Jun 30, 2015

Cuti-Cuti Jakarta & Bandung - Floating Market

Hai. Sambungan kepada entri semalam. Hari ke-4 di bumi Indonesia, penulis dan keluarga ke Floating Market Lembang yang terletak di Bandung.


Sebaik sahaja sampai kat sini, secara automatik penulis rasa tenang sangat sebab kawasannya dikelilingi tasik dan ditambah pula dengan udaranya yang agak dingin.

Taman angsa


Selepas beberapa minit berjalan melalui laluan yang dikelilingi landskap menghijau, nampaklah kelibat deretan perahu yang parking sepanjang tepi tasik.


Pasar terapung yang dibuka sejak Disember 2012 ni tak sama dengan yang ada di Bangkok kerana kedudukan perahunya yang kekal dan tersusun. Suasananya pun jauh berbeza kerana ia lebih berkonsepkan ala-ala foodcourt dan bukannya pasar yang menjual sayur-sayuran ataupun buah-buahan macam yang di Bangkok tu.


Terdapat pelbagai jenis makanan dijual di floating market ini termasuklah makanan istimewa Sunda dan Jawa Barat. Setiap perahu menjual makanan yang berlainan antaranya pisang goreng cheese, murtabak mini, duren bakar, tempe dan tauhu lembang surabi.

Antara yang menjadi pilihan..pisang goreng cheese dan kole durian.

Ada juga yang menjual makanan berat seperti soto, dim sum, ikan bakar dan sate. Untuk membeli makanan, pengunjung mesti menggunakan koin atau token yang boleh ditukar di kaunter. Penjual di sini tak terima wang tunai.

Sabar menunggu makcik penjual dim sum sambil menyanyi..
"Wahai makcik, makcik si ikan kaloi~~ Timbullah engkau, timbullah tunjukkan diri~~" 

Bertentangan dengan floating market ni ada sebuah jeti di mana pengunjung boleh menyewa sepeda air, kanu, perahu dayung atau menaiki bot bagi mengelilingi tasik.


Di sini juga terdapat Kampung Leuit di mana kita boleh melihat binaan rumah yang beratap ijuk dengan dinding khas rumah Jawa Barat zaman dahulu kala.



Teruja betul Izzul Haq bila dapat kipas..

Selain itu, ada beberapa lagi taman yang boleh dilawati dalam kawasan floating market ni, antaranya taman kelinci, taman miniatur kereta api dan taman batu. Untuk masuk ke taman-taman berkenaan, bayaran tambahan akan dikenakan.

Taman kelinci (arnab)


Setakat itu sahaja cerita pasal Floating Market Lembang. Next stop...Kawah Putih!

No comments: