Jan 23, 2011

Praktikal | Minggu ke-3, Minggu Memanjat

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 3 minggu penulis berpraktikal... kalau sebelum ni penulis pernah bercerita kat korang pengalaman pada minggu pertama penulis berpraktikal, kali ni penulis nak cerita plak apa yang penulis buat untuk minggu yang ke-3.

Minggu ke-3 ni penulis isytiharkan minggu memanjat sebab start hari Selasa sampai Khamis area kerja penulis adalah kira² 1000m dari paras laut. Hahaha. Bagi parabola sikit, barulah sedap nak bercerita... Hari Ahad dengan Isnin buat kerja dalam workshop je, sebab cuaca mendung & kadang² hujan. Biasanya kalau cuaca macam tu, permit nak buat kerja susah nak dapat. Jadi boleh la rilek² sikit time tu.

Tapi start hari Selasa, cuaca sesangat lah baik...kalau dongak ke langit, takde sikit pon kelibat awan. Maka bermulalah kerja² memanjat. Kerja pertama ialah berkaitan ventilation fan. Fungsi ventilation fan ni ialah untuk sedut keluar udara panas dalam bangunan & terletak di atas bumbung bangunan tu. Bilangannya pulak bergantung pada saiz & fungsi bangunan tu, contohnya kalau untuk steam turbine, ade sampai 10 ventilation fan. So, kalau nak tengok ape problem benda alah ni, kena la panjat bangunan tu...tangga dia plak bukan yang macam kat rumah, tapi tangga tegak! Mak ai, ni yang masalah skit nih!

Nampak tak tangga kaler kuning sebelah bangunan tu.
Haa tangga tu la yang penulis panjat.

Penulis ni sejak azali lagi seorang yang gayat, first time naik memang nerves gilo! Time naik boleh tahan lagi, tapi time turun....Kaki terketar-ketar dah macam orang parkinson. Huhuhu... Tapi bila dah 2,3 kali naik, rasa gayat tu dah makin kurang. Maybe bila dah banyak kali panjat tinggi², benda tu dah rasa macam biasa kot. && yang paling best bila dah sampai kat atas tu, pemandangan dia cantik sangat. Angin pon bukan main manja duk belai² pipi nih. Kalau dapat landing 5 minit pon, konpem dah boleh terlelap.

Ehem²! Tapi penulis panjat sampai atas ni untuk buat kerja tau. Antaranya greasing, alignment, tukar belt & tukar bearing. Kalau yang lain² tu biasanya kejap je bleh setel, tapi kalau tukar bearing, makan 2 hari jugak la baru setel.

Okay, kerja kedua pulak ialah tukar minyak gearbox kren. Kren ni bukan yang selalu buat jalan jammed tu, tapi kren yang kat dalam bangunan gas turbine. Yang ni pun kena panjat gak, cuma tak setinggi kerja yang first tadi. Tapi yang ni lagi mencabar kot sebab kena meniti kat atas kren tu & tempat tu panas yang amat sebab dekat dengan bumbung. Bagus la kan, free² je dapat mandi sauna. Think positive! Hehehe...

Hmm... harini akan start minggu ke-4, tak sabar nak tau ape plak kerja yang mendatang. Rasanya kena panjat lagi sebab problem pasal ventilation fan tu blom setel lagi.... Kalau ada masa, penulis akan kongsi lagi kat blog ni yep! Bubbye!

P/S: Jumaat lepas first time panjat Bukit Bauk. Letih macam cilakak! Bagi penulis, tak berbaloi sebab dah panjat sampai puncak pun, pemandangan dia takde la menarik sangat. Better panjat Bukit Besar...Tapi kalau duduk kat Dungun, takkan nak pi KT semata-mata nak naik Bukit Besar kan? Memang kerja gila la tu. Cuma yang bestnya sebab orang ramai, boleh la usya² aweks...ngeee.

2 comments:

iena_mieyna ^^ said...

extreme nye..huhu

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

klo dh ari2 panjat, dh rasa biasa. td br blajar teknik uji tahap gayat...huhuhu