Jun 12, 2011

Terengganu - The King of Comeback!

Ada yang meloncat, ada yang bersorak & pastinya ramai penyokong Terengganu yang tersenyum riang malam ni. Memang tak sangka kan? Tinggal beberapa saat je lagi permainan nak tamat, Terengganu masih dapat jaringkan gol penyamaan. Memang tepatlah gelaran "King of Comeback" yang diberikan kat skuad Penyu nih.


Untuk gol pertama Terengganu, terima kasih banyak² kat Daudsu. Kesian jugak kat penyokong The Red Warriors, tapi nak buat camne kan... Dah adat perlawanan, ada yang menang pasti ada yang kalah.

Walaupun dalam masa 90 minit tu permainan Terengganu agak tak teratur, tapi selepas dapat gol penyamaan, memang dah nampak semangat pemain Terengganu melonjak tinggi. Dan dalam masa tambahan 30 minit seterusnya, perlawanan 100% dikuasai Terengganu.



Tahniah buat pemain² Terengganu yang berjuang habis-habisan terutamanya Ashaari, Manaf Mamat, Marzuki & Joseph Kalang Tie. Tak lupa juga kepada ketua jurulatih, Irfan Bakti yang bermandi peluh walaupun berdiri kat tepi padang je... Nampak kesungguhan dia kat situ! Hahaha.


Kemenangan malam ni semestinya menjadi topik hangat di kedai² kopi esok kan? Hahaha. Insiden bunga api & layangan kad kuning yang terlalu banyak sedikit sebanyak mencacatkan mood perlawanan. Apa²pun, kejayaan membawa pulang Piala FA yang besar gedabak ni pasti memberi kenangan yang sangat manis buat pemain & seluruh rakyat Terengganu. Peteh Terengganu Peteh!

P/S: Sedang tunggu MB umum cuti... Kelantan awal² lagi dah umum cuti, takkan Terengganu tak dapat cuti kot? Pelik bin ajaib nih...

No comments: