Dec 14, 2010

Pengakuan Berani Mati

Walaupun pengakuan penulis ni tidaklah sehangat pengakuan "cinta" Uncle Seekers pada Mantan Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman & tiada buku yang ingin dijual... Penulis yakin pendedahan yang dibuat ini bakal mengundang reaksi tidak senang seluruh rakyat jelata...

Kalau sebelum ni, penulis cuba menepis daripada menjawab soalan² berkaitan cinta & status terkini namun hari ini, 14 disember 2010 bersamaan hari selasa cuti sekolah penulis terbuka hati untuk menjawab segala persoalan yang diutarakan itu...

Jangan sesekali salahkan penulis kalau ada yang tidak setuju dengan tindakan penulis merahsiakan perkara ini selama ini kerana penulis hanya melakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk semua yang terlibat...

Penulis pernah berdalih dengan mengatakan penulis masih single & tak pernah bercinta namun setelah didesak bertalu², penulis tertunduk akur... terlintas difikiran penulis, "mungkin inilah masanya..."

Penulis rasakan pembaca sekalian memang bertuah kerana menjadi antara orang pertama mengetahui rahsia ini. Lewat malam tadi, penulis sempat berwebcam dengan si dia, pengarang jantung hati penulis. Dan setelah meminta kebenaran, si dia memberi pelepasan kepada penulis untuk menyiarkan gambar² posing maut si dia di blog tak seberapa milik penulis ini...




Amacam? Cun tak? Yang ni penulis yang punya, korang², pegi cari yang lain! Hahahaha



P/S: Korang mungkin pernah dengar orang tidur sambil berjalan, tapi pernah ke korang dengar orang tidur sambil tulis blog? OK, tolong kejutkan penulis. Maaf... Bila dah takde kerja, penulis "terpaksa" buat benda² macam ni untuk mengelakkan sindrom kebosanan melampau...kat Dungun ni dah tak tau nak wat apa lagi daaa...

11 comments:

Unknown said...

dah gk dah msti suzy punya. haha

Fatin Aliyya said...

sengal weyh!:)

ahmadhiSyam said...

@Feeqa

stakat ni suzy still no1 dihati..haha

ahmadhiSyam said...

@Fatin Aliyya

nak hilangkn bosan...
TERpaksalah merapu..hehe

Unknown said...

haha..teramat cantik awek itu

ahmadhiSyam said...

tgk la awek sape....ahaks

Unknown said...

x pe lah, better than tiff. haha.

ahmadhiSyam said...

@Feeqa

nmpknya cik feeqa sgt anti dgn SNSD...hahaha
i know y...

Unknown said...

jadaaah, x de lah anti mana. biasa je. pilih kasih sikit nk minat sapa dlm snsd tu. haha. and you know y huh? WHY? haha

cik dila.. said...

suka tengok dia brlakon dalam
citer dream high..hehe.

ahmadhiSyam said...

@cik dila..

dh ada dlm laptop tp belum tgk lg citer tu. kena cari masa sesuai. br layan...hehehe