe...

Oct 3, 2011

My Graduation Day!

Sabtu lepas, 1 Oktober 2011 adalah hari konvokesyen penulis di Universiti Malaysia Pahang. Alhamdulillah, after 4 years of hardwork dapat jugak segulung ijazah...



Eksaited sangat sebab dapat jumpa member², terutamanya geng gaban yang dah dekat setahun tak jumpa... Baiklah, mari kita mulakan pictures marathon. Let the pictures do the talking...



It's the day of joy!

Sep 27, 2011

Susahnya Memilih Baju Batik

Assalamualaikum... petang ni nak kongsi cerita semalam. Penulis & keluarga pergi ke majlis sambutan hari raya dekat Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Terengganu. Orang punyalah ramai dan makanan pun macam-macam ada.

Selepas hampir sejam kat sana, kami round² bandar KT untuk cari baju melayu. Banyak jugaklah kedai yang kami singgah tapi malangnya semua kedai yang kami pergi, baju melayu kaler hitam dah sold out. Kalau ada pun dia punya kain, penulis tak berapa berkenan.

Oleh kerana yang dicari tak jumpa, kami ke Pasar Kedai Payang. Teman ayah penulis beli baju batik. Kalau sesiapa yang nak cari baju batik, memang sinilah tempatnya sebab banyaaak sangat pilihan. Tapi sebab terlalu banyaaak pilihan jugaklah kami jadi rambang mata nak pilih yang mana satu nak dibeli. Kalau tengok semuanya cantik-cantik belaka.

Satu lagi perkara yang buatkan pemilihan baju batik ni agak sukar ialah bila kita dah berkenan dengan satu² corak tu, saiznya pulak tak sesuai. Maklumlah kebanyakan baju batik kat sini custom made, jadi setiap baju tu coraknya berlainan. Last² mujurlah berjaya jugak pilih 2 helai beli baju batik untuk ayah penulis...

Kain sutera kat sini pun cantik sangat! Kalaulah penulis ni perempuan, memang habislah duit simpanan....hehehe.

.

Sep 22, 2011

Ronda-Ronda Bukit Besi

Assalamualaikum dan salam satu blogger...
Semalam ayah penulis ajak teman beliau ke Bukit Besi, nak tengok perkembangan terbaru kat sana katanya... Penulis yang dah sedia bosan terus sambut pelawaan tu. Lagipun memang dah lama tak jejak kaki ke sana.


Jarak perjalanan dari bandar Dungun ke Bukit Besi lebih kurang 40km. Bukit Besi mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kat bawah ni ada sikit informasi yang penulis petik dari web Sejarah Malaysia.

Bukit Besi which is situated in the district of Dungun was once an important and famous iron mining place in Terengganu. The history of iron mining in Terengganu begun in 1916 and was one of the largest iron mine in the world. The mining industry was handled by Nippon Mining Company. However, between 1945 till 1947, the mine was taken over by the British and was sold to the Eastern Mining and Metal Comany in 1948. From 1960, the production of iron at Bukit Besi began to decline. Thus the Government of Terengganu decided to close the iron mine in the early 1970s. Today Bukit Besi is a tourist attraction.


Haaa...jadi bangunan yang penulis tunjuk tu pun dikira peninggalan sejarah jugaklah. Dengar cerita, kerajaan Terengganu dalam usaha nak bangunkan muzium kat sini untuk mengekalkan sejarah kegemilangan Bukit Besi.


Ini tempat kedua kami singgah. Tempat ni namanya Tasik Puteri & terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Bukit Besi. Tempat ni super cantik! Pemandangan kat depan mata dah macam lukisan. Air tasik ni tenang dan jernih sangat. Boleh nampak semua benda yang ada kat dasar tasik. Tapi ayah penulis cakap, ikan tak boleh hidup dalam tasik ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin ada kaitan dengan komposisi tanah dia kot...

"Kalau ikan boleh hidup, mesti diorang dah bela ikan kat sini" ujar Haji Mat.

Bila dah penat pusing satu tasik, kami bergerak pula menuju ke Kampus UiTM yang masih dalam pembinaan. Dekat je dengan Tasik Puteri, jalan kaki pun boleh sampai. Kalau UiTM dah bukak nanti, konfem petang-petang tasik ni penuh dengan bebudak UiTM.

Penulis tak berhenti pun kat Kampus UiTM Bukit Besi tu, cuma pusing keliling dia je. Jadi tiada gambar untuk diletakkan kat sini. Yang penulis tahu bila dah siap nanti kampus ni bakal jadi kampus induk UiTM Terengganu, tapi penulis tengok kawasan dia takde lah luas sangat kalau nak banding dengan UiTM Dungun. Entahlah, mungkin jugak yang penulis tengok tu cuma fasa pertama...

Baiklah setakat tu je kot cerita ronda-ronda penulis di Bukit Besi. Kalau ada lagi cerita menarik, penulis jumpa korang lagi di blog ini. Ciao!

Sep 20, 2011

Beraya Bersama TPM

Tengah hari tadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Dungun sempena Majlis Ramah Mesra & Jamuan Rakyat Aidilfitri. Majlis berlangsung di Arena Square. Penulis pun tak lepas peluang untuk join sama...

Memang ramai yang datang, tapi pihak penganjur sepatutnya lebih bersedia. Penulis malas nak ulas panjang, baik kita tatap gambar yang sempat penulis tangkap.




P/S: Cuma dapat buat simple update sebab sangat penat & mangantuk. Babai

Sep 19, 2011

Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 2)

Salam semua. Setelah hampir 2 bulan, akhirnya penulis berjaya buat sambungan kepada Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 1). Maaflah kalau ada yang menunggu...

Kalau dalam episod yang pertama penulis dah bercerita serba sedikit tentang kartun tempatan yang penulis layan masa waktu kecil-kecil dulu macam Usop Sontorian, Keluang Man dan Anak-Anak Sidek, kali ni jom kita usha 3 lagi kartun tempatan yang best!



Boboiboy



Sekarang ni peminat kartun yang ada superpower ni dah semakin bertambah. Bagi penulis, kartun Boboiboy adalah siri animasi yang paling canggih pernah dihasilkan oleh anak Malaysia.

Kalau tengok dari segi kualiti grafiknya pun dah setaraf dengan antarabangsa. Two thumbs up kepada crew-crew Animonsta!


Yang menariknya suara latar karakter Yaya dipinjam daripada adik kepada blogger popular, Hanis Zalikha. Tak percaya? Klik SINI.



Upin & Ipin



Boleh dikatakan kartun Malaysia yang paling berjaya setakat ni. Fenomena Upin & Ipin bukan saja dirasai di Malaysia, tapi turut melanda negara jiran, Indonesia. Kejayaan mereka tersenarai dalam Disney Channel juga cukup membanggakan rakyat Malaysia. Maksudnya mereka pun dah iktiraf kehebatan kartun tempatan kan? "Betul, Betul, Betul".

Pada tahun 2009, Les' Copaque dah mengeluarkan movie mereka yang pertama iaitu Geng The Movie. Mungkin akan keluar movie ke-2 pulak lepas ni? Sama-samalah kita tunggu...



Silat Lagenda



Okay, kalau 2 kartun diatas masih segar diingatan korang, yang ketiga ni mungkin korang kena refresh balik memori zaman dulu-dulu. Kalau tak silap penulis, zaman ni jugaklah kumpulan KRU mula hangat menggunakan nama Tyco (yang ada suara ala-ala robot tu, korang ingat lagi tak?).

Silat Lagenda adalah filem animasi pertama Malaysia yang disiarkan pada tahun 1998. Antara kejayaannya ialah memenangi Anugerah Khas Juri untuk filem animasi Malaysia yang pertama di Festival Filem Malaysia ke-14 pada tahun 1999.

Cerita ini mengisahkan lima orang remaja yang telah menemui lima jenis senjata yang pernah digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Senjata-senjata tersebut adalah senjata-senjata mistik yang boleh menukarkan mereka kepada pahlawan-pahlawan lagenda zaman silam dan mereka menggunakannya untuk kebaikan dan menegakkan keadilan. Bagaimanapun, senjata-senjata tersebut turut dituntut oleh ahli sihir dari zaman silam bernama Mona.

Dia punya lagu Ceritera memang best! Kalau awal² citer nak start, memang suara penulis lagi kuat dari penyanyi asal, Zainal Abidin. Biasalah, semangat lebih...trehehe.


Sep 16, 2011

Saya Anak Malaysia!

Selamat Hari Malaysia kepada semua yang berstatus warganegara Malaysia. Harini genap 48 tahun Persekutuan Malaysia dibentuk. Tahun ni sambutan Hari Malaysia & Hari Merdeka diraikan serentak dengan dengan tema “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.


Unik kan bunga raya ni, ada 2 dalam 1

Harini penulis tak sempat tengok perbarisan kat kaca tibi sebab pagi² lagi dah keluar ke Padang Pulut. Ada kerja² mengukur tanah sikit.


Dia punya penat boleh tahan jugaklah,
tapi penulis dah pandai sikit² nak baca geran tanah tu...