May 6, 2010

Movies Review (Holiday Mode)

Kali ni penulis nak post pasal movie² yangg penulis dah tengok semenjak abes final haritu. Setakat ni baru sempat tengok 3 movie. 3 hari lepas penulis tengok Iron Man 2 & semalam pulak tengok Ip Man 2 & When In Rome.

Iron Man 2 (2010)

Sut Iron Man ni memang penulis suka, nak² yang dia pakai kat Monte Carlo tu. Citer dia pulak...bagi penulis agak lambat sikit la, kalau nak banding ngan yang 1st dulu memang jauh beza. && part yang paling penulis tak puas ati...masa ending dia tu, senang giler Ivan kalah. Macam...la, camtu je? Penulis tak rekemenkan korang pegi tengok citer ni kecuali korang tak nak tertinggal time Iron Man 3 keluar nanti.

Ip Man 2 (2010)

Semalam besfren penulis, P-dus ngan 2 org member dia datang nak tengok Iron Man. Disebabkan penulis dah tengok citer tu penulis mintak la die belikan tiket Ip Man untuk penulis. Bila dia dah setel beli tiket, dia mesej penulis...

P-dus: Ip Man kul 12.45.
Penulis: OK, ko beli la untuk aku.
P-dus: Dah. Sempat x ko dtg?
Penulis: Aku dah gerak ni, sempat kot..ko nye Iron Man kul berapa?
P-dus: 12.25!!!

Bila penulis tengok, jam dah kul 12 suku. Berlari penulis pegi mandi n siap². Sebenarnye time penulis mesej P-dus yang penulis dah gerak tu, penulis tengah duk depan laptop lagi....hohoho. Bila fikir memang dah tak sempat, penulis call P-dus suruh dia tinggal je tiket tu kat kaunter. Nasib baik brader kaunter tu baik tolong simpan tiket penulis tu. OK² dah. Flow citer Ip Man 2 dia lebih kurang gak ngan Ip Man yang dulu. Aksi dalam citer ni memang terbaik la, kalau korang suka tengok Bruce Lee lawan, konfem korang akan suka Ip /man ni (dia tok guru Bruce Lee taw!). Memang tak rugi penulis pecut dari UMP untuk tengok citer ni. Hehehe...

When In Rome (2010)

Dah lama tak main mesej ngan P-dus ni, & mesej kali ni dah buat penulis gelak sorg²...

Penulis: Ko nak tengok Iron Man ek? Pastu nak pegi mana?
P-dus: Tengok When In A Room
(Penulis try search kat GSC, tak jumpa pulak When In A Room, When In Rome ada la)
Penulis: Mana ada When In A Room, When In Rome ada la! Memandai jer.....
P-dus: Yela² citer tu la...

Ye, citer ni citer jiwang. Kalau dah keluar dengan pompuan, kena la jugak tengok citer jiwang, takkan nak tengok citer action je...tapi citer ni memang best giler! Fa, pandai ko pilih...hehehe. Citer ni memang lawak, penulis suka part diorg naik kereta kuning tu....siap naik lift tu, tak leh blah! Kalau korang bercadang nak pegi tengok wayang, penulis suggest korang tengok la citer ni. Two thumbs up!

P/S: Korang dah tengok Ip Man 2? Anak Sifu Hung tu comel giler kan? Rasa macam nak cubit² pipi tembam dia tu!

2 comments:

aya said...

huaaa. dah lame xtgk muvieee T.T

ahmadhiSyam said...

too bz kah? citer robin hood mcm best....tp syam pon blom tgk lg...