Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Jan 10, 2012

Bagaimana Rupa 10 Website Popular Saat Pertama Dilancarkan (Part 2)

Okay, ini sambungan untuk part pertama. Dah janji nak tunjuk rupa bentuk facebook & twitter waktu pertama kali diorang launched kan? Dengan segala hormatnya, sila scroll ke bawah...

facebook.com - dilancarkan pada 2004 (masa ni masih dikenali sebagai thefacebook)



twitter.com - dilancarkan pada 2006 (baca betul². dia tulis twttr kan? tu la nama lama twitter, sebelum ditukar kepada yang sekarang ni)



myspace.com - dilancarkan pada 2003


wikipedia.org - dilancarkan pada 2001



flickr.com - dilancarkan pada 2004



P/S: Gembira tengok blog ni ada dalam muzium internet :lol:

Jan 9, 2012

Bagaimana Rupa 10 Website Popular Saat Pertama Dilancarkan (Part 1)

Kebanyakan website popular di dunia sekarang ni mula dilancarkan pada tahun 1990an lagi. Waktu tu kalau sebut google, mesti goggle yang orang buat menyelam tu terlintas kat dalam kepala kita. Tapi sekarang dah berubah kan?

Jom tengok macam mana rupa website popular awal² kemunculan mereka...

blogger.com - dilancarkan pada 1999



google.com - dilancarkan pada 1996



yahoo.com - dilancarkan pada 1994



youtube.com - dilancarkan pada 2005


msn.com - dilancarkan pada 1995


Nak tengok macam mana rupa facebook & twitter zaman dulu-dulu? Tunggu Part 2!

Dec 7, 2011

Mouse Komputer Pertama Di Dunia

Inilah rupanya "mouse" atau tetikus komputer pertama di dunia. Dicipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, ia diperbuat daripada kayu dengan 1 tombol di atas dan dua roda di bawahnya membolehkan ia bergerak dalam satu paksi.



Aplikasi yang terlibat dalam ciptaan tersebut menggunakan perinsip penunjuk X dan Y dimana penunjuk tersebut mengawal mekanisma posisi roda X-Y pada sudut berlawanan yang berputar menurut gerakan X dan Y, oleh itu ia dinamakan "X-Y position indicator".



Sayangnya Englebert tidak mendapat satu sen pun royalti daripada ciptaannya itu. Namun pada tahun 2000, dia menerima National Medal of Technology untuk mengembangkan mouse dan membantu mengembangkan hypertext.

Kalaulah guna mouse cenggini main Counter Strike, berlari macam ketam la player gua...hahaha.


Apr 5, 2011

Falkirk Wheel | Satu-Satunya Lif Bot Berputar Di Dunia

Falkirk Wheel adalah satu-satunya lif untuk bot seumpamanya di dunia & ia menjadi mercu tanda kejuruteraan di Scotland. Nama Falkirk diambil sempena nama bandar berdekatan yang terletak di tengah² negara Scotland. Lif bot berputar tersebut menghubungkan Terusan Forth & Clyde dengan Terusan Union. Perbezaan ketinggian antara 2 terusan tersebut adalah 35 meter!

Apr 4, 2011

Robot Gundam Bersaiz Sebenar Di Jepun!

Pada tahun 2009, engineer² di Tokyo telah membina sebuah robot Gundam RX-78 berskala sebenar (1:1) sempena menyambut ulangtahun ke-30 siri anime popular Mobil Suit Gundam.

Ia juga adalah sebahagian daripada Green Tokyo Gundam Project iaitu projek mendapatkan dana bagi menghijaukan Tokyo untuk menghadapi penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.

Didirikan pada Jun 2009 dan dibuka kepada orang awam pada 11 Julai 2009. Pada Julai 2010, robot ini telah diupgrade dengan beam saber atau pedang di tangan kanannya. Kini, ia berdiri megah di hadapan stesen keretapi Higashi-Shizuoka & akan dipamerkan di sana sehingga Mei 2011.

Robot berketinggian 18 meter ini, mempunyai kepala yang boleh bergerak menggunakan remote control, 50 unit pemancar cahaya & boleh mengeluarkan kabus dari beberapa bahagian badannya!

Feb 11, 2011

Betulkah Air Panas Lebih Cepat Beku Berbanding Air Sejuk?

Betul ke? Baiklah, sebelum ni pernah tengok satu rancangan kat Discovery Channel pasal benda ni. Tapi tak puas hati sebab kalau fikir secara logik, memang mustahil la kan air panas lagi cepat beku. So tadi ada search sikit² kat internet & meh la penulis kongsikan ngan korang apa yang penulis dapat...



Pertama sekali, jawapan untuk soalan di atas adalah BETUL. Memang air panas lebih cepat beku berbanding air sejuk. Penulis pon dah try buat eksperimen kat rumah. Kalau tak percaya, korang boleh try sendiri guna peti ais korang. Tapi kenapa & bagaimana kejadian ni berlaku?

Apr 15, 2010

Salar De Uyuni | Cermin Terbesar Di Dunia

Salar De Uyuni adalah tapak garam terluas di dunia, dengan keluasan melebihi 10,000 km persegi. Terletak di Bolivia, kawasan ini dikatakan "cermin" terbesar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya. Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit.


Nov 29, 2009

Kereta Juga MPV?

Untuk entri kali ni penulis nak post sikit info & gambar² kereta juga MPV model terbaru keluaran perodua, yang diberi nama Perodua Alza. Penulis pun tak tau apa maksud sebenar Alza ni. Tapi daripada apa yang penulis pernah baca, dalam bahasa Sepanyol Alza bermaksud bangun/membangun.

So kepada sesiapa yang belum lagi berpeluang tengok kereta juga MPV ni kat showroom Perodua (korang senasib ngan penulis...), korang boleh la tengak gambar dia kat blog ni.


Kalau nak dibandingkan dengan Proton Exora, Perodua Alza lebih kecil. Tapi OK la, harga dia pun lagi murah dari Exora.


Untuk model auto, brek tgn (handbrake) dia kat kaki. & Perodua Alza ni banyak compartment² yang menarik.



*click to enlarge image

Mar 17, 2009

Maksud Sebenar P.S.

Harini penulis nak berkongsi sikit input yang penulis dapat beberapa jam yang lepas. Korang mesti pernah tengok perkataan P.S. ditulis dalam surat, blog atau medium yang seangkatan dengannya.


Mungkin jugak korang sendiri pun pernah guna term P.S. ni. Biasanya ia digunakan di hujung entri atau mesej. Tapi korang tahu tak P.S. tu singkatan untuk apa?

Secara jujurnya, sebelum ni penulis pun tak pernah tahu 2 huruf tu stand untuk apa. Main guna jer...hehehe. So, penulis try la search P.S. kat dalam Yahoo. Macam² gak yang keluar, rambang pulak mata penulis menengoknya...

Then penulis cuba pulak taip kat column research dalam Microsoft Word... Jumpa! Antara perkataan yang keluar ialah postscript, addendum, afterthought, addition, stop press & coda.

Kesimpulannya P.S. adalah singkatan daripada perkataan yang pertama tu, postscript yang berasal daripada bahasa Latin, post scriptum. Lagipun menurut Kamus Dewan, postscript bermaksud tambahan kata² pada akhir surat @ susulan.

Fuh, akhirnya penuh la ilmu di dada penulis tentang P.S. ni...