Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan. Jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar lebar)."
(HR Tirmidzi & Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah!". Adapun menguap adalah dari syaitan. Jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap syaitan ketawa melihatnya." (HR Bukhari)
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.”
(HR Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.
Wallahu a’lam
Sumber: berita harian online & pemuda ahli sunnah
Tweet
3 comments:
adeh.. sy asal solat jer mesti nk menguap.. x leh tahan2..
salam LnS
tahniah.. info yg sgt bagus utk kita tahu
menguap dalam solat kerana kita tidak kusyuk
utk mengatasi nguap ini semasa berniat, tanamkan diri bahawa kita solat kerana Allah
insyaAllah boleh atasi menguap walau sepenatpun.
bersin tuh.. tak blh nak cakap coz ada yg dah terbiasa
bersin berbunyi. jka blh cuba saja dikurangkan bunyi..
Allah maha pengampun. =)
terima kasih atas perkongsian ini..
Post a Comment