Showing posts with label Featured Post. Show all posts
Showing posts with label Featured Post. Show all posts

Feb 11, 2014

Terima Kasih Pemandu Malaysia

Suatu malam dalam tahun millenium 2000 atau lebih popular dikalangan bebudak sekolah dengan sebutan Y2K. Usia gua baru 12 tahun, darjah enam.

Time tu bapak gua kerja di Kuantan. Kadang-kadang je dapat bersama keluarga tersayang di Kuala Terengganu, itupun kalau weekend tak ada program besar. Jadi sepanjang bapak gua di perantauan, mummy gua lah yang meng-take over tugas sebagai pemandu keluarga. Bapak gua belikan beliau kereta paling stended untuk pemandu yang baru nak up yakni Perodua Kancil.

Biasanya mummy gua bawak kereta ni untuk ulang alik ke sekolah dia mengajar paling jauh pun ke gedung Mydin, beli barang dapur. Sehinggalah detik yang gua nak ceritakan kat korang ni iaitu apabila mummy gua nekad nak balik jugak ke kampung sambil-sambil jenguk rumah kat sana.

Jarak Kuala Terengganu-Dungun gua agak-agak ada la dalam 80km tetapi inilah perjalanan paling jauh dalam sejarah pemanduan mummy gua. Dan percayalah, gua memang rasa macam perjalanan merentas sempadan Thai ke Tambak Johor dia punya lama. Maklumlah, paling laju pun mummy gua bawak boleh cecah 60 km/jam je. Jalan pulak ambil side paling tepi nak bagi senang racer-racer lain memintas. Berapa kali jatuh lubang gua malas nak kira.

Alhamdulillah, perjalanan ke kampung berjalan lancar tanpa sebarang kontroversi. Namun perjalanan pulang ke Kuala Terengganu awal-awal lagi dijangka berliku apabila misi untuk balik sebelum maghrib terkubur. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Suasana pekat malam dah makin menjadi-jadi. Tak sampai 2 minit mummy gua melencongkan kereta kaler maroon beliau ke jalan utama, tiba-tiba ada satu van ni bagi highbeam ke arah kitorang.

Spontan gua dengan Kak Nisa lambaikan tangan sambil senyum mencecah telinga tanda terima kasih. Waktu tu gua rasa sangat bersyukur kerana pemandu di Malaysia ni sangat memahami antara satu sama lain & saling membantu dalam hal-hal sulit macam ni. Ye la, dalam fikiran gua kalau orang bagi highbeam tu mesti jalan depan tu ada roadblock paling-paling koman pun ada abang polis menyorok dalam semak sambil saman nombor.

Tapi bila 4, 5 kereta berderet duk bagi highbeam, rasa tak sedap hati tu dah slow-slow muncul. Tangan gua dah naik krem duk melambai tepi tingkap. Mummy gua dengan jemaah lain pun berkongsi perasaan yang sama. Jadi kitorang decide untuk berhenti di bahu jalan. Mana la tahu kalau-kalau mummy gua dah seret traffic light ke kat depan kereta. Kak Ida yang berada di kerusi co-pilot yang juga merangkap pemegang lesen memandu berabjad 'P' keluar sambil tawaf satu kereta namun tak jumpa pulak kelibat mahupun kegiatan abnormal.

Nak tak nak, perjalanan terpaksa diteruskan. Hampir setengah jam dah berlalu, tapi hal yang sama masih berulang. Cahaya highbeam tak henti-henti menyinari kereta kitorang. Dalam kegelapan pekat malam, sempat jugak gua perhatikan samar-samar kelibat seorang pemandu ni duk usha kitorang dengan muka ketat.

Emosi gua punyalah gelisah tak tentu hala. Gua ada suspek satu benda. Dengan sopan santun gua lontarkan satu soalan cepu emas pada mummy gua..."Mummy, mummy dah pasang lampu ke?"

Lakonan semula

Mummy gua reply satu nafas dengan nada cukup konfiden. "Dah, kan dah keluar lampu biru tu". Gua jenguk. Sah! Gua tunduk tanda redha.

Sekian. Terima Kasih.

Oct 31, 2012

5 Situasi Janggal Yang Sering Berlaku

Malang tak berbau. Gua selalu tulis perkataan malang dekat stokin gua dengan marker pen. Jadi masa sesi memakai stokin berjemaah sebelum main futsal, gua dah tak perlu susah payah nak fikirkan alasan. Kalau ada ahli jemaah yang komplen ada bau yang tak menyenangkan, gua terus tunjuk tulisan yang terpampang di stokin gua. Setel.

Okay, cukup. Kita kembali ke tajuk utama. Sebenarnya apa yang gua nak sampaikan ialah kadang² apa yang kita buat akan menyebabkan berlakunya perkara yang langsung kita tak expect. Biasanya ia akan membawa kita kepada situasi janggal dan memalukan. Gua bagi beberapa contoh & cara tipikal untuk menghadapi situasi tersebut...

Situasi 1: Dalam bilik darjah yang aman. Sedang asyik korang me-wheelie kerusi, tiba² bunyi pelik muncul daripada gesekan kaki kerusi tu. Persis bunyi kentut Usop Wilcha. Apa lagi, korang pun bertungkus lumus lah menggesek kaki kerusi tersebut untuk cipta bunyi yang sama dengan bunyi yang pertama tadi sebagai bukti ia bukanlah bunyi kentut korang. Berpeluh beb!

Walawei... Terer gila boleh congek cenggini. Kalau Son Goku tengok ni konfem menangis.

Situasi 2: Korang baru tiba di traffic light merah. Time tu jugak lagu rock kegemaran korang diputarkan di radio. Sedang seronok ber-headbanging, tak semena-mena tangan korang tertekan hon. Semua mata tertumpu kearah korang seolah-olah korang dah buat dosa besar. Mamat bangla naik basikal pun tak lepaskan peluang memberi pandangan sinis. Dengan lemah lembut korang perlahankan volume radio sambil dalam hati menjerit - Cepatlah hijau!

Gua lebih sanggup disaman.

Situasi 3: Dalam panggung wayang. Korang sedang menonton filem Ombak Rindu. Tambah istimewa, yang duduk disebelah korang adalah adik, kakak, mak, bapak dan nenek korang sendiri. Kiranya satu row tu, keluarga korang yang conquer. Tiba² adegan panas Aaron Aziz dengan Maya Karin atas katil terpampang di skrin besar gedabak tu. Serta merta korang akan terasa nak telan air liur tapi terpaksa tahan sebab bimbang orang sebelah perasan. Langkah alternatif ialah cepat² capai air ataupun popcorn berdekatan dan berlakon macam korang tak berminat dengan scene tersebut. Hehe.

Tapi kalau Ombak Rindu versi Jozan, nak gelak guling-guling macam tenggiling pun takde hal. Haha.

Situasi 4: Rakan korang berjaya mendapat strike dalam game bowling. Korang bersorak gembira dan menerpa kearah beliau sambil mengangkat tangan meminta high five. Namun rakan korang tu buat tak tahu je sambil tersenyum. Korang tertunduk malu kerana kejadian tersebut jelas diperhatikan oleh aweks-aweks di lane sebelah.

Sedih!

Situasi 5: Tanpa disangka, Bos korang baik hati nak belanja makan di restoran 5 bintang. Rakan² sepejabat yang lain pun ada sama. Bila dah selesai makan, korang perasan ada cili di celah gigi Bos mithali korang tu. Beliau yang rancak berborak membuatkan cili tu bagai melambai-lambai. Rakan² yang lain pun turut perasan. Tapi masing² cuma mampu pandang satu sama lain. Apa boleh buat, nak tegur serba salah...ye tak?

Gua dah pernah alami Situasi 1, 2 dan 3. Situasi 4 dan 5 belum lagi. Mintak dijauhkan! 

Sep 19, 2011

Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 2)

Salam semua. Setelah hampir 2 bulan, akhirnya penulis berjaya buat sambungan kepada Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 1). Maaflah kalau ada yang menunggu...

Kalau dalam episod yang pertama penulis dah bercerita serba sedikit tentang kartun tempatan yang penulis layan masa waktu kecil-kecil dulu macam Usop Sontorian, Keluang Man dan Anak-Anak Sidek, kali ni jom kita usha 3 lagi kartun tempatan yang best!



Boboiboy



Sekarang ni peminat kartun yang ada superpower ni dah semakin bertambah. Bagi penulis, kartun Boboiboy adalah siri animasi yang paling canggih pernah dihasilkan oleh anak Malaysia.

Kalau tengok dari segi kualiti grafiknya pun dah setaraf dengan antarabangsa. Two thumbs up kepada crew-crew Animonsta!


Yang menariknya suara latar karakter Yaya dipinjam daripada adik kepada blogger popular, Hanis Zalikha. Tak percaya? Klik SINI.



Upin & Ipin



Boleh dikatakan kartun Malaysia yang paling berjaya setakat ni. Fenomena Upin & Ipin bukan saja dirasai di Malaysia, tapi turut melanda negara jiran, Indonesia. Kejayaan mereka tersenarai dalam Disney Channel juga cukup membanggakan rakyat Malaysia. Maksudnya mereka pun dah iktiraf kehebatan kartun tempatan kan? "Betul, Betul, Betul".

Pada tahun 2009, Les' Copaque dah mengeluarkan movie mereka yang pertama iaitu Geng The Movie. Mungkin akan keluar movie ke-2 pulak lepas ni? Sama-samalah kita tunggu...



Silat Lagenda



Okay, kalau 2 kartun diatas masih segar diingatan korang, yang ketiga ni mungkin korang kena refresh balik memori zaman dulu-dulu. Kalau tak silap penulis, zaman ni jugaklah kumpulan KRU mula hangat menggunakan nama Tyco (yang ada suara ala-ala robot tu, korang ingat lagi tak?).

Silat Lagenda adalah filem animasi pertama Malaysia yang disiarkan pada tahun 1998. Antara kejayaannya ialah memenangi Anugerah Khas Juri untuk filem animasi Malaysia yang pertama di Festival Filem Malaysia ke-14 pada tahun 1999.

Cerita ini mengisahkan lima orang remaja yang telah menemui lima jenis senjata yang pernah digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Senjata-senjata tersebut adalah senjata-senjata mistik yang boleh menukarkan mereka kepada pahlawan-pahlawan lagenda zaman silam dan mereka menggunakannya untuk kebaikan dan menegakkan keadilan. Bagaimanapun, senjata-senjata tersebut turut dituntut oleh ahli sihir dari zaman silam bernama Mona.

Dia punya lagu Ceritera memang best! Kalau awal² citer nak start, memang suara penulis lagi kuat dari penyanyi asal, Zainal Abidin. Biasalah, semangat lebih...trehehe.


Jul 26, 2011

Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 1)

Apa khabar semua? Harap² korang semua sihat & cergas siap boleh ber-hula hoop sambil dengar lagu M Daud Kilau...hahaha. Baiklah topik harini adalah berkenaan kartun tempatan yang penulis selalu layan sejak bergelar kanak-kanak riang hinggalah sekarang.


Entri kali ni banyak memerlukan penulis memerah segala nostalgia zaman kanak-kanak penulis iaitu sekitar tahun 90-an. Waktu tu memanglah tak boleh lari dari demam Ultraman, Tomatoman, ThunderCats & Dragon Ball... Tapi disebalik kelekaan berangan nak jadi hebat macam diorang tu, kartun tempatan tetap dekat dihati penulis.

Ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu, cerita kartun Malaysia ni selalu tayang time maghrib. Kalau cerita tu start pukul 7.30, pukul 7 dah stenbai depan kaca tibi. Channel dah awal² lagi set TV1. Walaupun cerita yang ditunggu-tunggu belum start, tetap tak bagi orang lain tukar channel lain takut miss lagu intro dia. Rugi woo... gua dah hafal siap² dia punya lirik, bagi la gua karaoke sekali-sekala. Hahaha.

Bila cerita dah start, dua-dua belah mata terpaku ke arah kaca tibi sambil landing atas kusyen sofa. Nikmat! Time ni takde sorang pun yang nak kacau tukar² channel sebab satu keluarga semua minat tengok kartun ni. Nak solat pun kena tunggu dua kali iklan baru boleh setel. Iklan yang pertama cuma sempat stenbai ambil air sembahyang. Start iklan yang kedua baru la pergi sembahyang maghrib. Iskh3 lagho... Tapi begitulah gambaran betapa komitednya seorang kanak-kanak sekolah rendah pada cerita kartun kegemarannya, Usop Sontorian. Selain kartun Usop Sontorian, ada beberapa lagi kartun tempatan lain yang penulis selalu tengok. Jom kita usha apa lagi kartun buatan Malaysia yang pernah dan sedang jadi fenomena hingga sekarang.

Dec 28, 2010

Kisah Winter Sonata & Mikrofonnya

Setelah beberapa minggu, dapat jugak penulis habiskan 20 episod drama ni. Seingat penulis, baru 3 buah drama Korea yang penulis pernah tengok dari awal sampai final episod. Citer pertama, Autumn In My Heart, yang ke-2, You're Beautiful & yang ke-3 Winter Sonata.

Sebenarnya bukan penulis tak suka tengok drama Korea, tapi nak habiskan satu citer tu tersangatlah lama... Satu drama biasanya ada 20++ episod & 1 episod pulak mau sampai sejam lebih. Jadi kalau ditambah, tolak, darab, bahagi, tak ke ambil masa lebih 20 jam untuk satu citer? huhu... Tapi kalau dah bosan sangat, layan la jugak kan...

Baiklah, berbalik pada tajuk entri. Drama 8 tahun lepas. Jalan citer dia OK la, sebab berjaya buat penulis tengok citer dia sampai ending. Kalau tak best, takkan la boleh tengok sampai habis kan? Cuma nak kata gempak sangat tu takde la, bagi penulis citer You're Beautiful jauh lagi best dari citer ni.

Tapi dalam citer ni ada satu benda yang menarik perhatian penulis. Kalau korang pernah tengok citer ni, mesti korang perasan ada objek atau secara tepatnya, mikrofon asyik intai² kat skrin. Kalau sekali dua boleh tahan la tapi kalau every episod asyik interframe jek, memang ada something wrong la kan...

Penulis rasa tangan orang yang pegang mic tu tak kuat kot, takpun dia tak cukup tinggi sebab tu la mic tu asyik jatuh jek! Hehe. Kadang² penampilan mic tu sedikit sebanyak telah membatalkan mood penulis yang baru nak feel jalan citer yang disampaikan. Nak² part yang romantik & sedih...Ouch!

OK tu je kot untuk entri kali ni. Nak komen lebih² pun takut nanti marah pulak kipas-susah-mati Winter Sonata...hik3.
Jom layan Winter Sonata & Mikrofonnya....


P/S: Awal sem haritu ada sorang member penulis ajak pergi Korea tapi penulis tolak sebab ingatkan dia main² jer. Tup tup miggu lepas dia tag penulis kat gambar dia posing kat pokok² tempat Joon Sang dengan Yujin selalu dating tu... Cis! Melepas percutian Korea gua!

Mar 17, 2009

Maksud Sebenar P.S.

Harini penulis nak berkongsi sikit input yang penulis dapat beberapa jam yang lepas. Korang mesti pernah tengok perkataan P.S. ditulis dalam surat, blog atau medium yang seangkatan dengannya.


Mungkin jugak korang sendiri pun pernah guna term P.S. ni. Biasanya ia digunakan di hujung entri atau mesej. Tapi korang tahu tak P.S. tu singkatan untuk apa?

Secara jujurnya, sebelum ni penulis pun tak pernah tahu 2 huruf tu stand untuk apa. Main guna jer...hehehe. So, penulis try la search P.S. kat dalam Yahoo. Macam² gak yang keluar, rambang pulak mata penulis menengoknya...

Then penulis cuba pulak taip kat column research dalam Microsoft Word... Jumpa! Antara perkataan yang keluar ialah postscript, addendum, afterthought, addition, stop press & coda.

Kesimpulannya P.S. adalah singkatan daripada perkataan yang pertama tu, postscript yang berasal daripada bahasa Latin, post scriptum. Lagipun menurut Kamus Dewan, postscript bermaksud tambahan kata² pada akhir surat @ susulan.

Fuh, akhirnya penuh la ilmu di dada penulis tentang P.S. ni...