Dec 4, 2010

Hidup Orang Bebas

Wuhuu! Bestnya bila dapat bebas dari segala macam exam & fyp yang memeningkan kepala otak kan? Harini penulis keluar Kuantan ramai² dengan budak² kelas. Dalam perjalanan, kitorang pekena dulu air jagung kat Kedai Mok Naa.


Lepas maghrib kitorang pergi main bowling di Megamall, Kakak penulis pun join sekali. Lepas tu pergi makan kat Santai. Ini first time penulis makan kat sini, dia punya western food boleh tahan & tempat pun memang cantik sangat. Puas gak la kitorang snap² gambar dekat area restoran tu...hehehe.


Bila perut dah kenyang, Akir pulak ajak pergi karaoke. So next stop, karaoke di KP. Akir book sampai 3 jam, memang bila keluar, suara sorang² dah bertukar jadi serak² kahak. Mana taknya, yang nyanyi 5 orang je, Akir, Acap, Ijud, Pojie dengan Hafeez. Penulis dengan Eddy just jadi backup singer. Penulis & Eddy sempat tidur lagi dalam bilik tu. Hehehe. Macam biasa, sebelum balik UMP, pergi minum² dulu kat Taj. OK, tu je nak cerita. Selamat malam~

4 comments:

Eyra. said...

UMP? eyra pon budak UMP jugak :D

ahmad hisyam said...

hye2! hehe...UMP jugak ey. amek course pe?

Eyra. said...

dip sains komputer, duk kk4 nuh. awak amik kos ape?

ahmad hisyam said...

mechi final year...duk nun di pekan! haha