Dec 15, 2010

Chyeah - He's MattyB

Sebelum bercerita pasal siapakah gerangannya si MAttyB ni, penulis nak ajak korang
layan video kat bawah ni dulu.


Chyeah, don't you confuse him with Eminem! Hohoho

First time tengok budak ni, penulis ingatkan dia adik Justin Bieber... Namun sangkaan tu rupanya silap. Nama rapper cilik ni ialah Matthew tapi lebih dikenali dengan panggilan MattyB. Berasal dari Atlanta, Georgia & baru berumur 7 tahun!

MattyB sangat beruntung sebab mendapat sokongan penuh dari sepupunya, Mars yang jugak seorang rapper & ayahnya, Blake yang bertindak sebagai manager/producer...

Pada umur 5 atau 6 tahun, MattyB lebih berminat dengan muzik hip hop & berhasrat untuk mengambil kelas menari. Namun setelah Mars berpindah & tinggal bersama keluarga MattyB pada tahun 2009, MattyB mula berminat dengan music rap. Rumah mereka mempunyai studio rakaman sendiri. Semasa Mars membuat rakaman muzik, MattyB akan belajar liriknya & akan membacanya mengikut muzik tersebut. Dari situlah bakat MattyB mula dikesan.

Muzik Mars juga banyak memberi inspirasi kepada lagu² MattyB. Pada suatu petang, MattyB datang pada Mars dengan 5 lagu asalnya & merayu pada Mars untuk merakamnya & meletakkan video tersebut di laman Youtube. Ternyata tindakan itu membuahkan hasil apabila video pertama, Eenie Meenie mendapat lebih 500,000 hits dalam minggu pertama! Video² yang lain pun mendapat respon yang sangat mengejutkan.

Hasrat MattyB & Mars adalah untuk mengubah persepsi dunia pada muzik rap & juga
memberi inspirasi kepada orang lain supaya percaya kepada impian mereka...



Apa yang hebat & vavavoom tentang MattyB?

1. Youtube Channel MattyB dilawati hampir 3 juta kali manakala jumlah lawatan
video yang diupload melebihi 28juta! Hebat tak? Hebat tak?

2. Cerita beliau pernah muncul di muka depan MSN!

3. MattyB bukan sekadar menyayikan lagu orang lain, tapi dengan bantuan Mars,
mereka juga cipta lagu sendiri. Contohnya lagu I Believe in You & I'm MattyB.

4. Pernah ditemubual di stesyen radio & talk show.

5. Pada usia yang sangat muda, MattyB dah dapat jumpa face-to-face dengan
ramai artis popular. Antaranya Katy Perry, Nelly, Far East Movement & ramai lagi lah!

6. Sangat adorable. Dah la cute giler, berani plak tu! Tak hairan la ramai sangat yang
minat budak kecik ni...

Sebenarnya banyak lagi video pasal MattyB, korang boleh la search kat Youtube...
Kat bawah ni antara video favourite penulis...

Bruno Mars - Just the Way You Are (by MattyB ft. Tyler Ward)

Penulis sangat suka tengok video ni sebab lagu ni MattyB tujukan untuk
adik perempuannya, Sarah yang mengidap sindrom. sweet kan budak ni?

MattyB`s YouTube Channel
MattyB`s Official Facebook Fan Page
MattyB`s Twitter

So, watch out world! CHYEAH!

credit: theSKYKID.com

6 comments:

LINA JALIL said...

alolo..comel..

chocolate.aholic said...

cumel..kcik2 da brbkat..huhu~

Unknown said...

terlepas laks sorang ni..huhu..

ahmadhiSyam said...

@ LINA JALIL

comel kn? no wonder la rmai yg minat budak ni..

ahmadhiSyam said...

@chocolate.aholic

budak kecik tp bakat die besar!

ahmadhiSyam said...

@a'im

haha. xpe, ko punye entri dh smart.