May 25, 2010

Berkebun & Berkelah: 2 Aktiviti Dalam Satu Masa?

Betul ke boleh buat 2 aktiviti iaitu berkebun & berkelah dalam satu masa? Kalau nak ajak penulis pergi kebun, ayah penulis selalu cakap "Ni bukan berkebun, kita pergi berkelah je.....". Hmm...yer yer apa² pon, penulis ikutkan je la....

So, pagi tadi dalam pukul 11(pagi la sgt..) bermula lah perjalanan

Penulis, (dengan muka paksa rela)

Bak selaku captain kapal

& Ma

Ke kebun yang tercinta. Kebun yang satu ni unik sikit sebab satu²nya cara nak sampai kat sini selain dengan helikopter ialah dengan bot. Kereta tak boleh lalu kat sini sebab memang takde jalan darat. Setelah dekat 20 minit menyusuri sungai, sampai la kami di jeti usang ni....

Boleh panggil jeti ke ni? Belasah je la hahahaha... Kalau nak tau, projek buat jeti pun ada dalam perangkaan projek masa cuti penulis. Tuan punya cuti pun tak tahu menahu, tiba² je dah ada macam² projek menunggu. Best kan aktiviti cuti penulis? Hehehe...

Meh² nak bawak korang round² kat kebun penulis ni. Tengok² apa yang ada...

Ini orang panggil pokok durian

Buah dia rupanya macam ni.... Tapi sepatutnya 4 atau 5 kali lebih besar dari ni. Ni penulis ambil gambar buah yang tak sempat masak tapi dah gugur...entah la kenapa, banyak pulak tu.

Yang ni pulak orang panggil pokok duku. Nampak bunganya tu? Dalam 2 bulan lagi masak la. Nampaknya tak sempat la penulis nak merasa kutip² buah ni semua sebab time tu mesti dah start blajar.....

Ini, kalau nak masuk hutan lebih baik bawak benda ni skali. Takde la rasa takut sangat...

& jangan lupa pulak bawak benda ni skali, klo tak jadi mat jenin je la kan,
pikul senapang tapi takde peluru...

Ni plak? ni la yang paling penulis anti sangat². Bukan sebab geli, tapi sebab terpaksa derma darah tanpa kerelaan hati. Harini pulak hari macam nak hujan, makin berpesta la makhluk² ni!

Tadi sempat jugak mancing ikan kat tepi tebing sungai tu, & dapat la jugak sekor....


Ni orang panggil ikan duri, rasanya lemak² manis. Eh² takde lah, penulis pun belum makan lagi ikan ni tak tau la best ke tak... Tapi yang penulis tau ikan ni takde racun, boleh dimakan. Cuma kena hati² sebab ikan ni ada sengat ye.


Lepas setel solat asar, ahli rombongan pun pulang la ke rumah. Otw balik,
ayah penulis cakap "Esok kita datang lagi..." Ah sudah!


5 comments:

atiqahtuty said...

weh psm pe cer? ha3

ahmad hisyam said...

projek tu lom jln lg....hahaha
ko da start wat ke?

atiqahtuty said...

ha3 belum langsung lagi.
nak email madam takut dye tgh bersalin =p

Anonymous said...

kebun tu katne?
very nice.i like...

ahmad hisyam said...

@tiqah: alasan la tu...tp bleh pkai gk, hahaha

@ano: kat area dungun...
tmpt tu org panggil bkt laba