Apr 29, 2009

Yey Esok Last Paper! Tapi...

Excited sangat sebab esok dah last paper untuk final sem ni. Tapi penulis tak boleh balik rumah lagi sebab terlibat dengan program eXpoconvo sampai 16 mei...adessss...

Rindu dekat family, bilik gua, tibi, jogging pagi² sambil cuci mata & macam² lagi la. Hmm...ingatkan nak balik malam esok & datang balik UMP hari jumaat. Tapi mak aku bagi pulak drive malam²...nasib...nasib...

Apa-apapun doakan kejayaan penulis ya! Harap² dapat la jawab paper esok!

Apr 28, 2009

Jom Gaduh!


Harini penulis nak ajak korang main game mybrute. Maybe korang dah pernah dengar or main game ni tapi untuk yang belum pernah main, jom daftardi -->


Penulis pun baru je start main game ni harini.Macam best jugak la, thanks to Eddy & Dr Zool. Senang je nak daftar, tak perlu ada email pun boleh main.

So, kalau korang berminat klik je kat sini. Jom kita gaduh!

Apr 27, 2009

2 Down, 2 To Go!

Sekarang penulis masih dalam exam mode. 2 subjek (Thermo & Fluids) dah lepas. Tinggal 2 je lagi, Manufac dengan Math.

Exam Manufac hari rabu ni & Math pulak hari khamis. So sekarang terpaksa la study, study & study...Kalau dah tension², rehat kejap...main CS dengan Mafia Wars lepas tu sambung study balik.

Kalau tengokkan paper sebelum² ni, soalan final tahun ni agak mencabar...huhuhuhu. Anyway wish me luck keyh! Ciao bebeh!

Apr 24, 2009

The Omen (2006)

Rating: 8/10

P/S: Iman kena kuat kalau nak tengok citer ni...harap maklum

Pool.Makan.Minum

Petang tadi Dasuki ajak penulis pergi Kuantan, nak main pool katanya... So, penulis yang pantang dicabar terus je setuju walaupun hari Isnin ni ada final exam...huhu.

Kitorang gerak pukul 7 lebih sikit, on-the-way singgah masjid & terus ke Megamall. Dekat Megamall, Dasuki pergi tukar dvd game sebab tak boleh nak install & jumpa Ijud kat sana yang baru balik dari Pekan.

Dah setel pilih dvd baru, kitorang gerak ke Parkson. Di sini la berlangsungnya perlawanan pool antara penulis, Dasuki & Ijud. Lepas 2,3 game kitorang pun balik UMP.

Sebelum sampai rasa lapar pulak. Lupa, belum makan malam lagi rupanya... So kitorang singgah restoran dekat Sungai Isap pekena air gelas besar dengan nasi pattaya. Dasuki order air tembikai & penulis pulak air mempelam.

Bila perut dah kembung dengan air, kitorang pun blah ler...

- Tammat -



Apr 23, 2009

Yang Terlewatkan

Oleh: Sheila On 7

kemana kau slama ini
bidadari yang kunanti
mengapa baru sekarang
kita dipertemukan

sesal takkan ada arti
karna semua tlah terjadi
kini kau tlah menjalani
dudu dudu duu
sisa hidup dengannya

[chorus]
mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku
kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku

jika berulang kembali
kau tak akan terlewati
segenap hati kucari dudu dudu duu..
di mana kau berada

[chorus]
mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku
kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku

walau ku terlambat
kau tetap yang terhebat
melihatmu, mendengarmu
kau lah yang terhebat

--------------------------------------------------------------

What should he do..... What can he do.....

Apr 22, 2009

How The Grinch Stole Christmas (2000)

Satu lagi lakonan Jim Carrey yang mantap. Biasa la, watak Jim Carrey selalunya pelik² & untuk movie ni dia berlakon sebagai Grinch, satu makluk yang tak sukakan Hari Krismas & merupakan nightmare kepada penduduk Whoville.

Tapi ada seorang budak,Cindy Lou-who yang mahu semua orang gembira pada Hari Krismas termasuk la Grinch. Berjaya ke budak tu ubah Grinch supaya sukakan Krismas? Pandai² la korang cari citer ni & tengok sendiri...muahaha!

Grinch & Smith (anjing dia ni memang lawak der)

Grinch & Cindy Lou yang kiut miut, pandai nyanyi pulak tu...

Rating: 8/10

Apr 21, 2009

Thick as Thieves (2009)

Never trust a thief. Korang akan tahu kenapa lepas tengok cerita ni.Penulis gerenti korang tak akan terfikir muslihat sebenar pencuri ni. Pendek cerita, jalan cerita dia memang stylo lah!

Rating: 8.5/10

Apr 18, 2009

Meraikan PM Ke-6 Di Kuantan

Apr 16, 2009

Jangan Tegur (2009)


Pedulikan tajuk movie ni. Penulis tetap nak tegur jugak. Hihihihihiii (Gelak versi pontianak). Seram ke movie ni? Boleh layan laa...

Antara scene yang best:
- Time Julia kena kejar dalam hospital, fuh melayang² hantu tu...wa cakap lu...
- Scene dalam bilik tidur. (Aih lain macam je bunyinya...hehe) Julia kunci pintu bilik tapi Pierre sebenarnya ada dekat luar. Jadi yang ada dalam bilik tu dengan dia ialah...jeng jeng jeng...
- Time flashback dekat traffic light

Yang tak best....byk sgt "sayang" mengalahkan lagu sayaang sayaang sayaaang Alif Aziz!

Rating: 7/10

Apr 6, 2009

F1 @ Sepang!!







Apr 5, 2009

Majlis Anugerah Sukan MASUM 2008

Masa: 4 April 2009 / 8-11 PM
Tempat: Hotel MS Garden

Sebenarnya awal² lagi penulis dah pasang niat nak pergi selection silat malam ni tapi 2 hari lepas, Encik Pres cakap ada dinner untuk Malam Anugerah Sukan MASUM. So semua ahli MSP (Majlis Sukan Pelajar UMP) kena pergi. Pening jugak kepala nak pilih, last² penulis decide untuk pergi dinner ni.

Kitorang gerak dari UMP dalam pukul 6.30 petang. Naik bas UMP, yang besar pulak tu! Padahal angkut 10 orang je pun... On-the-way ke MS Garden, bas kitorang stuck pulak dekat pasar malam Kuantan. Banyak jugak kereta yang berbaris belakang bas. Siap pegawai perbandaran datang lagi tu...

Yang tak boleh blah, diorang sempat snap gambar bas kitorang dulu sebelum tolong clearkan jalan tu...lawak betol, mungkin bas kitorang ni rare bagi diorang kot...haha.

Dah sampai, kitorang solat dulu then terus masuk dewan. Makanan? Best wooo... Ada BBQ, ikan bakar, aiskrim, sup sirip ikan yu pun ada. Untuk kali ni, Robani &Roslinda Samsu dipilih sebagai olahragawan & olahragawati. Tahniah!

Tapi kan...part yang paling best ialah penulis dapat jumpa Shila Hamzah, siap dapat otograf lagi...hehehe (Bebudak laki² kat luar sana jangan jeles okeh...)

Kantoi pulak baju sama dengan Azim!

Berlakon je ni...

Gimik piala naik dari bawah then pusing²

Antara yang membuat persembahan malam tu. Shila!

Dengan ahliMSP

Bergambar dengan Dato'NC

Olahragawan MASUM 2008, Robani Hassan

Olahragawati MASUM 2008, Roslinda Samsu

Ko ade?


Apr 4, 2009

Najib PM Ke-6

Datuk Seri Najib Razak, 55, menjadi Perdana Menteri ke-enam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan slogan "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", Najib mengajak rakyat seluruh Malaysia bersama-samanya melaksanakan satu "transformasi besar untuk negara".


Beliau memulakan lembaran baru pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta dan menarik balik larangan penerbitan Suara Keadilan dan Harakah.

Tun Abdullah pada upacara 'send-off' selaku Menteri Pertahanan

Sumber: Berita Harian

Fast & Furious 4 (2009)

Baru je tengok movie ni dekat Megamall dengan Ijud & Acap. Best! Untuk Fast & Furious 4 ni, banyak pasal misi balas dendam Dom terhadap watak antagonis, Braga.

Dom nak balas dendam untuk apa... Itu korang kena tengok la sendiri. Tak suspen la kalau penulis dah ceritakan...ye tak?

Rating : 8/10