Dec 28, 2010

Kisah Winter Sonata & Mikrofonnya

Setelah beberapa minggu, dapat jugak penulis habiskan 20 episod drama ni. Seingat penulis, baru 3 buah drama Korea yang penulis pernah tengok dari awal sampai final episod. Citer pertama, Autumn In My Heart, yang ke-2, You're Beautiful & yang ke-3 Winter Sonata.

Sebenarnya bukan penulis tak suka tengok drama Korea, tapi nak habiskan satu citer tu tersangatlah lama... Satu drama biasanya ada 20++ episod & 1 episod pulak mau sampai sejam lebih. Jadi kalau ditambah, tolak, darab, bahagi, tak ke ambil masa lebih 20 jam untuk satu citer? huhu... Tapi kalau dah bosan sangat, layan la jugak kan...

Baiklah, berbalik pada tajuk entri. Drama 8 tahun lepas. Jalan citer dia OK la, sebab berjaya buat penulis tengok citer dia sampai ending. Kalau tak best, takkan la boleh tengok sampai habis kan? Cuma nak kata gempak sangat tu takde la, bagi penulis citer You're Beautiful jauh lagi best dari citer ni.

Tapi dalam citer ni ada satu benda yang menarik perhatian penulis. Kalau korang pernah tengok citer ni, mesti korang perasan ada objek atau secara tepatnya, mikrofon asyik intai² kat skrin. Kalau sekali dua boleh tahan la tapi kalau every episod asyik interframe jek, memang ada something wrong la kan...

Penulis rasa tangan orang yang pegang mic tu tak kuat kot, takpun dia tak cukup tinggi sebab tu la mic tu asyik jatuh jek! Hehe. Kadang² penampilan mic tu sedikit sebanyak telah membatalkan mood penulis yang baru nak feel jalan citer yang disampaikan. Nak² part yang romantik & sedih...Ouch!

OK tu je kot untuk entri kali ni. Nak komen lebih² pun takut nanti marah pulak kipas-susah-mati Winter Sonata...hik3.
Jom layan Winter Sonata & Mikrofonnya....


P/S: Awal sem haritu ada sorang member penulis ajak pergi Korea tapi penulis tolak sebab ingatkan dia main² jer. Tup tup miggu lepas dia tag penulis kat gambar dia posing kat pokok² tempat Joon Sang dengan Yujin selalu dating tu... Cis! Melepas percutian Korea gua!

Dec 25, 2010

Afellay Tambah Bilangan Pemain Islam di Barcelona

Pemain kebangsaan Belanda yang berdarah Morocco, Ibrahim Afellay telah berhijrah ke kelab Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak 3 juta euro.

Afellay disamping ibu, Habiba & abangnya, Ali semasa
majlis pengenalan di Stadium Nou Camp, Barcelona

Baru berusia 24 tahun, Afellay yang sebelum ini bermain untuk kelab dari Belanda iaitu PSV Eindhoven, pernah mewakili Belanda di kejohanan Euro 2008 & World Cup di Afrika Selatan baru-baru ni.

Dilahirkan pada 2 April 1986, pemain yang boleh beraksi di bahagian tengah dan sayap ini juga pernah dianugerahkan Johan Cruijff Award iaitu Anugerah Pemain Muda Terbaik Belanda bagi tahun 2007.

Kehadiran Afellay yang akan memakai jersi bernombor 20 telah menjadikan bilangan pemain beragama Islam yang berada dalam pasukan Barcelona sekarang kepada tiga orang. 2 lagi pemain adalah Seydou Keita & Eric Abidal. Harap² dia boleh jadi pemain utama di Barcelona!


Lagi berita perpindahan Afellay ke Barcelona, klik SINI.

Dec 24, 2010

Cita-Cita Versi Adib

Masa kecik², soalan feveret cikgu kat sekolah biasanya pasal cita² kita atau


"Bila besar nanti nak jadi apa?"

Dan antara jawapan biasa yang anak murid jawab, nak jadi polis, doktor atau bomba. Jarang² jer kita dengar yang jawab nak jadi perdana menteri atau angkasawan (akhir² ni mungkin ramai la kan...)

So, kali ni penulis nak kongsi sikit pasal si Adib (anak buah penulis) punya cita²...
Suatu petang, waktu Adib baru balik dari sekolah. Perbualan Adib dengan ibunya lebih kurang begini...


Adib: Mama, tadi cikgu Adib tanya, bila besar nak jadi apa..

Mama: Iye? Adib jawab ape?

Adib: Adib cakap Adib nak jadi Pakar Kaji Purba.

Mama: Huh? (sambil gelak² bercampur hairan) Nape Adib nak jadi Pakar Kaji Purba?

Adib: Nanti Adib gali gali gali, jumpa harta karun. pastu jual jadi kaya!


Hahaha. Awal² pelik jugak macam mana budak 6 tahun boleh terfikir nak jadi Pakar Kaji Purba... Bila fikir² balik baru la perasan, rupa²nya dalam citer Ultraman selalu sangat sebut pasal Pakar Kaji Purba nih. Kuat betul pengaruh Ultraman kan? Hehehe...


Nah korang kena "fire" ngan Adam & Adib!

P/S: Ibu penulis selalu cakap, masa kecik, penulis bercita² nak jadi Tok Kadi...boleh percaya ke? Hmmm...

Dec 15, 2010

Chyeah - He's MattyB

Sebelum bercerita pasal siapakah gerangannya si MAttyB ni, penulis nak ajak korang
layan video kat bawah ni dulu.


Chyeah, don't you confuse him with Eminem! Hohoho

First time tengok budak ni, penulis ingatkan dia adik Justin Bieber... Namun sangkaan tu rupanya silap. Nama rapper cilik ni ialah Matthew tapi lebih dikenali dengan panggilan MattyB. Berasal dari Atlanta, Georgia & baru berumur 7 tahun!

MattyB sangat beruntung sebab mendapat sokongan penuh dari sepupunya, Mars yang jugak seorang rapper & ayahnya, Blake yang bertindak sebagai manager/producer...

Pada umur 5 atau 6 tahun, MattyB lebih berminat dengan muzik hip hop & berhasrat untuk mengambil kelas menari. Namun setelah Mars berpindah & tinggal bersama keluarga MattyB pada tahun 2009, MattyB mula berminat dengan music rap. Rumah mereka mempunyai studio rakaman sendiri. Semasa Mars membuat rakaman muzik, MattyB akan belajar liriknya & akan membacanya mengikut muzik tersebut. Dari situlah bakat MattyB mula dikesan.

Muzik Mars juga banyak memberi inspirasi kepada lagu² MattyB. Pada suatu petang, MattyB datang pada Mars dengan 5 lagu asalnya & merayu pada Mars untuk merakamnya & meletakkan video tersebut di laman Youtube. Ternyata tindakan itu membuahkan hasil apabila video pertama, Eenie Meenie mendapat lebih 500,000 hits dalam minggu pertama! Video² yang lain pun mendapat respon yang sangat mengejutkan.

Hasrat MattyB & Mars adalah untuk mengubah persepsi dunia pada muzik rap & juga
memberi inspirasi kepada orang lain supaya percaya kepada impian mereka...



Apa yang hebat & vavavoom tentang MattyB?

1. Youtube Channel MattyB dilawati hampir 3 juta kali manakala jumlah lawatan
video yang diupload melebihi 28juta! Hebat tak? Hebat tak?

2. Cerita beliau pernah muncul di muka depan MSN!

3. MattyB bukan sekadar menyayikan lagu orang lain, tapi dengan bantuan Mars,
mereka juga cipta lagu sendiri. Contohnya lagu I Believe in You & I'm MattyB.

4. Pernah ditemubual di stesyen radio & talk show.

5. Pada usia yang sangat muda, MattyB dah dapat jumpa face-to-face dengan
ramai artis popular. Antaranya Katy Perry, Nelly, Far East Movement & ramai lagi lah!

6. Sangat adorable. Dah la cute giler, berani plak tu! Tak hairan la ramai sangat yang
minat budak kecik ni...

Sebenarnya banyak lagi video pasal MattyB, korang boleh la search kat Youtube...
Kat bawah ni antara video favourite penulis...

Bruno Mars - Just the Way You Are (by MattyB ft. Tyler Ward)

Penulis sangat suka tengok video ni sebab lagu ni MattyB tujukan untuk
adik perempuannya, Sarah yang mengidap sindrom. sweet kan budak ni?

MattyB`s YouTube Channel
MattyB`s Official Facebook Fan Page
MattyB`s Twitter

So, watch out world! CHYEAH!

credit: theSKYKID.com

Dec 14, 2010

Pengakuan Berani Mati

Walaupun pengakuan penulis ni tidaklah sehangat pengakuan "cinta" Uncle Seekers pada Mantan Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman & tiada buku yang ingin dijual... Penulis yakin pendedahan yang dibuat ini bakal mengundang reaksi tidak senang seluruh rakyat jelata...

Kalau sebelum ni, penulis cuba menepis daripada menjawab soalan² berkaitan cinta & status terkini namun hari ini, 14 disember 2010 bersamaan hari selasa cuti sekolah penulis terbuka hati untuk menjawab segala persoalan yang diutarakan itu...

Jangan sesekali salahkan penulis kalau ada yang tidak setuju dengan tindakan penulis merahsiakan perkara ini selama ini kerana penulis hanya melakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk semua yang terlibat...

Penulis pernah berdalih dengan mengatakan penulis masih single & tak pernah bercinta namun setelah didesak bertalu², penulis tertunduk akur... terlintas difikiran penulis, "mungkin inilah masanya..."

Penulis rasakan pembaca sekalian memang bertuah kerana menjadi antara orang pertama mengetahui rahsia ini. Lewat malam tadi, penulis sempat berwebcam dengan si dia, pengarang jantung hati penulis. Dan setelah meminta kebenaran, si dia memberi pelepasan kepada penulis untuk menyiarkan gambar² posing maut si dia di blog tak seberapa milik penulis ini...




Amacam? Cun tak? Yang ni penulis yang punya, korang², pegi cari yang lain! Hahahaha



P/S: Korang mungkin pernah dengar orang tidur sambil berjalan, tapi pernah ke korang dengar orang tidur sambil tulis blog? OK, tolong kejutkan penulis. Maaf... Bila dah takde kerja, penulis "terpaksa" buat benda² macam ni untuk mengelakkan sindrom kebosanan melampau...kat Dungun ni dah tak tau nak wat apa lagi daaa...

Dec 13, 2010

Peminat Setia Ultraman

Teringat perbualan penulis dengan anak buah, si Adam.
Adam ni baru 3 tahun, penonton tegar siri ultraman...tak kira lah ultraman agun ke, cosmos ke, dyna ke, ultraman brothers ke, semua dia suka.

Kalau ada rancangan ultraman bersiaran, jangan harap la penulis & keluarga dapat tengok cerita lain...kuasa veto ditangan budak kecik ni.

Yang tak tahan nyer, hari² tengok episod sama pun tak pernah bosan! siap boleh hafal lagi dia punya dialog...haha. Okay la, perbualan yang dimaksudkan seperti yang kat bawah ni:


Adam: Pak Su, masa pak su kecik ada ultraman ape?

Penulis: Pak Su tak ingat la, rasanya ultaraman tiga kot...

Adam: Pak Su suka tak tengok citer ultraman?

Penulis: Masa pak su kecik je Pak Su suka, skang Pak Su dah tak suka dah... Adam besar nanti suka tak tengok citer ultraman?

Adam: Tak. Adam suka tengok berita jer...


Tergelak dengar jawapan si Adam nih...
Apa dia ingat orang besar suka tengok berita je ke?
Logik jugak kot, sebab dia selalu berebut dengan Ki & Papa dia yang nak tengok berita pukul 8 malam...



Dec 12, 2010

Tandukan Baru

Hello readers!!! kalau korang perasan, tandukan (header) blog ni dah berwajah baru! Sebenarnya dah lama berhajat nak ganti header yang baru tapi sebelum ni penulis terlalu sibuk, jadi takde masa nak buat....

Bila dah cuti panjang baru la boleh luangkan masa untuk blog ni. So, pagi tadi sempat la gak siapkan dua blog header, satu untuk blog light|shadow ni & satu lagi untuk blog baru. Header ni penulis buat simple² jer. OK la kan, untuk setengah jam punya kerja...hehe.

Dec 8, 2010

Last Day Di UMP...

Harini last day penulis stay kat UMP Pekan ni, Blok B ni pun dah sunyi sebab dah ramai yang balik. Penulis je yang malas nak rush balik awal². Lagipun masih ada lagi member² yang nak stay sampai harini.... Ye la, nanti dah tak merasa tinggal di kolej, lepak sama². Kalau jumpa balik pun time konvo nanti la kot.

Entri kali ni, penulis tujukan pada member² yang sudi jadi kawan penulis masa susah & senang sepanjang tinggal dekat UMP. Tanpa korang, pasti susah hidup aku kat UMP ni. Mencabar kot! Yang penting aku mesti akan rindu kat korang semua, kalau ada masa & peluang, mesti kita akan jumpa lagi. Keep in touch guys!!!

Penulis pasti rindu...
- main masak² dengan korang
- main Red Alert dengan korang
- jalan², lepak² kat TC & Benteng dengan korang
- tengok wayang kat panggung mahupun di dekstop Cuki
- melalak di karaoke jamban
- buat video gila² dengan korang
- main bowling & pool dengan korang
- mandi-manda di Panching, Bekelah & Pantai Lagenda
- sembang perkara yang kita² je faham
- berlumba copy assigment dengan korang
- tunggu bas lepas subuh untuk ke kampus Pekan dengan korang
- sesi karok dalam kereta. Sambil buat lirik versi kotor dengan korang
- sarapan kat warung keluarga mahupun kedai 'akak' dengan korang
- bantai murtabak mengkasar dengan korang
- jalan² pusing pasar malam ngan bazar ramadhan ngan korang
- bukak puasa kat Padang MPK dengan korang
- main futsal malam² dengan korang
- makan kat UiTM, Arirang & CRK dengan korang
- berangan jadi team Suzuran dengan korang...aku Serizawa tau! haha
- sama² bela Zhurong & anak² dengan korang
- sama² tubuhkan Mosixers & join macam² tournament dengan korang...bangga kot jadi player Mosixers!
- main ping-pong dengan korang....

Adios amigos~~

Dec 6, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharam. Jangan Lupa Doa!

Ramai yang tahu esok cuti, tapi yang pelik ramai yang tak tau sebab apa esok cuti....pelik kan? kalau Hari Krismas diorang ingat plak.

Mungkin sebab tarikh Awal Muharam ni berbeza² kalau ikut tahun masihi, tapi sebagai orang Islam, kita kena la amek tahu kan? Takkan nak suruh orang bukan Islam plak martabatkan bulan Islam, tak dapat la Jack...huhu..

Ni nak kongsi doa awal ngan akhir tahun. Amek yang tahun lepas je, kire aci la kan.....

Dec 5, 2010

Bachelor Partaayy!

Okay². Jangan pikir yang tidak²... Semalam ada BBQ untuk budak² mechi. Majoritinya budak seksyen M06 dengan M05. Maybe ini la last time kitorang lepak ramai² sebelum pergi praktikal.

Plan awal nak buat kat tepi pantai Kuala Selangor, tapi memandangkan cuaca sangat jeles dengan kitorang, terpaksalah bertukar venue ke FKM. Huhuhu. Tak kesah la kan, asal dapat kumpul ramai².

Kitorang start membakar pukul 8.30, pukul 10 dah boleh makan. Menu yang ada, mihun goreng, ayam, sosej & keropok. Bila dah kenyang, hati pun senang. Hahaha. Thanks to Fikri Aziz yang organize BBQ malam tadi ;) Susah² ajer...

Serahkan pada yang pakar...



Dec 4, 2010

Hidup Orang Bebas

Wuhuu! Bestnya bila dapat bebas dari segala macam exam & fyp yang memeningkan kepala otak kan? Harini penulis keluar Kuantan ramai² dengan budak² kelas. Dalam perjalanan, kitorang pekena dulu air jagung kat Kedai Mok Naa.


Lepas maghrib kitorang pergi main bowling di Megamall, Kakak penulis pun join sekali. Lepas tu pergi makan kat Santai. Ini first time penulis makan kat sini, dia punya western food boleh tahan & tempat pun memang cantik sangat. Puas gak la kitorang snap² gambar dekat area restoran tu...hehehe.


Bila perut dah kenyang, Akir pulak ajak pergi karaoke. So next stop, karaoke di KP. Akir book sampai 3 jam, memang bila keluar, suara sorang² dah bertukar jadi serak² kahak. Mana taknya, yang nyanyi 5 orang je, Akir, Acap, Ijud, Pojie dengan Hafeez. Penulis dengan Eddy just jadi backup singer. Penulis & Eddy sempat tidur lagi dalam bilik tu. Hehehe. Macam biasa, sebelum balik UMP, pergi minum² dulu kat Taj. OK, tu je nak cerita. Selamat malam~

Dec 3, 2010

Tidur Dah Lena, Mandi Dah Basah...

Hip hip hooray! (Mukadimah menunjukkan mood penulis yang SANGAT HAPPY. Hehehe). Maaflah kalau tajuk penulis dah merosakkan peribahasa Melayu. Peribahasa ek? Entahla, takde niat pon sebenarnye hanya menggambarkan perkara sebenar yang aku lalui. Ini serius. Itu tak penting, yang penting pada tanggal 2 Disember 2010, jam 11.50am, penulis dah selesai present untuk Final Year Project. Sejak setahun, rasa macam "makhluk halus" ni asyik ikut je mana aku pegi. Kadang2 bila teringat pasal masalah projek, hormon dalam badan ni tiba² tak menentu, jantung pun tiba² degup laju² haish...& bunyi tu akan keluar secara automatik dari mulut penulis.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ketiga² orang panel penulis semuanya baik-baik belaka. Awal-awal takut jugak kalau² dapat panel yang strict. Masa Q&A session tu penulis rasa diorang lebih banyak beri recommendations daripada soalan. Dan yang paling best, panel penulis sepatutnya seorang Ir. pastu tukar pulak dengan seorang Dr.

Tiba² pada hari kejadian, En Amir yang gantikan, dengar citer panel asal still ada kat Jepun. Penulis bukannya nak kata En Amir ni tak expert (die power gak tau!) Cuma ergonomics bukan bidang die sangat & En Amir ni memang baik orangnya. Hehehe. Lagipun akhir² ni penulis selalu terserempak ngan dia & sempat gak bersembang kejap. Walaupun kejap, sempat la untuk dia kenal penulis kan... Alhamdulillah, penulis rasa Tuhan dah makbulkan doa penulis. Pada yang ade presentation ke, exam ke, penulis nak share doa kat bawah ni ngan korang. Masa kat sekolah dulu tiap² kali nak start kelas mesti baca doa ni kan... Amalkan lah, insyaAllah Tuhan akan bantu korang.


Nak brief sikit pasal projek penulis... tajuk dia Design & Development of Portable Pineapple Peeler: An Ergonomics Approach. So, penulis lebih banyak study pasal ergonomics & design untuk pengupas nenas. Banyak gak peeler yang penulis dah design, tapi final design adalah seperti yang kat bawah ni.


Special thanks kepada SV penulis, Madam Nurul Shahida yang dah banyak bantu penulis untuk siapkan projek ni. OK lah. Thesis dah print, sign SV ngan examiner pon dah dapat. So, 6hb ni dah boleh hantar thesis kat fakulti & hilang la segala beban yang penulis tanggung selama 2 sem ni....Alhamdulillah~

P/S: Lepas ni dah boleh start berblog, & maybe penulis akan buat movie review sikit.