Nov 19, 2009

Tournament Red Alert

Korang pernah main game Red Alert 3? Penulis rasa ramai yang dah kenal dengan game ni. Game ni memang famous dikalangan penggila game. Tapi pernah ke orang buat tournament Red Alert?

Setakat yang penulis tahu, game PES dengan Counter Strike pernah la. Kat UMP ni pun selalu jugak buat tournament tu. Harap² tahun depan ada la tournament Red Alert pulak kat UMP ni & sesiapa yang ada hati nak buat tournament game ni, jangan lupa jemput penulis! Wajib!!



Sebenarnya yang penulis nak cerita kali ni adalah pasal apa yang penulis & 2 lagi member penulis, Suki ngan Nik buat dari pukul 11 malam sampai la kul 5 pagi tadi.

Mesti korang dah dapat teka kan? Kitorang main Red Alert la, apa lagi... Kitorang main lawan computer tahap brutal (cewah nak bagitau gak tu...). Kiranya 3 lawan 3. & yang paling penting, kitorang menang semua battle.

Tapi hajat hati nak habiskan semua map 6 tak kesampaian, sempat la habiskan 5 map. Tu pun dah 6 jam, ada baki lagi dalam berbelas-belas map lagi tak sentuh. Korang kira la sendiri berapa jam. Kalau nak habiskan jugak, boleh makan masa satu hari. Huhuhu.

Main non-stop 6 jam pun dah krem sendi² tangan duk klik mouse. Bukan apa, paksa jugak main sebab nanti time cuti dah tak dapat nak main online. Esok dah nak balik rumah, cuti sebulan lebih. Tak tahu lagi apa perancangan sepanjang cuti...

2 comments:

alimu sakuredu said...

giler2...

ahmadhiSyam said...

hahaha. ok la tu kitorg giler red alert, ko plak giler DOTA