Jun 18, 2011

YTL Bowling Tournament & KL Gangster

Harini penulis join bowling tournament kat U-Bowl Mesra Mall anjuran YTL. Penulis dapat satu team dengan Malcom, Mr Goh & Encik Aladdin. Suasana sepanjang tournament memang meriah. Macam² gelagat ada. Tak sangka pulak ramai jugak yang ada bakat terpendam dalam sukan bowling ni.

Score penulis untuk 3 game: 109, 146, 129. Entah la dapat nombor ke tidak sebab staff YTL ni hebat² belaka. Triple strike tu main² je diorang dapat!

Lepas penat melontar, perut pun dah berkeroncong. Kitorang pergi makan kat Pizza Hut. Servis kat sini agak kureng sikit, memang sebelum² ni pun ada aje yang tak kena. Tapi bila dapat kat kitorang, semua tu jadi bahan lawak.

Jam dah dekat pukul 8 malam. Wayang pun dah nak start. Kali ni kitorang tengok citer KL Gangster (2011). Penulis memang minat citer berunsur gangster & gaduh². Jadi tak hairan la kalau penulis teruja nak tengok citer ni.

Jalan citer dia ala² citer Goodbye Mr Cool. Yang pasti korang takkan rasa mengantuk time duduk dalam panggung wayang tu. Lagipun watak Abang Long Dil (bukan Mael Lambung) yang dilakonkan Zizan memang menjadi. Asal keluar je Zizan, penonton mesti gelak. Takde la mood penonton tu serius je memanjang...

Sebelum balik, Nazira ada bagi big apple & present. Present tu katanya dari budak² trainee...

Thanks ye korang, siap bagi present lagi... Friendship forever!


2 comments:

cikida said...

whoaa...bestnye men bowlinggg ! tapi kalau main mmg best la msuk longkang je ..(diri saya)

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

merendah diri la pulak... maybe cikida ada bakat terpendam yg lain kot? hehehe