Dah la, malas nak fikir. Yang penting penulis dah study, tak dapat jawab jugak nak buat camne. Okeyh. Sempena tamatnya sem ni, penulis & budak² rumah decide untuk pergi tengok citer 2012 (2009).
Hajat nak tengok time awal² citer ni keluar, tapi sebab fikirkan ada final, terpaksa la tunda ke hari semalam. Kak Nisah pun join sekali. Lagi pun penulis dah plan nak sambut birthday dia (yang ni pun tertunda beberapa hari disebabkan exam. Tarikh sepatutnya ialah 12 Nov).
Kitorang sampai ECM dalam pukul 6, pergi beli tiket pastu gerak ke Megamall untuk main bowling & melalak 3,4 lagu. Dalam pukul 9, kitorang patah balik ke ECM untuk tengok wayang. Ni first time tengok wayang kat GSC ECM. Boleh tahan besar gak tempat dia, tapi seat agak keras. Maybe baru lagi kot...
Nak review sikit pasal movie nih. Duration dia dalam 2 jam setengah. Lama tu! Tapi kalau duduk dalam panggung tu takde la rasa lama sangat. Jalan citer dia best tapi ada part² yang bagi penulis sangat tidak logik. Especially part bila si hero, Jackson Curtis bawak limo time gempa bumi untuk ke airport. Bukan main banyak halangan, boleh lepas gak. Memang mamat ni orang yang paling bertuah kat dunia ni kot. Overall bagi penulis citer ni best, tapi time tengok trailer dia sebelum ni, penulis expect movie ni lebih hebat la.
Rating: 7.5/10
Tweet
No comments:
Post a Comment