Nov 26, 2012

Hero Kalah Dulu

Pasti korang dah masak dengan tabiat Ultraman yang pantang menang sebelum lampu liplap beliau menyala kan? Bila dah nyawa² ikan, barulah terhegeh nak fire sang raksasa durjana.

Samalah jugak dengan lagenda gusti dunia, Hulk Hogan. Bila dah teruk kena bantai, tiba-tiba beliau dapat tonik luar biasa seakan baru lepas minum tongkat ali merabakkan baju bundle beliau dan membantaikan kembali pihak lawan dengan jayanya.

Penyokong Ultras bersorak gumbira

Namun untuk post kali ni penulis bukannya nak mengkaji tabiat pelik Ultraman ataupun Hulk Hogan tetapi penulis cuma nak bercerita tentang skuad bola sepak negara sempena Piala AFF Suzuki 2012. Okay, ini bab serius jadi sila baca dengan nada serius. Dalam perlawanan pertama malam tadi, Harimau Malaya bermula dengan langkah kiri apabila tewas mudah 0-3 kepada Singapura.

Situasi yang sama jugak pernah dialami oleh skuad negara 2 tahun lepas apabila kalah 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan tetapi mereka berjaya bangkit menewaskan lawan yang sama untuk bergelar juara bola sepak Asia Tenggara.

Persoalannya, mampukah pemain Harimau Malaya mengulangi skrip yang sama untuk edisi kali ni? Bagi penulis dengan barisan pemain yang ada, Malaysia sepatutnya ada kelebihan. Kalau dibandingkan dengan kejohanan lepas, senarai kesebelasan utama negara tidak jauh berbeza.

Posisi penjaga gol, tengah dan serangan masih mengekalkan pemain yang sama. Cuma perubahan berlaku pada posisi pertahanan apabila hanya Fadhli Shas, Mahalli dan Faizal Muhammad sahaja yang masih berada dalam pasukan untuk kejohanan kali ini. Jadi dengan pengalaman yang ada, persembahan mereka sepatutnya lebih matang.

Tetapi kalau dinilai kepada corak permainan Harimau Malaya dalam perlawanan semalam, masih banyak yang perlu diperbaiki. Paling mengecewakan apabila penulis langsung tak nampak dimana permainan agresif yang dicanang Datuk K Rajagobal selama ni.

Pemain Singapura dilihat sangat selesa menghantar bola dalam kawasan Malaysia kerana pemain kita lambat memberi tekanan kepada pihak lawan. Gol pertama dan ketiga menggambarkan betapa kritikalnya tahap man marking pemain pertahanan kita.

Bahagian serangan dan tengah pula seakan ketandusan idea. Mereka sepatutnya lebih rajin membuat larian bagi membuka ruang untuk menerima bola daripada rakan sepasukan. Beberapa kali penulis perasan yang Mahalli dan Aidil terpaksa memberi isyarat kepada pemain lain untuk datang menerima bola. Dalam bab ni, penulis puji Safee Sali yang sanggup turun ke bawah untuk membantu.

Apa-apapun, pemain Harimau Malaya harus mengambil kekalahan semalam sebagai pengajaran berguna dan pemain perlu mengurangkan daripada hilang bola dengan mudah, melakukan clearance liar dan kesilapan individu yang boleh membawa padah. Namun prestasi yang dipamerkan oleh Norshahrul dan Mahalli dalam perlawanan semalam memang terbaik, malangnya dalam bola sepak semua pemain mesti memainkan peranan masing².

Mungkin video di bawah boleh memberi sedikit inspirasi buat skuad negara...


Kepada pemain Harimau Malaya... Lampu liplap korang dah menyala, jadi apalagi! Kite fire! Kite fire!

Nov 15, 2012

Inglish Edukesyen

Salam maal hijrah. Time cuti sekolah ni mesti ramai yang pergi bercuti dengan keluarga tersayang kan? Penulis duduk rumah je, jadi bibik selama seminggu. Haha..

Pagi tadi sedang asyik menonton si comel Heliza melawat Anfield dengan Old Trafford dalam Rasa Halal Antarabangsa, muncul satu perbualan antara penulis dan dua anak buah, Adib (8 tahun) & Adam (5 tahun)...

Adib: Pak Su, bestnya kalau dapat pergi Old Trafford...

Adam: Eleh, abang bukan pandai cakap english pon.

Penulis: Entah. Nanti kalau jumpa Van Persie, Adib nak cakap apa?

Adib: Ala takpe, nanti Adib bawaklah subtitle...


OOOH MY ENGLISH !!!


Oct 31, 2012

5 Situasi Janggal Yang Sering Berlaku

Malang tak berbau. Gua selalu tulis perkataan malang dekat stokin gua dengan marker pen. Jadi masa sesi memakai stokin berjemaah sebelum main futsal, gua dah tak perlu susah payah nak fikirkan alasan. Kalau ada ahli jemaah yang komplen ada bau yang tak menyenangkan, gua terus tunjuk tulisan yang terpampang di stokin gua. Setel.

Okay, cukup. Kita kembali ke tajuk utama. Sebenarnya apa yang gua nak sampaikan ialah kadang² apa yang kita buat akan menyebabkan berlakunya perkara yang langsung kita tak expect. Biasanya ia akan membawa kita kepada situasi janggal dan memalukan. Gua bagi beberapa contoh & cara tipikal untuk menghadapi situasi tersebut...

Situasi 1: Dalam bilik darjah yang aman. Sedang asyik korang me-wheelie kerusi, tiba² bunyi pelik muncul daripada gesekan kaki kerusi tu. Persis bunyi kentut Usop Wilcha. Apa lagi, korang pun bertungkus lumus lah menggesek kaki kerusi tersebut untuk cipta bunyi yang sama dengan bunyi yang pertama tadi sebagai bukti ia bukanlah bunyi kentut korang. Berpeluh beb!

Walawei... Terer gila boleh congek cenggini. Kalau Son Goku tengok ni konfem menangis.

Situasi 2: Korang baru tiba di traffic light merah. Time tu jugak lagu rock kegemaran korang diputarkan di radio. Sedang seronok ber-headbanging, tak semena-mena tangan korang tertekan hon. Semua mata tertumpu kearah korang seolah-olah korang dah buat dosa besar. Mamat bangla naik basikal pun tak lepaskan peluang memberi pandangan sinis. Dengan lemah lembut korang perlahankan volume radio sambil dalam hati menjerit - Cepatlah hijau!

Gua lebih sanggup disaman.

Situasi 3: Dalam panggung wayang. Korang sedang menonton filem Ombak Rindu. Tambah istimewa, yang duduk disebelah korang adalah adik, kakak, mak, bapak dan nenek korang sendiri. Kiranya satu row tu, keluarga korang yang conquer. Tiba² adegan panas Aaron Aziz dengan Maya Karin atas katil terpampang di skrin besar gedabak tu. Serta merta korang akan terasa nak telan air liur tapi terpaksa tahan sebab bimbang orang sebelah perasan. Langkah alternatif ialah cepat² capai air ataupun popcorn berdekatan dan berlakon macam korang tak berminat dengan scene tersebut. Hehe.

Tapi kalau Ombak Rindu versi Jozan, nak gelak guling-guling macam tenggiling pun takde hal. Haha.

Situasi 4: Rakan korang berjaya mendapat strike dalam game bowling. Korang bersorak gembira dan menerpa kearah beliau sambil mengangkat tangan meminta high five. Namun rakan korang tu buat tak tahu je sambil tersenyum. Korang tertunduk malu kerana kejadian tersebut jelas diperhatikan oleh aweks-aweks di lane sebelah.

Sedih!

Situasi 5: Tanpa disangka, Bos korang baik hati nak belanja makan di restoran 5 bintang. Rakan² sepejabat yang lain pun ada sama. Bila dah selesai makan, korang perasan ada cili di celah gigi Bos mithali korang tu. Beliau yang rancak berborak membuatkan cili tu bagai melambai-lambai. Rakan² yang lain pun turut perasan. Tapi masing² cuma mampu pandang satu sama lain. Apa boleh buat, nak tegur serba salah...ye tak?

Gua dah pernah alami Situasi 1, 2 dan 3. Situasi 4 dan 5 belum lagi. Mintak dijauhkan! 

Oct 9, 2012

I'm Back!

Saya dah pulang mak buat cucur, mudah saje tambah air, bancuh sebati goreng dan sedia. Tepung cucur Adabi rahsianya~

Haa...Akibat dah 9 bulan tak meng-update blog, kekok pulak rasanya nak start menulis. Jadi eloklah kita mulakan dengan nyanyian sebegitu rupa. Tapi seriously iklan tu memang cukup annoying sebab hidup diorang tu macam langsung tak ada masalah kan, siap boleh menyanyi sambil buat lompat kijang lagi.


Sebenarnya selama ni penulis bukanlah tinggalkan terus dunia blog, penulis still baca lagi post korang. Cuma mood nak menulis tu tak berapa nak sampai. Lagipun ni kan blog personal, tak best la kalau tulis entri dalam keadaan terpaksa.

Okay kali ni nak story pasal weekend yang lepas. Penulis gerak pergi Manjung, Perak untuk attend kenduri kahwin sepupu dekat sana. Gambar peliss...(malas nak menaip punya pasal)


Hari Jumaat malam tu akad nikah & esoknya barulah kenduri kat rumah pengantin perempuan. Cayalah Abang Feizi, sekali lafaz je dah setel. Konpem dah hafal awal² lagi nih.

May 29, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Redang

It's a 3 days trip. Dari 26-28 Mei. Sebenarnya percutian ke Pulau Redang ni hanya dirancang beberapa hari sebelum hari kejadian. Mencanak kau nak cari pakej yang still available, tambah pulak kami semuanya 12 orang. Last² dapat la jugak dengan satu travel agent ni, itu pun sebab ada orang cancel last minute. Jadi tercapailah hasrat kami nak bercuti di Pulau Redang...

Nampak tak ke-eksaited-an-nya kat situ?

Okay, 1st day lepas dah setel check in semua, brader² kat situ terus panggil kitorang pergi snorkeling. Memang sepanjang kat sana, kebanyakan masa dihabiskan dengan ber-snorkeling tapi sebenarnya boleh pilih nak pergi ke tak cuma rasa rugi la pulak kalau tak pergi kan... Lagi pun setiap trip tu lokasi dia berbeza. Untuk trip yang pertama ni kami dibawa ke Tanjung Tengah.

Pemandangan kat Pulau Redang ni memang superb dengan airnya yang kristal jelas. Tambah teruja bila dapat tengok coral kat depan mata cuma sedih sikit sebab dah banyak yang mati. 

First time snorkeling...nasib baiklah penulis ni 'pandai' berenang, dapatlah telan air laut 2 3 teguk buat tambah zat mineral dalam badan. Hehu.

Jan 14, 2012

Wiser


Jan 13, 2012

Maksud Bacaan Dalam Solat: Doa Iftitah

Assalamualaikum wbt. Sempena hari yang berkat ni penulis nak sentuh sikit bab solat. Bagi penulis, dalam banyak² perkara, yang paling rumit ialah nak pastikan kita khusyuk dalam solat.


Jadi antara cara yang terbaik ialah dengan memahami maksud bacaan dan menghayatinya ketika bersolat agar kita tidak lalai dengan perkara duniawi. Harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mendirikan solat yang lebih berkualiti. Amiin.

Doa Iftitah


Maksudnya:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

والله أعلم

Jan 10, 2012

Bagaimana Rupa 10 Website Popular Saat Pertama Dilancarkan (Part 2)

Okay, ini sambungan untuk part pertama. Dah janji nak tunjuk rupa bentuk facebook & twitter waktu pertama kali diorang launched kan? Dengan segala hormatnya, sila scroll ke bawah...

facebook.com - dilancarkan pada 2004 (masa ni masih dikenali sebagai thefacebook)



twitter.com - dilancarkan pada 2006 (baca betul². dia tulis twttr kan? tu la nama lama twitter, sebelum ditukar kepada yang sekarang ni)



myspace.com - dilancarkan pada 2003


wikipedia.org - dilancarkan pada 2001



flickr.com - dilancarkan pada 2004



P/S: Gembira tengok blog ni ada dalam muzium internet :lol:

Jan 9, 2012

Bagaimana Rupa 10 Website Popular Saat Pertama Dilancarkan (Part 1)

Kebanyakan website popular di dunia sekarang ni mula dilancarkan pada tahun 1990an lagi. Waktu tu kalau sebut google, mesti goggle yang orang buat menyelam tu terlintas kat dalam kepala kita. Tapi sekarang dah berubah kan?

Jom tengok macam mana rupa website popular awal² kemunculan mereka...

blogger.com - dilancarkan pada 1999



google.com - dilancarkan pada 1996



yahoo.com - dilancarkan pada 1994



youtube.com - dilancarkan pada 2005


msn.com - dilancarkan pada 1995


Nak tengok macam mana rupa facebook & twitter zaman dulu-dulu? Tunggu Part 2!

Jan 2, 2012

Mulanya Tahun 2012

Assalamualaikum wbt. Penulis harap korang semua sihat² belaka. Rasanya belum terlambat lagi kalau nak ucap selamat tahun baru kan? Moga korang berjaya dengan azam masing².

Tujuan penulis post entri kali ni sebenarnya nak kongsikan beberapa perkara. Pertama, semalam keluarga penulis dapat berita sedih iaitu suami kepada sepupu penulis dah meninggal dunia. Arwah cuba nak selamatkan ayahnya, tapi kedua-duanya ditemui lemas.

Hari yang sama lepas maghrib, penulis terima satu lagi berita kematian. Kawan satu praktikal dengan penulis hantar mesej yang abangnya dah pergi buat selama-lamanya.



Harap semua yang baca entri ni tolong sedekahkan al-fatihah kepada arwah semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman...

Ibu penulis pesan, tiap kali kita ingat pada orang yang kita sayang tak kira lah yang masih hidup ataupun dah tiada, jangan lupa hadiahkan mereka sekurang-kurangnya al-fatihah. Sebab itu antara sumbangan terbaik yang kita boleh bagi.