Dec 19, 2009

Last Sem Review

Pejam celik, pejam celik rupanya cuti dah nak habis. Tinggal seminggu je lagi sebelum start sem baru. Jadi, untuk entri ni penulis nak review siket pasal sem 1 utk tahun 2009/2010. Walaupun sem lepas kejap je (kira² 5 bulan) tapi banyak benda yang dah penulis lalui dalam tempoh tu & bagi penulis ni la sem yang paling mencabar sepanjang berada di UMP. Harap² untuk sem baru nanti semuanya baik² aje.

So, nak tau apa yang berlaku pada sem 1 2009/2010?
Lets cekidaut!

Aktiviti masa lapang mahupun masa dekat² nak exam....

Fav pic dengan roomate penulis, Ijud


1st time foul, dpt 3 sekaligus!


6 Jul 09 - Start Sem
Time ni masih lagi belajar sepenuh masa dekat Gambang, belom kena pindah ke Pekan lagi. Tapi dengan keadaan habitat yang tak selesa, ketandusan internet, ditambah pulak dengan masalah air yang mencapai tahap cipan. Sungguh mengecewakan warga Rumah O39.

19 Jul 09 - Fun Fair Gambang
Wah fun fair! Jom3!! Memag naluri kanak² riang masih menebal dalam sanubari penulis. Huhuhu. Fun fair ni kecik jer, tapi ada Orbiter. So kitorang layan je lah...

24 Jul 09- Fun Fair Giant
Kitorang memang pantang dengar ada fun fair, terus je serbu. Kali ni cuba naik Vortex ngan Challenger. Fuh! Memang giler wa cakap lu! Kalau korang hati kering boleh la pergi cuba naik kat mana² fun fair berdekatan anda.

25 Jul 09 - Kosmo! Varsity Futsal
Ni salah satu program Pusat Sukan ngan Majlis Sukan Pelajar (kena tulis full, sebab kalau tulis MSP korang tak tau pulak). Penulis sebagai urusetia & jugak participant dalam tonemen ni. Mana boleh abaikan Mosixers, ye tak? Tapi agak sedih, sebab tak dapat pergi grand final...(kitorang dapat no 2 je). Haish rugi²!

28 Jul 09 - 1st Day at Pekan
Permulaan belajar kat kampus Pekan. Tiap² Selasa-Khamis, budak² mechi akan duduk dalam bas 2,3 jam untuk perjalanan pergi-balik dari Gambang ke Pekan. Pekan = penat, ngantuk, tido & buang masa.

Kalau ada kes² terpencil, kitorang akan pergi ke Pekan naik kereta. Selalunya kes ai-say-men lah.

31 Jul 09 - Tonemen Futsal KPT. CANCEL!!
Geram sangat time ni! Sepatutnya team Mosixers boleh pergi wakil UMP untuk tonemen anjuran KPT tapi disebabkan incik khinzir buat hal, UMP dah kena kuarantin. So, penyertaan kitorang terpaksa dibatalkan. Iskh, kenapa la tak boleh tunggu 1 hari lagi... Lepas kitorang pergi tonemen tu tak kesah la nak tutup 3,4 bulan pun!

1 Aug 09 - Start Cuti H1N1 (1 Miggu)
Time ni macam² citer keluar, tak tau betul ke tidak. Ramai gak member² kena kuarantin. Pernah sekali tu ambulans datang depan rumah nak ambil Dasuqi (my housemate) untuk kuarantin tapi dia sempat kelentong cakap dia nak pergi sendiri. Padahal cabut balik rumah! Liat ko Dasuqi!

Ramadhan
Time ni dah nak keluar rumah, tetibe perasan kitorang ber'couple' ikut kaler baju. kalau korang tengok betul², salah sorang tu pulak pakai kain pelikat & sorang lagi pakai seluar.

Berbuka puasa kat Padang MPK...

29-30 Aug 09 - Bengkel Protokol eXpoconvo
Ofkoz la banyak belajar tentang protokol. Time ni tak leh nak ponteng sebab penceramah tu cam muka penulis. Dia cakap muka penulis sama macam member dia. Adoi.

31 Aug 09 - Merdeka
Malam merdeka tak keluar pon, duk rumah jer.

20-21 Sep 09 - Raya
Duit raya! Still dapat walaupun bilangannya makin kecil tapi jumlahnya makin besar! ;p

29 Sep-4 oct 09 - eXpoconvo'09
Great experience! Thanks kepada semua warga kerja. Bahagian protokol & Abg Wan terutamanya...

19 Oct 09 - I'm 21
betul² surprise! :lol:

31 Oct 09 - Poject MD
Tension!

13&16 Nov 09 - Final Exam
Sem yang paling sikit paper untuk final. Ya 2 saje! Tapi nak biol jugak kepala otak gue..

End of semester...

7 comments:

atiqahtuty said...

bce tajuk engt ko nk letak result ha3

Nabila said...

nice one, oh, i mean abt your post. ;)

ahmad hisyam said...

atiqah: klo result aku gempaq mcm ko mesti aku letak. tp....

nabila: tqtqtq. tulis dlm blog ni sblm jd nyanyuk

nurafiqahmohamadadnan said...

gud luck sem 2 ni oii.

btw, minat tiffany ke?
sunny lagi comeyy. haha.

ahmad hisyam said...

afiqah: yup! hope for da best.

tiffany paling chantek lah!! ;p

eDdY said...

bai...jom kumpul gambar tuk sem baru plak pasni..hehe

ahmad hisyam said...

jom2. can't wait!!