Dec 24, 2010

Cita-Cita Versi Adib

Masa kecik², soalan feveret cikgu kat sekolah biasanya pasal cita² kita atau


"Bila besar nanti nak jadi apa?"

Dan antara jawapan biasa yang anak murid jawab, nak jadi polis, doktor atau bomba. Jarang² jer kita dengar yang jawab nak jadi perdana menteri atau angkasawan (akhir² ni mungkin ramai la kan...)

So, kali ni penulis nak kongsi sikit pasal si Adib (anak buah penulis) punya cita²...
Suatu petang, waktu Adib baru balik dari sekolah. Perbualan Adib dengan ibunya lebih kurang begini...


Adib: Mama, tadi cikgu Adib tanya, bila besar nak jadi apa..

Mama: Iye? Adib jawab ape?

Adib: Adib cakap Adib nak jadi Pakar Kaji Purba.

Mama: Huh? (sambil gelak² bercampur hairan) Nape Adib nak jadi Pakar Kaji Purba?

Adib: Nanti Adib gali gali gali, jumpa harta karun. pastu jual jadi kaya!


Hahaha. Awal² pelik jugak macam mana budak 6 tahun boleh terfikir nak jadi Pakar Kaji Purba... Bila fikir² balik baru la perasan, rupa²nya dalam citer Ultraman selalu sangat sebut pasal Pakar Kaji Purba nih. Kuat betul pengaruh Ultraman kan? Hehehe...


Nah korang kena "fire" ngan Adam & Adib!

P/S: Ibu penulis selalu cakap, masa kecik, penulis bercita² nak jadi Tok Kadi...boleh percaya ke? Hmmm...

6 comments:

paan sabri said...

aku dulu pernah ade cita2 nak kendalikan mesin yang ade magnet besar kat tempat besi buruk tu.. cool!!

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

@paan sabri

hohoho. bukn calang2 cita2 ko ek!

Syipak Bonkers said...

haha . koarng ni memang bercita-cita besar. HOT !

chacha said...

comelnyeeeee ;)

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

@Syipak Bonkers

hot eh? haha!

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

@chacha

tqtqtq!
eh. paksu dorg plak yg prasan...
ngeee