Dec 13, 2010

Peminat Setia Ultraman

Teringat perbualan penulis dengan anak buah, si Adam.
Adam ni baru 3 tahun, penonton tegar siri ultraman...tak kira lah ultraman agun ke, cosmos ke, dyna ke, ultraman brothers ke, semua dia suka.

Kalau ada rancangan ultraman bersiaran, jangan harap la penulis & keluarga dapat tengok cerita lain...kuasa veto ditangan budak kecik ni.

Yang tak tahan nyer, hari² tengok episod sama pun tak pernah bosan! siap boleh hafal lagi dia punya dialog...haha. Okay la, perbualan yang dimaksudkan seperti yang kat bawah ni:


Adam: Pak Su, masa pak su kecik ada ultraman ape?

Penulis: Pak Su tak ingat la, rasanya ultaraman tiga kot...

Adam: Pak Su suka tak tengok citer ultraman?

Penulis: Masa pak su kecik je Pak Su suka, skang Pak Su dah tak suka dah... Adam besar nanti suka tak tengok citer ultraman?

Adam: Tak. Adam suka tengok berita jer...


Tergelak dengar jawapan si Adam nih...
Apa dia ingat orang besar suka tengok berita je ke?
Logik jugak kot, sebab dia selalu berebut dengan Ki & Papa dia yang nak tengok berita pukul 8 malam...



6 comments:

mie said...

tengok berita??
maksudnya gue xbesar lagi la..
xbape layan brita..
ehheeee

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

tu la pasal, kalau suka tgk brita dh jatuh kategori tua! haha...

hans said...

habislah
aku suka tgok berita
tua kah?
terus xnak tgok macam nih
hahahhaha

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

tak syak lg...
haha

eDdY said...

acap tu kategori aper???..hehe

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

@eDdy

acap tu kategori kanak2 istimewa...
bdn je pjg, pemikiran takat darjah 1! hak3