Jan 9, 2011

Praktikal | 4 down, 115 to go!

Tepat pukul 5 petang 6 Januari 2011, genaplah seminggu penulis berpraktikal. Penulis buat praktikal selama 24 minggu (3 Jan-18 Jun) kat YTL Power Services, Paka, dalam 20 minit dari rumah penulis. Masuk kerja kul 7.45 so pagi² kul 6.50 dah gerak dari rumah. On the way tu singgah amek member satu praktikal ngan penulis, umah dia dekat je ngan rumah penulis jadi kitorang pergi sekali. Biasanya kul 7.30 dah sampai, time praktikal ni kena la datang awal kan....


Kat YTL ni diorang start kul 7.45 sampai kul 12.30, rehat sejam sampai kul 1.30. Pastu sambung balik sampai kul 5 petang. Yang bagusnya kat sini, Zohor ngan Asar semua akan solat berjemaah kat surau.

Hmm. Selama 4 hari ni dah banyak penulis dapat belajar benda baru. Biasanya trainee macam penulis ni tugas dia ialah tolong hulur² barang & ambil barang kat stor. Walaupun nampak remeh, tapi dari situlah kita dapat kenal nama barang² yang sebelum ni cuma pernah jumpa dalam buku jek.

Selain penulis, ada 10 orang lagi student praktikal kat sini. 4 orang satu department mechanical ngan penulis, 3 orang department electrical, sorang kat admin & 2 orang kat department C&I. Seronok dapat wat kerja ngan diorang, sebab semuanya sempoi je. Cuma budak C&I 2 orang tu penulis jarang jumpa sebab port diorang kat tempat lain.

Hari² biasa kat power plant ni biasanya kerja tak banyak sangat, tunggu overhaul/shutdown dalam akhir bulan 3 atau awal bulan 4 nanti siap la... dengar citer time tu hari Jumaat ngan Sabtu pun kena kerja. huhuhu. Tapi time tu la boleh tengok real tiap² part turbine & segala macam benda kat plant ni.

Hari khamis lepas pertama kali merasa jammed time balik kerja, maybe sebab hujan lebat kot. 3 hari sebelum tu jalan okay je, kul 5.30 dah sampai umah tapi semalam kul 6 lebih baru sampai umah. Minggu first ni balik je umah terus terbongkang, tak tau la nape penat sangat. hehehe.

Rasanya dah panjang celoteh penulis kali ni. Tempoh praktikal penulis ada 115 hari lagi, (awal gila countdown! haha) mesti ada lagi yang akan penulis kongsi ngan korang di masa hadapan...Ciao!

6 comments:

Afendi Othman said...

bro praktikal kat ytl eh...budak2 computer engineering dia amik tak?aku nak cari tempat practical ni...

ahmadhiSyam said...

stakat ni xde plak amik dak comp.
yg ade dak mechi, letrik ngan C&I jek..

tp try la apply kot2 ade ytl nk gune dak comp...

Unknown said...

salam,,nak tanye,,klo appy praktikal kat ytl ni,,die paggil interview ke camane??n pompuan die amik x??thanks,,=)

Unknown said...

n satu lagi,,elaun die bg tak??hhehehe

ahmadhiSyam said...

@~mimi~

mmg ada interview. dia amik je, xkesah laki ke pompuan. time sy dulu dpt rm600, skang xtau la..
sori lmbt reply. skang dh jarang bukak blog ni.

Unknown said...

ouh,,ok2,,xpe2,no worries.,dah apply kat company laen dah ni,,hee,,thanks ya,,=)