Lepas tu kitorang pegi makan pizza, Acap belanja! Bab ni penulis sukeee...hahaha. Oleh kerana servis kat pizza tu slow yang amat, kitorang order dalam kul 4.40, kul 5.20 baru siap. So, kitorang terpaksa rushing nak kejar wayang kul 5.30. Siap tapau lagi 2 keping sebab tak sempat nak habiskan.
Masuk je panggung, citer terus start. Kali ni kitorang tengok citer Gulliver's Travel. Ni first time penulis tengok wayang kat TGV Mesra Mall ni. Kalau tak silap, kat sini ada 5 hall. Bagi penulis dia punya hall okay la sebab seat dia luas sangat. Kiranya kalau korang datang lambat & seat korang kat tengah², nak tumpang lalu depan orang tu, takde hal la...
Citer Gulliver's Travel ni memang best, boleh tengok orang kecik besar kecik besar. Lagipon penulis memang suka tengok lakonan Jack Black sebab suka buat lawak spontan. Rating: 7.5/10
Sebelum balik kitorang makan² dulu kat food court. Hmm...esok dah start kerja balik, tapi minggu ni puas hati sebab dapat lepak² dengan Acap. Rindu gak kat member² lain, ada peluang nanti kita jumpa ye!
Tweet
3 comments:
ooo..dating yer..hehe
kiter bile plak nak dating ni..hik3
nk trun kuantn kne tggu elaun msuk dlu le....hehe
baek syg..hehe
i rindu u tau...(^^)
Post a Comment