Jul 31, 2011

Ramadhan Menjelma Lagi...

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, penulis nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga sama-sama kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bulan Islam ni. Bukan sekadar berpuasa je, banyak lagi ibadah yang boleh kita buat kan?


Penulis ada jugak bercadang nak buat segmen khas sempena bulan penuh barakah ni. Harap² disamping berblogging boleh la jugak kita tambah pengetahuan & pahala, InsyaAllah...

Jul 28, 2011

Blog Mereka Super Ohsem! (Episod 1)

Salam readers...

Sebenarnya hajat dihati nak tulis entri baru kat ruang blog ni. Tapi disebabkan harini penulis agak penat ber-blogwalking, jadi untuk entri kali ni cuma nak refresh balik segmen pertama dalam blog inibeloglistsaya iaitu segmen Blog Mereka Super Ohsem!

Dalam segmen ni, penulis akan cuba fokuskan beberapa buah blog yang menarik, tertarik & memang da bomb! Tak kira lah blogger otai ataupun yang baru sebulan dua bergelar blogger asalkan blog diorang best, penulis akan pilih untuk dimuatkan dalam segmen ni. Lets cekidaut!



1. Sembang Kencang



Penulis paling tertarik dengan skil penceritaan brader Firdaus nih. Orang macam dia ni dah masuk kategori genius tulis karangan. Dia punya cerita punyalah detail sampaikan kita boleh imagine situasi sebenar kejadian tu (macam real! walaupun banyak jugak benda yang dia kelentong! hahaha). Bahasa yang dia guna pun sangat sempoi dan setiap kali baca entri dia pasti ada je yang boleh buat kita gelak sorang². Penulis kagum dengan cerita² flashback dia sekitar tahun 90-an. Two thumbs up!

Link: http://fdausamad.blogspot.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa terkini: 1,192,324



2. Hanis Zalikha



Sebut je nama Hanis Zalikha, konfem mesti dah ramai terbayang wajah manis gadis bergelar model sambilan ni. Antara blogger paling terkenal di Malaysia dan pernah tercalon dalam Asia Pasific Blog Award, blognya bukan sahaja bercerita soal peribadi, tapi banyak juga tips & petua yang dikongsikan dengan pembaca. Tengok je jumlah follower dia yang dah hampir mencecah angka 30k, rasanya tak perlu la penulis nak ulas banyak². Korang pun dah cukup kenal dengan Hanis Zalikha ni kan?

Link: http://inibelogsaya.blogspot.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa terkini: 118,951



3. Santai Bersama BEN ASHAARI



Blogger yang paling rajin. Walau ke ceruk mana sekalipun Abang Ben ni pergi, blognya tetap akan diupdate. Dalam satu hari, dia boleh post sampai berbelas-belas entri. Hebat tak hebat! Yang unik pasal Abang Ben ni, dia pandai reka segmen. Ada je idea dia buat segmen² baru & dia tak lokek berkongsi ilmu dengan blogger² lain. Itu saya tabik!

Link: http://www.benashaari.com/
Entri Vavavoom:
Ranking Alexa terkini: 42,108

**Mintak maaf pada empunya blog sebab dengan selamba tepek header blog korang kat sini. Jangan saman saya ek, tapi kalau nak belanja makan, tapak tangan saya tadahkan. Hihihi.
**Semua yang ditulis hanyalah pendapat peribadi penulis. Kalau ada salah silap harap diperbetulkan. Ada cadangan blog yang vavavooom? Sila jerit sekuat hati kat ruangan komen.
**Entri yang sama turut dipublish di blog inibeloglistsaya. Harap maklum.

P/S: Tak sabar nak tengok bola Malaysia lawan Singapura!

Jul 26, 2011

Kartun Tempatan Yang Gua Layan (Episod 1)

Apa khabar semua? Harap² korang semua sihat & cergas siap boleh ber-hula hoop sambil dengar lagu M Daud Kilau...hahaha. Baiklah topik harini adalah berkenaan kartun tempatan yang penulis selalu layan sejak bergelar kanak-kanak riang hinggalah sekarang.


Entri kali ni banyak memerlukan penulis memerah segala nostalgia zaman kanak-kanak penulis iaitu sekitar tahun 90-an. Waktu tu memanglah tak boleh lari dari demam Ultraman, Tomatoman, ThunderCats & Dragon Ball... Tapi disebalik kelekaan berangan nak jadi hebat macam diorang tu, kartun tempatan tetap dekat dihati penulis.

Ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu, cerita kartun Malaysia ni selalu tayang time maghrib. Kalau cerita tu start pukul 7.30, pukul 7 dah stenbai depan kaca tibi. Channel dah awal² lagi set TV1. Walaupun cerita yang ditunggu-tunggu belum start, tetap tak bagi orang lain tukar channel lain takut miss lagu intro dia. Rugi woo... gua dah hafal siap² dia punya lirik, bagi la gua karaoke sekali-sekala. Hahaha.

Bila cerita dah start, dua-dua belah mata terpaku ke arah kaca tibi sambil landing atas kusyen sofa. Nikmat! Time ni takde sorang pun yang nak kacau tukar² channel sebab satu keluarga semua minat tengok kartun ni. Nak solat pun kena tunggu dua kali iklan baru boleh setel. Iklan yang pertama cuma sempat stenbai ambil air sembahyang. Start iklan yang kedua baru la pergi sembahyang maghrib. Iskh3 lagho... Tapi begitulah gambaran betapa komitednya seorang kanak-kanak sekolah rendah pada cerita kartun kegemarannya, Usop Sontorian. Selain kartun Usop Sontorian, ada beberapa lagi kartun tempatan lain yang penulis selalu tengok. Jom kita usha apa lagi kartun buatan Malaysia yang pernah dan sedang jadi fenomena hingga sekarang.

Jul 9, 2011

Soundtrack Transformers Dark of the Moon

Mesti ramai yang dah tengok movie ni kan? && mesti ramai jugak yang masih kecewa sebab dah 2,3 kali pergi kaunter tapi tiket asyik sold out jek!

Pada pendapat penulis, Dark of the Moon memang la best kalau nak dibandingkan dengan movie² lain sepanjang tahun 2011 ni. Tapi kalau dibandingkan pulak dengan cerita² Transformers yang sebelum ni (Transformers & Revenge of the Fallen), Dark of the Moon berada pada tangga tercorot.

Kenapa? Secara personalnya penulis rasa plot cerita dia tak berapa teratur & kalau korang tak pernah tengok atau dah lupa dengan jalan cerita dalam episod sebelum ni, mungkin susah sikit korang nak betul² faham cerita Dark of the Moon ni.

Lagipun banyak perkara yang tak logik, maksudnya walaupun kita berada dalam dunia Transformers tu. Contohnya masa battle yang last tu, apsal Optimus Prime lambat datang? Tersangkut kat wayar? C'mon la, takkan la sekuat-kuat Optimus tak mampu nak putuskan wayar tu...

Banyak lagi benda yang pelik tapi korang nilaikanlah sendiri... Megatron pun sekarang dah pakai shawl kan? Hahaha. Apa²pun penulis suka sangat² dengan watak Wheelie & Brains. Diorang meeeemang lawak!

Oh! Nampaknya entri kali ni dah masuk bab review pulak kan? Enjoy la lagu² soundtrack yang best ni:

01 - Linkin Park - Iridescent
02 - Paramore - Monster
03 - My Chemical Romance - The Only Hope For Me Is You
04 - Taking Back Sunday - Faith (When I Let You Down)
05 - Staind - The Bottom
06 - Art Of Dying - Get Thru This
07 - Goo Goo Dolls - All That You Are
08 - Theory Of A Deadman - Head Above Water
09 - Black Veil Brides - Set The World On Fire
10 - Skillet - Alive Und Awake (The Quickening)
11 - Mastodon - Just Got Paid

** Penulis paling suka track no 1 & 10. Kalau nak dengar, korang boleh download kat 4shared.

P/S: Nak Bumblebee jugak!

Jul 8, 2011

Bila Lipan Bagi Lovebite

Tajuk dah macam pantun 2 kerat kan? Hahaha. Tapi memang betul harini ade seekor lipan tu sayang sangat kat penulis sampai tanpa segan silu bagi lovebite kat kaki kanan penulis. Nasib baik kat kaki, kalau dia gigit kat leher tak tau la nak cakap taip apa.

Okay, ceritanya begini... Awal pagi tadi, waktu azan Subuh baru je selesai berkumandang tiba² penulis rasa ada benda duk gigit kaki penulis. Dia gigit betul² atas ankle & siap ada bunyi 'crit' lagi masa dia gigit tu. Bila penulis tengok, dah ada kesan dua titik & berdarah. Awal² penulis mati² ingatkan benda tu cicak sebab takde la rasa sakit sangat. Tapi bila selak² cadar, ternampak binatang yang berkaki banyak tu & panjangnya lebih sejengkal kot.

Bila dah 15 minit, barulah rasa sakit tu makin melarat. Sampai kat paha dah rasa kebaaaas. Kakak penulis suruh minum air banyak² & kitorang terus pergi hospital. Macam biasalah, hospital kerajaan, dekat wad kecemasan pun takde orang yang jaga. Kena tunggu dekat setegah jam baru boleh dapatkan rawatan.


Penulis dapat 2 suntikan. Satu untuk antibiotik & satu lagi untuk tahan sakit. Doktor bagi jugak ubat tahan sakit & alergik, pastu dah boleh balik rumah. Kat rumah, penulis duk baring je atas katil. Awal² tu okay aje, tapi bila kesan ubat tu dah hilang, rasa sakit tu datang balik. Nak tak nak, tahan je la kan... Alhamdulillah, sebelum pergi solat Jumaat tadi rasa dah makin baik. Bengkak pun dah makin surut, pagi esok dah boleh pergi jogging kot. Hehehe.

Orait, itu saja cerita penulis dan lipan, Roll out!

P/S: Kejadian ni dah boleh masuk kategori kejut bangun Subuh paling sakit kot...

Jul 4, 2011

Tutorial | Meletakkan Drop Cap Pada Setiap Entri

Drop cap adalah huruf pertama yang dibesarkan dalam satu perenggan. Contohnya macam dalam gambar ni...



Dalam majalah pun selalu kita jumpa benda ni kan? Tutorial I ni cuma akan jadikan drop cap untuk perenggan yang pertama sahaja. Kalau korang nak buat jugak untuk perenggan ke-2 & seterusnya, kena la buat secara manual macam dalam Tutorial II.

I. Meletakkan Drop Cap Pada Setiap Entri

1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML.
2. Tekan (ctrl+F) & cari ]]></b:skin> dalam ruangan Edit HTML tadi.
3. Copy kod dibawah dan pastekan kod tersebut sebelum ]]></b:skin>


.post-body:first-letter, .post-body .dropcap:first-letter {font-weight:bold;font-size:65px;font-family:monotype corsiva;float:left;padding:0;margin:-4px 5px 0px 0px;position: relative;background-color:none;line-height:0.9;}


4. Preview. Saiz & margin drop cap tu korang boleh ubah ikut citarasa sendiri.
5. Save.

Dah siap. Senangkan? Cuma perlu buat sekali je & untuk entri² akan datang, drop cap ni akan jadi secara automatic.


II. Meletakkan Drop Cap Dalam Entri Secara Manual

1. Pergi ke Dashboard > Edit Posts. Klik pada post yang korang nak edit.
2. Tukarkan kepada mode HTML.
3. Copy kod dibawah dan pastekan pada mana² bahagian dalam entri korang. Jangan lupa tukarkan tulisan tu dengan huruf/perkataan yang korang nak jadikan drop cap.


<span style="font-weight: bold; float: left; padding: 0pt; margin: -4px 5px 0px 0px; position: relative; line-height: 0.9;" >Tukarkan huruf/perkataan yang korang nak jadikan drop cap di sini</span>


4. Preview & Save.

Selamat mencuba ya!

Sumber: Blogger Sentral

Tutorial Pilihan | Membuat Floating Button
Tutorial Pilihan | Membuat Table of Contents

.

Jul 3, 2011

Rombongan Ke Seberang Takir

Okay, ini cerita seminggu yang lepas... Maklumlah sibuk sikit kebelakangan ni, kena ulang-alik Kuantan & Nogori Sombilan (aamboih! hahaha).

Entri penulis kali ni tentang majlis sambut menantu untuk kakak penulis yang kahwin 4 jun haritu. Kitorang berkonvoi dari Dungun ke Seberang Takir. Disebabkan cerita ni pun cerita lama, penulis tak nak tulis panjang², kita pakat² tengok gambar udah la ye...


Baju pengantin kaler coklat, tapi tema baju famili kitorang kaler biru.
Hmm, macam tak matching jek...


Posing berbackgroundkan pokok nangka pon menarik jugak kan? Hahaha

Lepas dah selesai semua urusan, kitorang sempat jugak pegi makan ikan celup tepung kat pantai Teluk Ketapang. Best! Lagipun harga makanan kat sini tersangatlah murah!

Itu saja, roger and out!