Pada 16 Jun 2001, tamatlah satu lagi episod dalam hidup penulis. Selama tempoh 24 minggu bergelar trainee di YTL, memang banyak kenangan & pengalaman yang penulis dapat. Ada yang indah & ada jugak yang pahit. Tapi yang pasti bila teringat balik kenangan² tu, penulis rasa bersyukur sangat dapat buat praktikal dekat YTL nih.
Penulis dapat banyak ilmu baru. Kat sini penulis bukan setakat belajar pasal engineering, ilmu bola sepak pun dah banyak penulis dapat. Dan yang paling best, penulis dapat ramai kenalan baru. Member² trainee semuanya satu kepala. So banyaklah program² sampingan yang kitorang buat sepanjang berpraktikal.
Lagipun staff kat sini baik² belaka walaupun kadang² ada jugak diorang naik angin. Tapi stended la tu kan... Yang penulis suka, diorang ni selalu sangat bergurau, mengalahkan budak² tadika. Memang tak kering gusi la tengok telatah diorang. Buat kerja pun takde la stess sangat...
Di kesempatan ini, penulis nak ucap terima kasih tak terhingga kepada semua warga YTL & maafkanlah penulis kalau ada salah silap selama berada di YTL.
Untuk hari last ni, penulis ada sedia sarapan pagi. Jadi kena bangun awal dari biasa sebab kena pergi ambil nasi dagang kat kedai. Member penulis, Fakhrul pun ikut sekali, bolehlah tolong angkat² barang.
Pagi tu ada la jugak buat kerja² housekeeping sikit & buat pertama kalinya kena kerja overtime. Sepatutnya kul 12.30 dah rehat, tapi semalam pukul 1.30 baru kitorang dapat rehat. Best jugak sebab dapat makan nasi beriani free. Hehehe...
Sempat jugak bergambar ngan Pak Yunus ngan Uncle Wang
Petang tu, lepas solat Asar, dah start salam² ngan staff, ucap terima kasih & mintak maaf semua. Time tu dah start rasa sedih sebab lepas ni dah tak dapat rasa suasana macam kat YTL ni lagi...
Berat rasa hati ni nak tinggalkan korang semua...
Thanks ye, bagi kad yang sangat comel tu. Syam akan simpan sampai bila². Jaga diri elok², jangan gaduh². Jumpa lagi guys!!
P/S: Lepas ni mesti rindu gurau senda korang, especially Mr Boloq.
Tweet
No comments:
Post a Comment