Dec 4, 2009

So Far

Dah 2 minggu penulis cuti tapi cuma terperuk je dalam umah. Nak keluar pun takde mood, kat sini hari² asyik hujan je. So apa yang penulis buat adalah main game (PES ngan Red Alert), luncur internet & tengok movie. Masih dalam proses untuk clearkan external hard disk yang sangat sarat dengan movie. Jadi lepas je tengok satu² movie tu, penulis akan delete terus. Tapi kalau ada yang betul² best, penulis still simpan la...

Inilah movie yang penulis dah hadap sepanjang musim cuti ni...


1st & 2nd movie penulis rasa tak perlu lah nak bagi sinopsis kan? Mesti korang dah tau dah citer dia camne.

1. Batman 2 - The Dark Knight (2008)
Rating: (8.5/10)

2. Cicak Man 2 - Planet Hitam (2009)
Rating: (5.5/10)

3. Ace Ventura Jr Pet Detective (2009)
Mengisahkan tentang Ace, budak yang memiliki kebolehan istimewa untuk mengesan haiwan² yang hilang. Suatu hari ibu kepada Ace dituduh menculik seekor anak panda. Dengan kelebihan yang dimiliki, Ace cuba utk buktikan yang ibunya tak bersalah.
Rating: 6.5/10

4. The Adventures Of Food Boy (2008)
Seorang budak yang bercita² untuk menjadi presiden di sekolah. Semasa proses berkempen, dia dapat tau yang dia mempunyai kuasa istimewa, iaitu dapat keluarkan makanan daripada tapak tangannya. Jadi dia gunakan kelebihan tu untuk buat magic semasa berkempen. Tapi mampukah dia gunakan magic tu untuk menang title presiden? Kalau nak tau, tengok la citer ni...
Rating: 5/10

5. Pensil (2008)
Badrul, seorang pesakit mental yang tinggal dengan ibu tiri nya. Hobi dia melukis & benda yang paling dia suka ialah pensil. Citer yang sangat sedih tapi belum mampu buatkan penulis menangis.... Movie ni memang sarat dengan mesej, tapi bagi penulis jalan citer dia takde la best sangat.
Rating: 4/10

6. Gadoh (2009)
Berkisarkan tentang sifat perkauman di sebuah sekolah. Dan langkah yang diambil untuk selesaikan masalah perkauman ni adalah dengan membuat persembahan teater... Teater? Hmm. Ending dia pun macam... Entah la penulis tak tau nak cakap camne. Tapi penulis sure korang akan suka part yang setiap student kena luahkan perasaan diorang. Memang straight to the point!
Rating: 5/10

7. The Terminal (2004)
Tom Hanks memegang watak sebagai Mr Novorski. Dia terpaksa tinggal di terminal airport kerana tidak dibenarkan masuk ke US mahupun balik ke negara asalnya kerana berlaku revolusi di negaranya. Percaya atau tidak, movie ni inspired by true story!
Rating: 7/10

8. Delta Farce (2007)
3 orang sahabat baik yang tiba² direkrut sebagai askar US untuk dihantar ke Iraq. Mereka jatuh di satu tempat & berlawan dengan pengganas tapi sebenarnya mereka bukan di Iraq tetapi di Mexico. Jalan citer ni memang lawak. Memang banyak part yang buat penulis gelak. Tak rugi kalau korang tengok movie ni.
Rating: 7/10

No comments: