Nov 3, 2009

What The Heck?

Semalam penulis, Acap & Eddy keluar ke Kuantan temankan Ijud hantar repair jaket fakulti & tampal signboard sewa rumah kat rumah lama dia. Then kitorang pergi Megamall. Sementara Acap pergi gunting rambut, penulis masuk Giant kejap beli shampoo ngan pembaris (awal prepare untuk exam ni, hahaha).

OK. ni 1st part yg buat kan hati penulis panas & tak faham dengan perempuan zaman sekarang ni. Tak semua, tapi ramai sangat. Bayangkan bila naik balik tingkat 2 tempat Acap gunting rambut tu, penulis ternampak la 3 makhluk duduk atas kerusi sedang enak bertepuk tampar. Penulis ingatkan diorang ni 1 keluarga tapi bila tengok betul² rupanya semuanya perempuan & umur diorang lebih kurang sama. Maybe yang kecil sikit tu adik salah sorang perempuan dajal tu.

Diorang nak bergurau penulis tak kesah, tapi yang masalahnya diorang siap comolot lagi depan mata penulis! What the heck? Lagi tak tahan bila nampak penulis pandang diorang, makin ghairah diorg bergaul. Dah la sorang tu pakai tudung, buat 'kerja' macam tu. Mana la diorang letak maruah diorang kan? Dah nak kiamat agaknya dunia ni. Penulis sangat² menyesal tak bagi je cop tapak kasut kat muka diorang tu *haish*.



Lepas rambut Acap dah siap ditransformkan kepada rambut ala² Nasha Aziz, kitorang naik pulak usha² citer wayang yang menarik. Kitorang decide untuk tengok Megan Fox's Body. Eh eh, bukan... Tajuk citer tu Jennifer's Body (2009). Penulis rasa citer ni la yang paling lucah yang pernah penulis tengok kat wayang. Dari segi pelakonnya, skripnya & scenenya cukup lengkaplah. What the heck? Camne la citer camni boleh lepas masuk panggung kat Malaysia? Haa itu yang kita tak tau...

Sepanjang tengok citer tu, penat penulis cover malu. Telan air liur pun nak kena cover². Nak tau sebab apa? Haa itu yang kita tak tau. Takde lah. Sebabnya time kat dalam panggung tu, ada awek duduk sebelah kiri penulis. Tapi part² salty Megan Fox keluar, mulut penulis tak dapat nak kawal gak. Ada gak terkeluar ayat² pewitt. Hehehe. Anyway, penulis nasihatkan korang tak pergi tengok citer lucah ni. Jalan citer bukan seram pun, setakat nak tengok megan fox baik tak payah! Rating citer ni: Haptuih!

Dah habis tengok citer ni, kitorang singgah jap kat 7E. Jumpa lagi dengan si pengkid ngan perempuan sundal. Yang ni pasangan lain pulak. Dua² lawa. Dua² cantik. Tapi sayang, nabi tak mengaku umat. Takkan kita nak buat isteri pulak kan? Sori la kalau penulis tersilap cakap. Tapi kat Kuantan ni dah macam port pengkid bermaharajalela. Kalau time kat KL dulu takde pulak penulis jumpa pengkid bersepah camni... Apa²pun penulis harap diorang ni sempat bertaubat sebelum terlambat.

P/S: Habis la mamat ni =Arwah la mamat ni = Selamat hari raya la mamat ni. Tak faham sudey...

4 comments:

Wahida said...

huhu..aku pun tgk aritu cite ni..i like!!!jahat x aku???

ahmadhiSyam said...

tak jahat tp nakal... megan fox HOT kan2? hahaha

anna said...

ishk3..
ape nk jadi ngan bebudak pompuan zmn skrang nie..
jgnlah sye jadi mcm gtu !
amin !

ahmadhiSyam said...

mintak dijauhkan...hembus kiri 3x