Nov 26, 2012

Hero Kalah Dulu

Pasti korang dah masak dengan tabiat Ultraman yang pantang menang sebelum lampu liplap beliau menyala kan? Bila dah nyawa² ikan, barulah terhegeh nak fire sang raksasa durjana.

Samalah jugak dengan lagenda gusti dunia, Hulk Hogan. Bila dah teruk kena bantai, tiba-tiba beliau dapat tonik luar biasa seakan baru lepas minum tongkat ali merabakkan baju bundle beliau dan membantaikan kembali pihak lawan dengan jayanya.

Penyokong Ultras bersorak gumbira

Namun untuk post kali ni penulis bukannya nak mengkaji tabiat pelik Ultraman ataupun Hulk Hogan tetapi penulis cuma nak bercerita tentang skuad bola sepak negara sempena Piala AFF Suzuki 2012. Okay, ini bab serius jadi sila baca dengan nada serius. Dalam perlawanan pertama malam tadi, Harimau Malaya bermula dengan langkah kiri apabila tewas mudah 0-3 kepada Singapura.

Situasi yang sama jugak pernah dialami oleh skuad negara 2 tahun lepas apabila kalah 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan tetapi mereka berjaya bangkit menewaskan lawan yang sama untuk bergelar juara bola sepak Asia Tenggara.

Persoalannya, mampukah pemain Harimau Malaya mengulangi skrip yang sama untuk edisi kali ni? Bagi penulis dengan barisan pemain yang ada, Malaysia sepatutnya ada kelebihan. Kalau dibandingkan dengan kejohanan lepas, senarai kesebelasan utama negara tidak jauh berbeza.

Posisi penjaga gol, tengah dan serangan masih mengekalkan pemain yang sama. Cuma perubahan berlaku pada posisi pertahanan apabila hanya Fadhli Shas, Mahalli dan Faizal Muhammad sahaja yang masih berada dalam pasukan untuk kejohanan kali ini. Jadi dengan pengalaman yang ada, persembahan mereka sepatutnya lebih matang.

Tetapi kalau dinilai kepada corak permainan Harimau Malaya dalam perlawanan semalam, masih banyak yang perlu diperbaiki. Paling mengecewakan apabila penulis langsung tak nampak dimana permainan agresif yang dicanang Datuk K Rajagobal selama ni.

Pemain Singapura dilihat sangat selesa menghantar bola dalam kawasan Malaysia kerana pemain kita lambat memberi tekanan kepada pihak lawan. Gol pertama dan ketiga menggambarkan betapa kritikalnya tahap man marking pemain pertahanan kita.

Bahagian serangan dan tengah pula seakan ketandusan idea. Mereka sepatutnya lebih rajin membuat larian bagi membuka ruang untuk menerima bola daripada rakan sepasukan. Beberapa kali penulis perasan yang Mahalli dan Aidil terpaksa memberi isyarat kepada pemain lain untuk datang menerima bola. Dalam bab ni, penulis puji Safee Sali yang sanggup turun ke bawah untuk membantu.

Apa-apapun, pemain Harimau Malaya harus mengambil kekalahan semalam sebagai pengajaran berguna dan pemain perlu mengurangkan daripada hilang bola dengan mudah, melakukan clearance liar dan kesilapan individu yang boleh membawa padah. Namun prestasi yang dipamerkan oleh Norshahrul dan Mahalli dalam perlawanan semalam memang terbaik, malangnya dalam bola sepak semua pemain mesti memainkan peranan masing².

Mungkin video di bawah boleh memberi sedikit inspirasi buat skuad negara...


Kepada pemain Harimau Malaya... Lampu liplap korang dah menyala, jadi apalagi! Kite fire! Kite fire!

24 comments:

fifie said...

Masalah bila jurulatih rasa dia terlampau hebat tak nak dengar pendapat orang lain.

ahmadhiSyam said...

@fifie

itulah pasal. apa boleh buat, dia kan 'Raja'...

gadisBunga™ said...

optimis...optimis....

kupukupumalam said...

Hoho long time dah xbace pakcu nyer blog.. Bertambah meriah i tgk.. Keep it uP! ;)

ahmadhiSyam said...

@GB

yeah, Malaysia Boleh!

ahmadhiSyam said...

@kupukupumalam

meriah la sangaaat..hehe

FJ - Faten Johary said...

kenapa ye klw malaysia klah terasa nak smackdown rajagopal? bhahaha

ahmadhiSyam said...

@FJ

erk mintak2 esok malaysia menang. klo x nahas la rajagobal kena smackdown dgn fatin..haha

Cik F said...

Asyik-asyik salahkan rajagopal!!! Sabarlah, permainankan ada kalah dan menangnya... cewah, backup beliau pulak :P

ahmadhiSyam said...

@Cik F

dh kira sabar la ni. kalau x, dh sumbat beliau dlm gol..hoho

misz aisya said...

aku frust giler kot dpt tau singapore menang. tp mmg mase tu msia maen ntah hape2 kot.

tp aku lagi frust dgn sikap penyokong msia. menganjing singapore..:(

man said...

kita tgk diaorg lawa thailand..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

eva said...

kesian raja gopal tu.. haha.. tgklah game nanti.. kot menang kot tidak.. :D

ahmadhiSyam said...

@misz aisya

penyokong jenis mcm tu lebih baik tgk bola sorang2 dlm bilik...

ahmadhiSyam said...

@man

tahun ni ramai yg ckp thailand team favourite. rasanya game semi final ni mmg sengit!

ahmadhiSyam said...

@eva

bukannya tak kesiankan rajagobal yg comel itu...tp dia punya taktikal tu je kadang2 gua tak berapa berkenan..

Ku Syida said...

Diorg fire thailand tapi thailand simbah air :(

Fyqa said...

Rajagopal. errr

ahmadhiSyam said...

@Ku Syida

itulah, diorg simbah guna belalai gajah..

ahmadhiSyam said...

@Fyqa

grrrrrrrrrrrr

iKhRam said...

sebenarnya.. kita jgn terlalu cepat berasa selesa .. sebaliknya haruslah memperbaiki dan selalu merancang..

Fzda said...

eeh. mana entry baru? bz ke engineer? hihi

Izyan Masri said...

LAMANYAAAA TAK UPDATE BLOG T_T

Anonymous said...

abg hisyam... xde ke cite trbaru?? mcm sunyi je blog ni.. huhu

(xorix attack)