Aug 10, 2010

Makan2 Sebelum Ramadhan...

Assalamualaikum....malam esok dah start terawikh, lusa pulak start puasa & bulan depan...tak payah cakap pun korang mesti dah tau kan? Hehehe....

OK. Petang tadi agak kelam kabut bila tiba² member semua duk sibuk isi borang untuk daftar IEM. Buat pulak nak kena hantar harini jugak dekat Ijud & yang paling terbaik, kat borang tu kena tampal gambar passport tapi semua gambar gua dah habis guna untuk borang LI minggu lepas.

Jadi gua cadang nak pergi cuci gambar dekat Pekan. Berat jugak hati nak pergi Pekan semata-mata untuk cuci gambar tapi nak buat macam mana, situ je tempat yang terdekat...

Jam dah kul 3 petang, gua pun dah siap setting nak race ke Pekan. Tiba² Dasuqi panggil & cakap Anip ada buat printing gambar. Anip ni duduk depan bilik gua je, tak tau pulak dia ada buat jugak printing gambar....ingatkan boleh print biasa² jer....

So, dengan modal 4 hinggit misi nak cuci gambar dah setel. Borang pun dah siap hantar dekat Ijud. Tapi rasa janggal la pulak, bila dah siap² nak keluar tiba² tak jadi kan? Ada pulak suara² yang ajak pergi KFC konon² takut kempunan time puasa nanti....

Last² kitorang decide untuk keluar makan² kat area Kuantan..... 1st stop, Kedai Mok Naa (kalau tak silap). Tempat ni Eddy yang rekemenkan, aset utama kedai ni ialah air jagung. Memang berbaloi la datang sini, air jagung dia memang best. Makanan pulak macam² ada & harga boleh tahan murah. Siapa² yang biasa lalu jalan Tanjung Lumpur dari Pekan, boleh la singgah sini. Depan sikit je dari simpang Yayasan Pahang tu.


Waa....kalau sedang berpuasa jangan tenung gambar ni lama²


Gambar ala² paparazzi wajib ada....

2nd stop, ECM. Hmm...kat sini kitorang just jalan² je. Gua ada jugak cari beberapa barang, tapi satu pun tak ada yang berkenan dihati. Hampagas betul....


Sesi try tapi tak beli sedang bermaharajalela....

3rd stop, Megamall. Kitorang datang sini sebab kat sini ade KFC & McD, kalau nak ke TC jauh la pulak kan... Itu aje lah nak story kali ni. Pulang dengan perut kenyang, siap tapau lagi seketul ayam sebab dah tak larat nak habiskan...hehehe.



P/S: Sambil² tulis entri ni sempat jugak habiskan ayam yang seketul tu...

2 comments:

ayaa alyy said...

selamat menyambut ramadhan ;)

ahmad hisyam said...

@ayaa: selamat menyambut ramadhan jugak!