May 30, 2010

Trip To LA

Hahaha....(sungguh kurang sopan mulakan entri dengan gelak ketawa) Jangan mudah terpedaya ye pembaca² sekalian, tajuk entri kali ni bakal mengundang persoalan bukan? Iye la, tuan punya blog yang belum ada passport ni tiba² buat kenyataan pergi LA. Sebenarnya takde niat pun penulis nak tipu korang tapi sememangnya semalam penulis & family dah ke LA, bukan Los Angeles tapi La Hot Spring....ehehe.


Okay². Semalam, dalam pukul 9 pagi kitorang gerak dari rumah. Walaupun cadangan asal nak gerak lepas subuh, last² pukul 9 gak baru leh bertolak. Kitorang bercadang nak gerak awal² sebab La Hot Spring ni kat Besut, jaraknya kira² 200km dari rumah kitorang. Dalam perjalanan, penulis ternampak satu signboard betul² kat tepi simpang ke kolam air panas tu. Nak tau apa yang signboard cakap? Dia cakap..."Kolam Air Panas La ditutup kerana kerja² penambahbaikkan sedang dijalankan. Padan muka korang! keh3". Time tu rasa agak kecewa la jugak, mana tak nyer dah dekat nak sampai tiba² tutup plak. 200km tu, bukan dekat²....

Untuk kepastian, penulis try tanya pakcik² kat kedai kopi seberang jalan tu & pakcik² tu cakap signboard tu dah lebih setahun ada kat situ, tempat tu tak tutup pon, bukak je.... Haram jadah punye signboard, sape punye angkara ni? Nasib la pakcik² kat sini baik²....siap nasihat lagi, jangan drive laju² sebab jalan bengkang bengkok. Tapi ade satu soklan dari sorang pakcik ni yang buat aku terkelu, tak tau nak jawab apa. Agak² korang la, kalau ada pakcik tanya soklan cenggini, apa yang korang nak jawab? "Dok bowok gewe ko?"* Penulis rasa korang pon akan terkelu macam penulis kan? Takkan nak jawab macam ni: "Tak la pakcik. Kenape, anak dara pakcik nak ikut skali ke? Kereta kosong lagi ni" Hahahaha... Dalam hati ada niat nak jawab macam tu, tapi memang tak la kan.....

Pakcik² tu kitorang tinggalkan dengan kopi² diorang & perjalanan diteruskan. Memang betul apa yang pakcik² tu cakap, jalan masuk tu memang mencabar. Lalu celah² pokok kelapa sawit terasa macam trek rally pulak, cuma bezanya jalan dia jalan tar, bukan tanah merah.


Jam dekat² pukul 12, kitorang pon sampai la kat La Hot Spring ni.... Air dia memang panas beb, tak ingat pulak nak bawak thermometer tuk sukat suhu dia tapi kalau korang bawak telur & rendam dalam air ni, konpem boleh masak!

Celup², rendam², jirus², selam², air ni bagus untuk kulit tau...

Bila dah rendam kaki kejap kat kolam tu, ada la makcik sorang ni cakap yang kat atas sana ada air terjun, anak dia pergi tapi dia tak nak ikut. Dalam hati penulis... Oh! Rupa²nya ada air terjun gak kat sini! Apa lagi, terus angkat kaki pergi cari tempat tu...


Jumpa! Whoa...tempat ni sangat² cantik & bersih. Air kat sini sejuuk! & boleh la terjun, kuak lentang & segala macam kat sini...best²!

Time ni dah nak balik...nak ke kenduri kahwin pulak

Akhir kata, Cuti-Cuti Malaysia... Support our local tourism!

*"Tak bawak awek ke?" - walaupon besut ni masih dalam kawasan Terengganu, tapi orang² kat sini biasanya cakap dialek Kelantan.

P/S: Tadi penulis dapat tahu yang ibu kepada kawan penulis baru je meninggal.... Harap korang dapat sedekahkan al-fatihah kepada roh beliau. al-fatihah.

2 comments:

Kim said...

best2! lama tak mandi manda cani. :D

eDdY said...

sakan ko cuti ni ek..haha
psm aper cer????(sajer nak patah kan semgt cuti..hehe)