Feb 11, 2014

Terima Kasih Pemandu Malaysia

Suatu malam dalam tahun millenium 2000 atau lebih popular dikalangan bebudak sekolah dengan sebutan Y2K. Usia gua baru 12 tahun, darjah enam.

Time tu bapak gua kerja di Kuantan. Kadang-kadang je dapat bersama keluarga tersayang di Kuala Terengganu, itupun kalau weekend tak ada program besar. Jadi sepanjang bapak gua di perantauan, mummy gua lah yang meng-take over tugas sebagai pemandu keluarga. Bapak gua belikan beliau kereta paling stended untuk pemandu yang baru nak up yakni Perodua Kancil.

Biasanya mummy gua bawak kereta ni untuk ulang alik ke sekolah dia mengajar paling jauh pun ke gedung Mydin, beli barang dapur. Sehinggalah detik yang gua nak ceritakan kat korang ni iaitu apabila mummy gua nekad nak balik jugak ke kampung sambil-sambil jenguk rumah kat sana.

Jarak Kuala Terengganu-Dungun gua agak-agak ada la dalam 80km tetapi inilah perjalanan paling jauh dalam sejarah pemanduan mummy gua. Dan percayalah, gua memang rasa macam perjalanan merentas sempadan Thai ke Tambak Johor dia punya lama. Maklumlah, paling laju pun mummy gua bawak boleh cecah 60 km/jam je. Jalan pulak ambil side paling tepi nak bagi senang racer-racer lain memintas. Berapa kali jatuh lubang gua malas nak kira.

Alhamdulillah, perjalanan ke kampung berjalan lancar tanpa sebarang kontroversi. Namun perjalanan pulang ke Kuala Terengganu awal-awal lagi dijangka berliku apabila misi untuk balik sebelum maghrib terkubur. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Suasana pekat malam dah makin menjadi-jadi. Tak sampai 2 minit mummy gua melencongkan kereta kaler maroon beliau ke jalan utama, tiba-tiba ada satu van ni bagi highbeam ke arah kitorang.

Spontan gua dengan Kak Nisa lambaikan tangan sambil senyum mencecah telinga tanda terima kasih. Waktu tu gua rasa sangat bersyukur kerana pemandu di Malaysia ni sangat memahami antara satu sama lain & saling membantu dalam hal-hal sulit macam ni. Ye la, dalam fikiran gua kalau orang bagi highbeam tu mesti jalan depan tu ada roadblock paling-paling koman pun ada abang polis menyorok dalam semak sambil saman nombor.

Tapi bila 4, 5 kereta berderet duk bagi highbeam, rasa tak sedap hati tu dah slow-slow muncul. Tangan gua dah naik krem duk melambai tepi tingkap. Mummy gua dengan jemaah lain pun berkongsi perasaan yang sama. Jadi kitorang decide untuk berhenti di bahu jalan. Mana la tahu kalau-kalau mummy gua dah seret traffic light ke kat depan kereta. Kak Ida yang berada di kerusi co-pilot yang juga merangkap pemegang lesen memandu berabjad 'P' keluar sambil tawaf satu kereta namun tak jumpa pulak kelibat mahupun kegiatan abnormal.

Nak tak nak, perjalanan terpaksa diteruskan. Hampir setengah jam dah berlalu, tapi hal yang sama masih berulang. Cahaya highbeam tak henti-henti menyinari kereta kitorang. Dalam kegelapan pekat malam, sempat jugak gua perhatikan samar-samar kelibat seorang pemandu ni duk usha kitorang dengan muka ketat.

Emosi gua punyalah gelisah tak tentu hala. Gua ada suspek satu benda. Dengan sopan santun gua lontarkan satu soalan cepu emas pada mummy gua..."Mummy, mummy dah pasang lampu ke?"

Lakonan semula

Mummy gua reply satu nafas dengan nada cukup konfiden. "Dah, kan dah keluar lampu biru tu". Gua jenguk. Sah! Gua tunduk tanda redha.

Sekian. Terima Kasih.

8 comments:

msredcheesecake said...

alamak mummy!!! hahaaa....

Unknown said...

pandu cermat jiwa selamat :)

Unknown said...

Hahaha… Lawak… Confident betul mummy dia… Pernah terjadi kat saya sendiri… Terasa ada sesuatu tak kena bila banyak kereta yang bagi lampu highbeam… Dah nak sampai rumah baru perasan… Tu pun kawan yang cakap…

ahmadhiSyam said...

@msredcheesecake

biasalah, time tu baru driver tahap beginner..

ahmadhiSyam said...

@aishah nin

setuju 200%!!

ahmadhiSyam said...

@Azrul Azmi

haha. itu la skang kalau ada kereta bg highbeam, first mesti check dulu lampu bukak/highbeam ke tak..

Teena Tna said...

Aritu masa duduk sebelah member yg memandu, dia pun terlupa nak buka lampu. Adoaiiii

Anonymous said...

1 je entry..? sekian lama menunggu.. =p