Dec 15, 2009

Entri Budak Botak

Petang tadi, dialog di sebuah kedai gunting.

Tukang gunting: Nak potong macam mana boss?
Penulis: Bagi botak la bang...
Tukang guning: Berapa? 1? 2?
Penulis: Tak... Cukur terus.
Tukang gunting: Ada nazar ke ni?
Penulis: Tak ada lah, sesaje je tukar angin...

15 minit kemudian bermulalah perjalanan hidup penulis sebagai seorang budak botak.


Sebelum...


Selepas...

...

...

...




Kepada housemate² ku, apa macam? Kan sebelum cuti haritu gua dah cakap nak botakkan kepala, sekarang dah termakbul pun kata² tu. Jom la join sekali...ada bran??

Ada jugak yang tanya kenapa penulis nak cukur rambut. Jawapannya, sebab seumur hidup penulis, tak pernah lagi merasa jadi insan botak. Keluar² dari perut mak, rambut penulis dah panjang. Jadi ni la first time penulis botak. Tak salah kan nak cuba benda baru....hahaha. Tapi boleh jugak kalau dianggap nazar sebab Malaysia melangkah ke final bola Sukan SEA!

Orait. Daripada pengalaman penulis sebagai seorang botak, banyak jugak keuntungannya:

1. Dah tak payah susah² nak set rambut. Gel ngan hair spray pun dah tak payah guna. Jimat!

2. Kepala akan rasa ringan sesangat.

3. Tak perlu pakai kopiah bila nak solat.

4. Tiada lagi masalah kelumumur.

5. Dan yg paling best... Rupa²nya bila botak ni boleh ceriakan hidup kita & orang² sekeliling! Tiap² kali aku tengok cermin mesti aku akan tergelak sorang²! Bila keluarga penulis tengok lagi lah!

Tak terkecuali jugak risiko² yang terpaksa penulis hadapi sepanjang jadi botak ni. Antaranya...

1. Perkataan 'botak', 'dogol' & 'silau' secara automatik akan jadi perkataan sensitif bagi penulis. At least untuk beberapa minggu nih.

2. Time nak bukak baju sikit punya susah! Asyik melekat-lekat je!

3. Kena hati² ngan kain langsir mahupun apa² kain yang melayang², kalau tak nak ia melekat kat kepala. Hahaha

4. Bila kepala dah macam kertas pasir, ramailah yang gatal tangan nak sentuh². Cit! Ape, korang ingat ni bola elektrostatik tu ke, nak sentuh²!

Setakat ni itu je lah yang ada dalam kepala otak penulis pasal kelebihan & kekurangan seorang insan botak. Ada cadangan lain?

Nota kaki: Time mandi tadi penulis pakai syampoo tapi nape takde buih ek? Haish....

6 comments:

Unknown said...

x leh blah kott kpala melekat ngn lanngsir ;D

ahmadhiSyam said...

fobia ngan kain langsir! lol

daun kesum said...

adoiy,.
botak plk dahh,.
x ase mcm plek ke,.

ahmadhiSyam said...

cikti: agak la kot. tp rambut bleh tumbuh blk... jgn tak tumbuh blk sudah la. hahaha

nisa said...

adekkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tidak!!!!!!!!!!!
mane adekku yg JambuUU dulu!!!....sebbaek i bace ur entry ni dulu..kalu x mau i kna heart attack esk, bile nampak u...jgn2 adib n adam pon takot ngan u nanti..hahaha....wahai rambut adekku...tumbuh laa cepat2!!!!!.... hehehe..tumbuh rambut straight ala2 rebonding lg bagus..hahak =P

ahmadhiSyam said...

kak nisa: amiiin