Dec 29, 2009

Avatar (2009)

Semalam penulis pergi tengok citer Avatar dekat ECM. Hajat hati nak tengok yang 3D, tapi tiket dah sold out. Time tu pukul 3.30 petang tapi yang pukul 10 malam pun dah tinggal seat yang paling depan je. Nak tak nak kitorang tengok je la yang versi biasa. Rasa cam rugi gak tak leh tengok yang 3D, bukan selalu kan keluar movie 3D...*sigh*



Grafik movie ni memang penulis tabik! Jalan citer dia pun best. Rating: 8/10. Duration citer ni 2 jam 30 minit. Lama kan? Tapi tak rasa ngantuk pun.

Habis je tengok wayang kitorang pergi KFC, pastu pegi ambil Dasuqi kat Terminal (dia baru balik dari JB), pastu pergi main bowling kat Megamall. Dasuqi dapat triple strike dan penulis tidak. Ceh! Nasib je tu...

P/S: Penulis nak Toruk Macto satu boleh tak? Nak yang real punya, bukan mainan yang dalam happy meal tu!

Dec 27, 2009

Bumi Hang Jebat

Date: 25 & 26 Dec 09


1st Stop: Melaka River Cruise. Nak kata best sangat naik bot ni takde lah tapi part yang ditunggu-tunggu adalah bila ada bot lain yang melintas. Kitorang main sorak², kalau ada mat salleh lagi happening! Pemandangan agak cantik tapi air sungai tu bau macam longkang.


Dec 21, 2009

Great Come Back


Remember the name? He scored 2 goals to help Real Madrid trashed Real Zaragoza 6-0! Great come back, my man!!!

Dec 19, 2009

Last Sem Review

Pejam celik, pejam celik rupanya cuti dah nak habis. Tinggal seminggu je lagi sebelum start sem baru. Jadi, untuk entri ni penulis nak review siket pasal sem 1 utk tahun 2009/2010. Walaupun sem lepas kejap je (kira² 5 bulan) tapi banyak benda yang dah penulis lalui dalam tempoh tu & bagi penulis ni la sem yang paling mencabar sepanjang berada di UMP. Harap² untuk sem baru nanti semuanya baik² aje.

So, nak tau apa yang berlaku pada sem 1 2009/2010?
Lets cekidaut!

Aktiviti masa lapang mahupun masa dekat² nak exam....

Fav pic dengan roomate penulis, Ijud


1st time foul, dpt 3 sekaligus!


6 Jul 09 - Start Sem
Time ni masih lagi belajar sepenuh masa dekat Gambang, belom kena pindah ke Pekan lagi. Tapi dengan keadaan habitat yang tak selesa, ketandusan internet, ditambah pulak dengan masalah air yang mencapai tahap cipan. Sungguh mengecewakan warga Rumah O39.

19 Jul 09 - Fun Fair Gambang
Wah fun fair! Jom3!! Memag naluri kanak² riang masih menebal dalam sanubari penulis. Huhuhu. Fun fair ni kecik jer, tapi ada Orbiter. So kitorang layan je lah...

24 Jul 09- Fun Fair Giant
Kitorang memang pantang dengar ada fun fair, terus je serbu. Kali ni cuba naik Vortex ngan Challenger. Fuh! Memang giler wa cakap lu! Kalau korang hati kering boleh la pergi cuba naik kat mana² fun fair berdekatan anda.

25 Jul 09 - Kosmo! Varsity Futsal
Ni salah satu program Pusat Sukan ngan Majlis Sukan Pelajar (kena tulis full, sebab kalau tulis MSP korang tak tau pulak). Penulis sebagai urusetia & jugak participant dalam tonemen ni. Mana boleh abaikan Mosixers, ye tak? Tapi agak sedih, sebab tak dapat pergi grand final...(kitorang dapat no 2 je). Haish rugi²!

28 Jul 09 - 1st Day at Pekan
Permulaan belajar kat kampus Pekan. Tiap² Selasa-Khamis, budak² mechi akan duduk dalam bas 2,3 jam untuk perjalanan pergi-balik dari Gambang ke Pekan. Pekan = penat, ngantuk, tido & buang masa.

Kalau ada kes² terpencil, kitorang akan pergi ke Pekan naik kereta. Selalunya kes ai-say-men lah.

31 Jul 09 - Tonemen Futsal KPT. CANCEL!!
Geram sangat time ni! Sepatutnya team Mosixers boleh pergi wakil UMP untuk tonemen anjuran KPT tapi disebabkan incik khinzir buat hal, UMP dah kena kuarantin. So, penyertaan kitorang terpaksa dibatalkan. Iskh, kenapa la tak boleh tunggu 1 hari lagi... Lepas kitorang pergi tonemen tu tak kesah la nak tutup 3,4 bulan pun!

1 Aug 09 - Start Cuti H1N1 (1 Miggu)
Time ni macam² citer keluar, tak tau betul ke tidak. Ramai gak member² kena kuarantin. Pernah sekali tu ambulans datang depan rumah nak ambil Dasuqi (my housemate) untuk kuarantin tapi dia sempat kelentong cakap dia nak pergi sendiri. Padahal cabut balik rumah! Liat ko Dasuqi!

Ramadhan
Time ni dah nak keluar rumah, tetibe perasan kitorang ber'couple' ikut kaler baju. kalau korang tengok betul², salah sorang tu pulak pakai kain pelikat & sorang lagi pakai seluar.

Berbuka puasa kat Padang MPK...

29-30 Aug 09 - Bengkel Protokol eXpoconvo
Ofkoz la banyak belajar tentang protokol. Time ni tak leh nak ponteng sebab penceramah tu cam muka penulis. Dia cakap muka penulis sama macam member dia. Adoi.

31 Aug 09 - Merdeka
Malam merdeka tak keluar pon, duk rumah jer.

20-21 Sep 09 - Raya
Duit raya! Still dapat walaupun bilangannya makin kecil tapi jumlahnya makin besar! ;p

29 Sep-4 oct 09 - eXpoconvo'09
Great experience! Thanks kepada semua warga kerja. Bahagian protokol & Abg Wan terutamanya...

19 Oct 09 - I'm 21
betul² surprise! :lol:

31 Oct 09 - Poject MD
Tension!

13&16 Nov 09 - Final Exam
Sem yang paling sikit paper untuk final. Ya 2 saje! Tapi nak biol jugak kepala otak gue..

End of semester...

Dec 17, 2009

Doa Awal & Akhir Tahun

Assalamualaikum. Mungkin ada yang terlupa yang harini adalah hari terakhir tahun 1430H & waktu maghrib nanti menandakan kehadiran tahun baru 1431H . Kita orang Islam, jangan duk ingat 1 Januari je, kalendar Islam pun kena la tau jugak....

Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Khamis 30 Zulhijjah 1430H bersamaan 17 Disember 2009)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Khamis 1 Muharam 1431H/ 17 Disember 2009)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

**************************************************
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya
sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah
dari pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus
setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan
Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadi an Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.

**pesanan kepada rakan² dan diri sendiri jugak:
JANGAN sesekali kita sambut hari Krismas walau dengan apa cara sekalipun. Sebab itu kan upacara agama lain...

Dec 15, 2009

Entri Budak Botak

Petang tadi, dialog di sebuah kedai gunting.

Tukang gunting: Nak potong macam mana boss?
Penulis: Bagi botak la bang...
Tukang guning: Berapa? 1? 2?
Penulis: Tak... Cukur terus.
Tukang gunting: Ada nazar ke ni?
Penulis: Tak ada lah, sesaje je tukar angin...

15 minit kemudian bermulalah perjalanan hidup penulis sebagai seorang budak botak.


Sebelum...


Selepas...

...

...

...




Kepada housemate² ku, apa macam? Kan sebelum cuti haritu gua dah cakap nak botakkan kepala, sekarang dah termakbul pun kata² tu. Jom la join sekali...ada bran??

Ada jugak yang tanya kenapa penulis nak cukur rambut. Jawapannya, sebab seumur hidup penulis, tak pernah lagi merasa jadi insan botak. Keluar² dari perut mak, rambut penulis dah panjang. Jadi ni la first time penulis botak. Tak salah kan nak cuba benda baru....hahaha. Tapi boleh jugak kalau dianggap nazar sebab Malaysia melangkah ke final bola Sukan SEA!

Orait. Daripada pengalaman penulis sebagai seorang botak, banyak jugak keuntungannya:

1. Dah tak payah susah² nak set rambut. Gel ngan hair spray pun dah tak payah guna. Jimat!

2. Kepala akan rasa ringan sesangat.

3. Tak perlu pakai kopiah bila nak solat.

4. Tiada lagi masalah kelumumur.

5. Dan yg paling best... Rupa²nya bila botak ni boleh ceriakan hidup kita & orang² sekeliling! Tiap² kali aku tengok cermin mesti aku akan tergelak sorang²! Bila keluarga penulis tengok lagi lah!

Tak terkecuali jugak risiko² yang terpaksa penulis hadapi sepanjang jadi botak ni. Antaranya...

1. Perkataan 'botak', 'dogol' & 'silau' secara automatik akan jadi perkataan sensitif bagi penulis. At least untuk beberapa minggu nih.

2. Time nak bukak baju sikit punya susah! Asyik melekat-lekat je!

3. Kena hati² ngan kain langsir mahupun apa² kain yang melayang², kalau tak nak ia melekat kat kepala. Hahaha

4. Bila kepala dah macam kertas pasir, ramailah yang gatal tangan nak sentuh². Cit! Ape, korang ingat ni bola elektrostatik tu ke, nak sentuh²!

Setakat ni itu je lah yang ada dalam kepala otak penulis pasal kelebihan & kekurangan seorang insan botak. Ada cadangan lain?

Nota kaki: Time mandi tadi penulis pakai syampoo tapi nape takde buih ek? Haish....

Dec 13, 2009

Quick Update

Petang tadi pergi main bowling kat Cosmic Bowl, Mid Valley dengan family. Kitorang main 2 game. Scored 139 for the 2nd game. Not bad la kot... Kenapa penulis bagitau score yang 2nd game je? Paham² la...

Sebelum balik, kitorang pergi makan² kat JJ Setiawangsa. Sempat jugak beli t-shirt kat sana.



Nota kaki: Sori P-dus, tadi aku tak boleh temankan ko pergi tengok C. Ronaldo kat Pavilion. Tapi betul ke C. Ronaldo datang Malaysia? Konfius²...

Dec 12, 2009

First Time Jumpa Lisa Surihani!

Dalam pukul 5 petang tadi abang ipar penulis, Abang Azrul mesej & bagitau dia dapat 2 tiket pergi tengok konsert kat Dewan Philharmonic. Sepatutnya kakak penulis yang pergi, tapi dia mintak penulis pulak temankan Abang Azrul. Pada awalnya penulis pun macam malas nak pergi sebab kena pakai ikut dress code. Tapi disebabkan kakak penulis tu beriya-iya jugak suruh pergi, siap nak tolong carikan baju lagi, penulis pun decide la untuk pergi. Bila lagi nak merasa duduk dalam Dewan Philharmonic kan? First time kot dapat peluang camni...

Lepas je solat maghrib, penulis & Abang Azrul bertolak ke KLCC. Kitorang sampai KLCC dalam pukul 8, red carpet sekali dengan Anita Sarawak you! Muahaha. Konsert tu start pikul 8.30, kiranya awal jugak la kitorang sampai.

Sebelum konsert tu start, ada makan² tapi penulis tak sentuh pun makanan kat situ sebab sebelum datang dah bantai sate dekat rumah. Penulis cuma minum air sirap je 3 gelas.

Orait. Part ni korang kena baca baik²...

Masa penulis berlegar² kat tempat makan tu, tiba² ada seorang gadis pakai baju kebaya kaler coklat lalu betul² belakang penulis. Penulis terkesima sekejap. Eh, Lisa? Lisa Surihani! Tak sangka pulak Lisa pun datang tengok konsert ni. Lisa datang dengan mak dia. Time tu dia baru je nak ambil makanan, baru sampai kot... Kenapa la time tu penulis tak pergi tegur dia kan? Rugi²...


Camne la boleh tak perasan Scha pun ada jugak malam tu?
Takpe², dah pernah jumpa Scha kat Litar F1 Sepang haritu...

Konsert malam tu dipanggil Konsert Irama Warisan Kita. Conductor orkestra malam tadi ialah Dato' Johari Salleh, penyanyi yang perform ialah Aishah & Lah VE. Host pulak Awal & Deborah Henry. Overall, performance malam tadi memang best! Rasanya penulis dah mula jatuh hati dengan musik orkestra. Selain Lisa & Anita Sarawak, antara yang datang tengok konsert tadi ialah Ramli M.S, Suki, Pak Ngah dengan Kak Faty.


Nombor seat penulis: P22. Lisa duduk 3 row depan dari seat penulis.
Sempat jugak la jeling²... Hahahaha


Aturcara program

Terima kasih banyak² kat Abang Azrul sebab sudi ajak penulis pergi konsert malam tadi. Memang best! Kenapa?

1. Ofkoz la sebab dapat jumpa Lisa yang tersangat cun. Rasa macam mimpi pulak dapat jumpa Heroin Malaya ni...huhuhu. Tapi rugi tak boleh ambil gambar sebab kat dalam dewan tu dia tak bagi snap gambar.

2. Dapat spend some time dengan satu²nya abang ipar penulis.

3. Dapat show off kat P-dus. Yang ni paling best! Huahuahua... Keluar je dewan tu, terus mesej P-dus (a.k.a Oh). Ayat penulis simple aje. "Oh, tadi aku jumpa Lisa! Wuwuwu jangan jeles!!". Maka bertimpa-timpa lah hamburan carutan yang penulis terima. Orang jeles, memang lah macam tu! Hahaha

11 Dec 2009 will always be a memorable date in my life....

P/S: Tweet...Tweet.. I'm on twitter! @lighta_shadowee

Dec 8, 2009

Pesan Nabi Sebelum Tidur

Sebelum Tidur Malam
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar (3 x )

Dec 6, 2009

Tragedi Water Cooler

Latar Masa: Tahun 2006
Latar Tempat: PASUM

Peristiwa ini berlaku pada hari pertama gua bergelar student PASUM. Tempat baru, suasana baru. Namun siapa sangka, ia bakal menjadi peristiwa-hari-pertama yang tak mungkin gua lupakan...

Jam tangan gua dah menunjukkan pukul 5.45 petang. Fadhil, member gua sejak sekolah menengah yang dah siap berkasut ala-ala converse ajak gua turun join dia pergi main futsal. Kalau bab² futsal ni memang gua tak mampu menolak. Gua mintak 5 minit nak langsaikan solat Asar.

Sambil berfutsal, sempat jugak gua kenal ramai member² baru. Cukup satu jam 15 minit beraksi, azan pun berkumandang.


Dengan rasa penat dan dahaga yang meluap-luap, sayup-sayup dari jauh gua nampak mesin water cooler bersandar di dinding tingkat 1 asrama. Cepat-cepat gua habiskan sisa 20 anak tangga terakhir. Water cooler tu ada 2 telinga, 1 kaler ungu dan 1 lagi kaler biru. Tanpa berfikir panjang, gua petik yang kaler ungu dan dengan selamba gua tadah mulut dekat air yang terpancut laju dari mesin tu.

Tiba-tiba mulut gua terasa pedih bagai dihiris sembilu. Cepat² gua jauhkan diri dari water cooler tu. Dengan hati berdebar-debar, gua terus pergi hadap muka gua dekat depan cermin tandas. Mulut gua dah melecur. Kulit halus mulus keliling bibir kanan gua dah tertanggal. Gua jeling kembali ke arah suspek. Berasap. Rupa-rupanya tadi gua dah tersalah petik untuk air panas!

Tragedi ni memang menghantui hari-hari awal gua di PASUM. Makan 3,4 minggu jugak kesan melecur tu nak hilang dari wajah gua. Itu pun berkat usaha sapu ubat gamat tiap² malam.

Tapi yang bestnya, sepanjang program orientasi berlangsung gua diberi layanan istimewa. Cari gula-gula dalam tepung gua tak payah buat, minum dan makan benda² pelik gua tak payah buat jugak, task² yang agak berat pun kelibat gua dikecualikan. Tugas gua cuma jadi tukang sorak.

- Tammat -


Dec 5, 2009

Monsoon

Harini pergi ke Kuala Terengganu dengan Kak Nur & Kak Nisa. Kitorang sampai kat Dataran Syahbandar dalam pukul 11, Jumpa P-dus ngan anak spupu dia kat Astaka. Pastu pergi lunch kat McD ngan P-dus. Jumpa Fadhil ngan Imran kat sana.

Dah settle meratah prosperity burger, kitorang gerak pulak ke Pulau Duyong untuk tengok Monsoon Cup. Dengar² ada Gempaq Desa Astro, tapi nampaknya tak berapa nak gempaq pun...huhuhu. Dah puas bergambar, kitorang pun pergi Mydin Mall & kitorang berpisah kat sana. Jumpa balik dengan my sis. Sebelum balik, sempat gak karok 4,5 lagu.

Penulis bersama² Kak Nur & Kak Nisa

P/S: Esok nak pergi Kuantan hantar Kak Nisa balik UIA. Tapi dlm berita tadi cakap Pahang maybe banjir besar. Harap² takde jalan yang kena tutup...


Dec 4, 2009

So Far

Dah 2 minggu penulis cuti tapi cuma terperuk je dalam umah. Nak keluar pun takde mood, kat sini hari² asyik hujan je. So apa yang penulis buat adalah main game (PES ngan Red Alert), luncur internet & tengok movie. Masih dalam proses untuk clearkan external hard disk yang sangat sarat dengan movie. Jadi lepas je tengok satu² movie tu, penulis akan delete terus. Tapi kalau ada yang betul² best, penulis still simpan la...

Inilah movie yang penulis dah hadap sepanjang musim cuti ni...


1st & 2nd movie penulis rasa tak perlu lah nak bagi sinopsis kan? Mesti korang dah tau dah citer dia camne.

1. Batman 2 - The Dark Knight (2008)
Rating: (8.5/10)

2. Cicak Man 2 - Planet Hitam (2009)
Rating: (5.5/10)

3. Ace Ventura Jr Pet Detective (2009)
Mengisahkan tentang Ace, budak yang memiliki kebolehan istimewa untuk mengesan haiwan² yang hilang. Suatu hari ibu kepada Ace dituduh menculik seekor anak panda. Dengan kelebihan yang dimiliki, Ace cuba utk buktikan yang ibunya tak bersalah.
Rating: 6.5/10

4. The Adventures Of Food Boy (2008)
Seorang budak yang bercita² untuk menjadi presiden di sekolah. Semasa proses berkempen, dia dapat tau yang dia mempunyai kuasa istimewa, iaitu dapat keluarkan makanan daripada tapak tangannya. Jadi dia gunakan kelebihan tu untuk buat magic semasa berkempen. Tapi mampukah dia gunakan magic tu untuk menang title presiden? Kalau nak tau, tengok la citer ni...
Rating: 5/10

5. Pensil (2008)
Badrul, seorang pesakit mental yang tinggal dengan ibu tiri nya. Hobi dia melukis & benda yang paling dia suka ialah pensil. Citer yang sangat sedih tapi belum mampu buatkan penulis menangis.... Movie ni memang sarat dengan mesej, tapi bagi penulis jalan citer dia takde la best sangat.
Rating: 4/10

6. Gadoh (2009)
Berkisarkan tentang sifat perkauman di sebuah sekolah. Dan langkah yang diambil untuk selesaikan masalah perkauman ni adalah dengan membuat persembahan teater... Teater? Hmm. Ending dia pun macam... Entah la penulis tak tau nak cakap camne. Tapi penulis sure korang akan suka part yang setiap student kena luahkan perasaan diorang. Memang straight to the point!
Rating: 5/10

7. The Terminal (2004)
Tom Hanks memegang watak sebagai Mr Novorski. Dia terpaksa tinggal di terminal airport kerana tidak dibenarkan masuk ke US mahupun balik ke negara asalnya kerana berlaku revolusi di negaranya. Percaya atau tidak, movie ni inspired by true story!
Rating: 7/10

8. Delta Farce (2007)
3 orang sahabat baik yang tiba² direkrut sebagai askar US untuk dihantar ke Iraq. Mereka jatuh di satu tempat & berlawan dengan pengganas tapi sebenarnya mereka bukan di Iraq tetapi di Mexico. Jalan citer ni memang lawak. Memang banyak part yang buat penulis gelak. Tak rugi kalau korang tengok movie ni.
Rating: 7/10

Dec 1, 2009

End of November

Semalam penulis & keluarga ke Mesra Mall, round² TMC & tempat bowling yang baru bukak.

Sebelah tempat bowling tu ada arcade. Kitorang main game lontar² basketball tu...enjoy sangat!

Bersama man of the match, Bak


My mum & my sisters


Sampai je depan rumah, tengok semuanya gelap. Nasib baik blackout kejap je...