Showing posts with label About Islam. Show all posts
Showing posts with label About Islam. Show all posts

Jan 13, 2012

Maksud Bacaan Dalam Solat: Doa Iftitah

Assalamualaikum wbt. Sempena hari yang berkat ni penulis nak sentuh sikit bab solat. Bagi penulis, dalam banyak² perkara, yang paling rumit ialah nak pastikan kita khusyuk dalam solat.


Jadi antara cara yang terbaik ialah dengan memahami maksud bacaan dan menghayatinya ketika bersolat agar kita tidak lalai dengan perkara duniawi. Harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mendirikan solat yang lebih berkualiti. Amiin.

Doa Iftitah


Maksudnya:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

والله أعلم

Jan 2, 2012

Mulanya Tahun 2012

Assalamualaikum wbt. Penulis harap korang semua sihat² belaka. Rasanya belum terlambat lagi kalau nak ucap selamat tahun baru kan? Moga korang berjaya dengan azam masing².

Tujuan penulis post entri kali ni sebenarnya nak kongsikan beberapa perkara. Pertama, semalam keluarga penulis dapat berita sedih iaitu suami kepada sepupu penulis dah meninggal dunia. Arwah cuba nak selamatkan ayahnya, tapi kedua-duanya ditemui lemas.

Hari yang sama lepas maghrib, penulis terima satu lagi berita kematian. Kawan satu praktikal dengan penulis hantar mesej yang abangnya dah pergi buat selama-lamanya.



Harap semua yang baca entri ni tolong sedekahkan al-fatihah kepada arwah semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman...

Ibu penulis pesan, tiap kali kita ingat pada orang yang kita sayang tak kira lah yang masih hidup ataupun dah tiada, jangan lupa hadiahkan mereka sekurang-kurangnya al-fatihah. Sebab itu antara sumbangan terbaik yang kita boleh bagi.

Nov 26, 2011

Salam Maal Hijrah - Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut Awal Muharam. Semoga tahun baru 1433H ni lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas. Kat bawah ni penulis kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk dibaca pada petang & malam ni.

Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Sabtu 30 Zulhijjah 1432H bersamaan 26 November 2011)


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.


Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Sabtu 1 Muharam 1433H bersamaan 26 November 2011)



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Semoga Allah memperkenankan doa kita. InsyaAllah.


Nov 5, 2011

Samir Nasri Antara 4 Pemain Islam Di Manchester City

Korang masih ingat lagi kekalahan besar 1-6 Syaitan Merah (Red Devils) kepada Manchester City dua minggu lepas?

Kalau sebelum ni penulis dah dedahkan siapa pemain Islam di Barcelona, jangan terkejut kalau penulis katakan dalam perlawanan derby tersebut, ada 3 orang pemain Manchester City yang beragama Islam. Mereka ialah penjaring 2 gol, Edin Dzeko, Yaya Toure dan Samir Nasri. Selain mereka bertiga, Kolo Toure yang juga abang kepada Yaya Toure turut beragama Islam.

Jom baca sedikit cerita tentang 4 Pemain Manchester City Beragama Islam:

Aug 29, 2011

Selamat Hari Raya & Hari Kemerdekaan Ke-54!

Assalamualaikum wbt. Disini penulis ingin mengucapkan kepada semua umat Islam, khususnya pembaca blog light|shadow... Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!



Sebagai rakyat Malaysia, tahun ni sangat istimewa sebab kita juga bakal menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dalam bulan Syawal. Jadi jangan lupa kibarkan jalur gemilang. Barulah terserlah semangat merdeka & makin meriah suasana raya kita!

P/S: Ya Allah, ketemukanlah hambamu ini dengan Ramadhan yang akan datang. Amiin...

Aug 5, 2011

Tazkirah Ramadhan | Kisah Nelayan & Mutiara

Assalamualaikum wbt. Amacam hari ke-5 berpuasa? Penulis rasa mesti ramai yang dah siap sedia set ringtone lagu raya kan? Hahaha. Sebenarnya tak salah bersemangat nak sambut 1 Syawal, cuma sebelum tu sama-samalah kita berusaha merebut segala kelebihan yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan ni. Jadi dalam entri ni, penulis nak berkongsi satu kisah teladan bertajuk Nelayan & Mutiara.

Pada suatu hari, seorang nelayan menjumpai sebutir mutiara yang sangat luar biasa cantiknya. Lalu beliau menawarkan mutiara tersebut kepada semua penjual mutiara di seluruh negeri. Namun tiada satu pun yang mampu membelinya. Akhirnya seorang penjual mutiara memberi cadangan kepada Sang Nelayan supaya menawarkan mutiara tersebut kepada Raja kerana baginda sahajalah yang mampu membelinya.

Lantas nelayan tersebut membawa mutiara itu kepada Raja. Namun Raja juga bingung untuk meletakkan berapa harga yang perlu dibayar untuk membeli mutiara yang begitu indah bentuknya dan amat berkilau-kilau cahayanya. Setelah berfikir, Raja pun membuat satu tawaran. Sebagai pertukaran kepada mutiara yang luar biasa itu, baginda memberikan kesempatan kepada Sang Nelayan untuk menikmati kekayaannya selama enam jam. Sang Nelayan juga boleh mengambil apa sahaja yang beliau inginkan dalam waktu itu.

Jul 31, 2011

Ramadhan Menjelma Lagi...

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, penulis nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga sama-sama kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bulan Islam ni. Bukan sekadar berpuasa je, banyak lagi ibadah yang boleh kita buat kan?


Penulis ada jugak bercadang nak buat segmen khas sempena bulan penuh barakah ni. Harap² disamping berblogging boleh la jugak kita tambah pengetahuan & pahala, InsyaAllah...

Dec 25, 2010

Afellay Tambah Bilangan Pemain Islam di Barcelona

Pemain kebangsaan Belanda yang berdarah Morocco, Ibrahim Afellay telah berhijrah ke kelab Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak 3 juta euro.

Afellay disamping ibu, Habiba & abangnya, Ali semasa
majlis pengenalan di Stadium Nou Camp, Barcelona

Baru berusia 24 tahun, Afellay yang sebelum ini bermain untuk kelab dari Belanda iaitu PSV Eindhoven, pernah mewakili Belanda di kejohanan Euro 2008 & World Cup di Afrika Selatan baru-baru ni.

Dilahirkan pada 2 April 1986, pemain yang boleh beraksi di bahagian tengah dan sayap ini juga pernah dianugerahkan Johan Cruijff Award iaitu Anugerah Pemain Muda Terbaik Belanda bagi tahun 2007.

Kehadiran Afellay yang akan memakai jersi bernombor 20 telah menjadikan bilangan pemain beragama Islam yang berada dalam pasukan Barcelona sekarang kepada tiga orang. 2 lagi pemain adalah Seydou Keita & Eric Abidal. Harap² dia boleh jadi pemain utama di Barcelona!


Lagi berita perpindahan Afellay ke Barcelona, klik SINI.

Dec 6, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharam. Jangan Lupa Doa!

Ramai yang tahu esok cuti, tapi yang pelik ramai yang tak tau sebab apa esok cuti....pelik kan? kalau Hari Krismas diorang ingat plak.

Mungkin sebab tarikh Awal Muharam ni berbeza² kalau ikut tahun masihi, tapi sebagai orang Islam, kita kena la amek tahu kan? Takkan nak suruh orang bukan Islam plak martabatkan bulan Islam, tak dapat la Jack...huhu..

Ni nak kongsi doa awal ngan akhir tahun. Amek yang tahun lepas je, kire aci la kan.....

Dec 3, 2010

Tidur Dah Lena, Mandi Dah Basah...

Hip hip hooray! (Mukadimah menunjukkan mood penulis yang SANGAT HAPPY. Hehehe). Maaflah kalau tajuk penulis dah merosakkan peribahasa Melayu. Peribahasa ek? Entahla, takde niat pon sebenarnye hanya menggambarkan perkara sebenar yang aku lalui. Ini serius. Itu tak penting, yang penting pada tanggal 2 Disember 2010, jam 11.50am, penulis dah selesai present untuk Final Year Project. Sejak setahun, rasa macam "makhluk halus" ni asyik ikut je mana aku pegi. Kadang2 bila teringat pasal masalah projek, hormon dalam badan ni tiba² tak menentu, jantung pun tiba² degup laju² haish...& bunyi tu akan keluar secara automatik dari mulut penulis.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ketiga² orang panel penulis semuanya baik-baik belaka. Awal-awal takut jugak kalau² dapat panel yang strict. Masa Q&A session tu penulis rasa diorang lebih banyak beri recommendations daripada soalan. Dan yang paling best, panel penulis sepatutnya seorang Ir. pastu tukar pulak dengan seorang Dr.

Tiba² pada hari kejadian, En Amir yang gantikan, dengar citer panel asal still ada kat Jepun. Penulis bukannya nak kata En Amir ni tak expert (die power gak tau!) Cuma ergonomics bukan bidang die sangat & En Amir ni memang baik orangnya. Hehehe. Lagipun akhir² ni penulis selalu terserempak ngan dia & sempat gak bersembang kejap. Walaupun kejap, sempat la untuk dia kenal penulis kan... Alhamdulillah, penulis rasa Tuhan dah makbulkan doa penulis. Pada yang ade presentation ke, exam ke, penulis nak share doa kat bawah ni ngan korang. Masa kat sekolah dulu tiap² kali nak start kelas mesti baca doa ni kan... Amalkan lah, insyaAllah Tuhan akan bantu korang.


Nak brief sikit pasal projek penulis... tajuk dia Design & Development of Portable Pineapple Peeler: An Ergonomics Approach. So, penulis lebih banyak study pasal ergonomics & design untuk pengupas nenas. Banyak gak peeler yang penulis dah design, tapi final design adalah seperti yang kat bawah ni.


Special thanks kepada SV penulis, Madam Nurul Shahida yang dah banyak bantu penulis untuk siapkan projek ni. OK lah. Thesis dah print, sign SV ngan examiner pon dah dapat. So, 6hb ni dah boleh hantar thesis kat fakulti & hilang la segala beban yang penulis tanggung selama 2 sem ni....Alhamdulillah~

P/S: Lepas ni dah boleh start berblog, & maybe penulis akan buat movie review sikit.

Aug 19, 2010

Menguap Ketika Solat


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan. Jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar lebar)."
(HR Tirmidzi & Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah!". Adapun menguap adalah dari syaitan. Jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap syaitan ketawa melihatnya." (HR Bukhari)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.”
(HR Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Wallahu a’lam

Sumber: berita harian online & pemuda ahli sunnah

Aug 10, 2010

Maaf

Assalamualaikum... Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut:-

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri,

* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasulullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Juma'at.

----------------------------------------------------------------------------------

Oleh itu, penulis ingin meminta maaf kepada semua kenalan jika ada salah silap yang sengaja mahupun yang tak disengajakan. Semoga segala amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini tidak sia² & diterima oleh-Nya.

P/S: Email ni dapat from my sis....sis, gud luck in Korea! Sedih tak dapat ikut.....

Jan 27, 2010

Ni Dah Melampau!

Baru je tadi penulis sempat belek² blog yang baru diupdate. Dan penulis tertarik dengan satu tajuk entri dari blog Bersama Mazidul, tajuknya berbunyi begini Budak Hingusan Hina Nabi. (Kalau nak baca entri penuh, korang bolehlah klik kat tajuk tu)

Kalau sebelum ni ada satu entri pasal individu yang menghina sultan, kali ni lebih teruk lagi apabila ada pulak sialan yang berani menghina Nabi Muhammad SAW. Bagi penulis, tindakan ni memang dah melampau! Memang tidak dinafikan 2 ekor sialan ini secara terang² telah menghina agama Islam, agama rasmi Malaysia, bumi yang mereka pijak sekarang! Baru budak sekolah dah buat perangai macam hanjing kurap!

Kat bawah ni lah comment yang 2 ekor sialan ni post kat dalam fesbuk. Korang nilaikan lah sendiri...

Dec 17, 2009

Doa Awal & Akhir Tahun

Assalamualaikum. Mungkin ada yang terlupa yang harini adalah hari terakhir tahun 1430H & waktu maghrib nanti menandakan kehadiran tahun baru 1431H . Kita orang Islam, jangan duk ingat 1 Januari je, kalendar Islam pun kena la tau jugak....

Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Khamis 30 Zulhijjah 1430H bersamaan 17 Disember 2009)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Khamis 1 Muharam 1431H/ 17 Disember 2009)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

**************************************************
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya
sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah
dari pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus
setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan
Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadi an Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.

**pesanan kepada rakan² dan diri sendiri jugak:
JANGAN sesekali kita sambut hari Krismas walau dengan apa cara sekalipun. Sebab itu kan upacara agama lain...

Dec 8, 2009

Pesan Nabi Sebelum Tidur

Sebelum Tidur Malam
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar (3 x )

Nov 28, 2009

Korban-Haji-Adha

Macam² nama diberi untuk hari yang satu ni. Ada yang panggil Hari Raya Korban, Raya Haji dan juga Hari Raya Aidiladha. Tapi penulis lebih suka guna Hari Raya Aidiladha sebab kalau sembahyang raya, kita lafaz niat solat Iduladha kan? Tak tau la pulak kalau ada yang lafaz niat cara lain.

Walaupun Hari Raya Aidiladha ni semalam, tapi ramai yang buat ibadah korban pada harini termasuk la keluarga penulis. Antara sebabnya adalah kalau buat semalam, masanya agak terhad. Semalam kan hari Jumaat, jadi agak terkejar la sebab kena pergi sembahyang Jumaat lagi.

Tahun ni sama macam tahun lepas, kerja² korban dijalankan dekat rumah sepupu penulis di Dungun. Seronok sebab time² camni la dapat jumpa sedara mara yang jarang² boleh jumpa.

Feb 26, 2009

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah?

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti (satu nafas).

AMIN — hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA — dua harakat, MIIIN— 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.

Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. Wallahua'lam...

Teka - Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya


Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Feb 8, 2009

"Di Amerika, Anda Boleh Mengkritik Tuhan, Tetapi Bukan Israel"

Rumah Putih terus jadi boneka Zionis isu Gaza

BAITULMAQDIS: Peranan Amerika Syarikat sebagai boneka Israel terus terbukti apabila seorang jurucakap rejim Zionis itu menyatakan beliau tidak bimbang dengan pandangan pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap serangan ke atas Gaza kerana Washington berada dalam genggaman Tel Aviv.

Laman web Daily.pk memetik Tzipora Menache sebagai berkata: "Anda tahu, Amerika yang bodoh juga tahu, kami mengawal kerajaan mereka, tidak kira siapa yang menduduki Rumah Putih. Saya tahu dan anda juga tahu tiada seorang pun Presiden Amerika boleh mencabar kami walaupun jika Israel melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Apa yang boleh mereka (Amerika) lakukan?

"Kami mengawal Kongres, kami mengawal media, kami mengawal dunia hiburan dan kami mengawal segala-galanya di Amerika. Di Amerika, anda boleh mengkritik Tuhan, tetapi bukan Israel."

Sumber: Berita Harian Online
_________________________________________________________

--> Angkuh betul yahudi laknatullah nih...

--> Saudara² ku teruskan usaha anda memboikot produk² Israel

--> Yakinlah bahawa Islam akan kembali kuasai dunia satu hari nanti!