Oct 9, 2012

I'm Back!

Saya dah pulang mak buat cucur, mudah saje tambah air, bancuh sebati goreng dan sedia. Tepung cucur Adabi rahsianya~

Haa...Akibat dah 9 bulan tak meng-update blog, kekok pulak rasanya nak start menulis. Jadi eloklah kita mulakan dengan nyanyian sebegitu rupa. Tapi seriously iklan tu memang cukup annoying sebab hidup diorang tu macam langsung tak ada masalah kan, siap boleh menyanyi sambil buat lompat kijang lagi.


Sebenarnya selama ni penulis bukanlah tinggalkan terus dunia blog, penulis still baca lagi post korang. Cuma mood nak menulis tu tak berapa nak sampai. Lagipun ni kan blog personal, tak best la kalau tulis entri dalam keadaan terpaksa.

Okay kali ni nak story pasal weekend yang lepas. Penulis gerak pergi Manjung, Perak untuk attend kenduri kahwin sepupu dekat sana. Gambar peliss...(malas nak menaip punya pasal)


Hari Jumaat malam tu akad nikah & esoknya barulah kenduri kat rumah pengantin perempuan. Cayalah Abang Feizi, sekali lafaz je dah setel. Konpem dah hafal awal² lagi nih.


Lepas dah selesai majlis, kami ke Lumut Waterfront. Singgah kejap minum² dekat tepi jeti tu sambil tengok orang pergi Pulau Pangkor.


Muka bangga pertama kali jejak kaki kat Bazar Lumut. Sepatutnya tangan tu pegang sotong kering dengan ikan bilis empat paket kiri kanan barulah cukup syarat nak jadi maskot hasil laut. Haha.

Next stop --> Teluk Intan
2nd day, kami tidur kat rumah keluarga abang ipar penulis. Alang² dah sampai Teluk Intan, mestilah singgah kat Menara Pisa Condong yang fofuler nih & ofkos, bergambarlah lagi...


3rd day. Dah masanya untuk berangkat pulang. On da way tu kami singgah rumah Pak Cik Fuad dekat Pasir Panjang. Pak Cik Fuad ni jiran kami dulu. Walaupun masa kami berjiran, penulis belum lahir pun lagi, tapi parents penulis selalu sangat cerita pasal family diorang. Jadi penulis pun dah macam familiar sangat dengan family Pak Cik Fuad ni.

Kalau dah hobinya berkebun...

Pemandangan kat Tanjung Karang ni memang cantik sangat dengan sawah padi yang menghijau. So apa lagi, terus capai kamera & lompat² macam budak umur 13 bulan.

Tempat ni serius akan buatkan mata korang automatik jadi kaler hijau macam The Hulk mula² nak bertukar.

Kami sampai Gombak dalam pukul 4 petang. Rehat kejap kat rumah kakak penulis then pukul 5 sambung perjalanan ke Terengganu. Pukul 1 pagi semalam baru sampai rumah. Penulis rasa urat tengkuk ni dah macam nak terputus je. Penat seyh. 

Pastu time bukak fb pagi tadi ada mesej yang buat mata ni pejam celik pejam celik tanda tak percaya. Mesej tu datangnya dari penerbit GENERASI Y as invitation sebagai salah seorang panel untuk rancangan tu pada 9 hb ni. Memang terkejut sangat sebab penulis ni bukannya siapa² pun & blog ni tak sampai pun juta-juta hits dia macam blog lain. Kalau tak silap penulis, blogger terkenal macam Fatin Suhana, Yuyu Zulaikha & bro Ben Ashaari pernah muncul dalam rancangan TV1 ni.

TAPI penulis terpaksa tolak jemputan tu sebab terlalu penat. Nanti takut pulak tak dapat bagi yang terbaik untuk rancangan tu. Lagipun ada lagi beberapa urusan nak disetelkan dalam masa terdekat ni. Hmm, rasa terkilan jugak sebenarnya, sebab bukan senang der nak masuk tibi & peluang ni bukan datang selalu. Tapi takpe la, maybe next time kalau ada rezeki...

Orait setakat ni je kot untuk post kali ni. Jumpa lagi 9 bulan akan datang! Eh?

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

meriah!

ahmadhiSyam said...

@:: Mrs.Eady ::

yep, mmg meriah. mn2 wedding pn mmg eksaited nk pegi..hehe

Bitt (double IS) said...

happening!
tak pernah tengok combination color merah dan purple gituw ;)

ahmadhiSyam said...

@Bitt (double IS)

tp yg datang semua tak ikut tema, warna warni jadinya...haha

fifie said...

Pengantin 2minggu lepas lagi dah praktik macam mana salam dengan tok kadi. haha

ahmadhiSyam said...

@ fifie

gua pun suspek macam tu jugak..haha

uncle gedek said...

Benda yang best sekali kat kenduri kawin ialah 'sirap'..!

(ATM menag? Ggrrrrrr...!!!!)

ahmadhiSyam said...

@-gedek!

macam2 la uncle ni..tak tercapai akalku..haha. kita tgk je la malam ni, kijang kena tembak..hik3