Jul 8, 2011

Bila Lipan Bagi Lovebite

Tajuk dah macam pantun 2 kerat kan? Hahaha. Tapi memang betul harini ade seekor lipan tu sayang sangat kat penulis sampai tanpa segan silu bagi lovebite kat kaki kanan penulis. Nasib baik kat kaki, kalau dia gigit kat leher tak tau la nak cakap taip apa.

Okay, ceritanya begini... Awal pagi tadi, waktu azan Subuh baru je selesai berkumandang tiba² penulis rasa ada benda duk gigit kaki penulis. Dia gigit betul² atas ankle & siap ada bunyi 'crit' lagi masa dia gigit tu. Bila penulis tengok, dah ada kesan dua titik & berdarah. Awal² penulis mati² ingatkan benda tu cicak sebab takde la rasa sakit sangat. Tapi bila selak² cadar, ternampak binatang yang berkaki banyak tu & panjangnya lebih sejengkal kot.

Bila dah 15 minit, barulah rasa sakit tu makin melarat. Sampai kat paha dah rasa kebaaaas. Kakak penulis suruh minum air banyak² & kitorang terus pergi hospital. Macam biasalah, hospital kerajaan, dekat wad kecemasan pun takde orang yang jaga. Kena tunggu dekat setegah jam baru boleh dapatkan rawatan.


Penulis dapat 2 suntikan. Satu untuk antibiotik & satu lagi untuk tahan sakit. Doktor bagi jugak ubat tahan sakit & alergik, pastu dah boleh balik rumah. Kat rumah, penulis duk baring je atas katil. Awal² tu okay aje, tapi bila kesan ubat tu dah hilang, rasa sakit tu datang balik. Nak tak nak, tahan je la kan... Alhamdulillah, sebelum pergi solat Jumaat tadi rasa dah makin baik. Bengkak pun dah makin surut, pagi esok dah boleh pergi jogging kot. Hehehe.

Orait, itu saja cerita penulis dan lipan, Roll out!

P/S: Kejadian ni dah boleh masuk kategori kejut bangun Subuh paling sakit kot...

No comments: